Filled Under:
VIDEO !!! Trend Raver dengan tarian Boek Dance dah macam cacing kepanasan...
Posted By:
Unknown
on 09:25
Kalau beberapa tahun lepas ketahian budak2 baru nak up adalah hot stuff Pavi bani Hudson dan Evans, kemudian diikuti dengan bani K-Popperz dan bani #WeChat, kini muncul satu lagi trend sampah yang popular di kalangan budak2 baru nak up bani Melayu iaitu trend Raver dengan tarian sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai yang mereka gelar Boek Dance. Serius, apa kejadahnya semua ni?
Khabarnya bani Raver ada pertempuran dengan bani Hipster hari Sabtu tadi. Tak tahu apa benda yang mereka gaduhkan. Mungkin mereka ingat boleh syahid #demi memperjuangkan tarian Boek.
Seriously, Google atau cari sahaja di Youtube keyword Boek #Dancer dan muncullah video2 tahi ini. AMARAN - Mungkin anak, adik, anak saudara, sepupu sepapat anda juga ada dalam video ini.
Arial, Helvetica, sans-serif;">Fenomena ini melanda budak2 sekolah rendah sampai menengah rata2 yang duduk kat bandar2 besar seperti Kuala Lumpur, malah dengan bangangnya ada yang menari dalam kelas time cikgu ada dalam kelas. Tak tahu sama ada budak itu memang bangang atau cikgu sekarang tak berani nak tegur budak2.
Lebih malang lagi apabila sekolah mengiktiraf tarian bodoh ini dengan membenarkan ia dibuat persembahan pentas.
Aku perasan persamaan budaya bangang ini adalah kebanyakan video tarian Boek ni berlatar belakangkan rumah flat dan PPRT. Malang sekali anak2 melayu kita lebih2 lagi yang berasal dari keluarga yang tak berapa senang terpengaruh dengan budaya sampah ini. Kesian pada mereka, kesian lagi pada mak bapak mereka. Mak bapak sibuk update status kat Fesbuk pasal kos sara hidup, anak2 buat perangai sampah.
Tarian Boek ini dikatakan berasal dari tarian Tecktonik yang sering ditarikan di kelab2 malam dan disko di negara2 Eropah sambil mendengar lagu2 #eletro atau techno.
Ini baru sedikit yang dipaparkan, aku dah tak boleh nak tengok semua. Aku tak tahu bagaimana budaya bodoh ini boleh mula popular, namun anggaran aku dalam sekitar tahun lepas berdasarkan tarikh video2 Boek dance di Yutube. Dan kat mana lagi #mereka akan guna tarian2 bodoh ni kalau bukan untuk clubbing di kelab2 malam dan kelab rave?
Kesian aku tengok budak2 melayu ni. #Daripada melayan budaya sampah macam ni, lebih baik dalami ilmu2 agama, tak pun masuk persatuan silat, atau belajar lukis komik, tulis novel, paling tidak masuk tarian kebudayaan seperti zapin, join kumpulan teater, atau main sukan mainstream seperti bola sepak, badminton ataupun sukan extreme seperti skateboard dan parkour dan sebagainya, janji bukan benda2 bodoh yang sepatutnya tak harus wujud pun di kalangan BANI MELAYU!
Mak bapak terutama yang duduk bandar dan kawasan perumahan flat/pangsa yang penuh orang melayu ni, tolonglah pantau anak korang, pantau kegiatan diorang, pantau dengan siapa mereka berkawan, malam2 keluar naik motor buat apa pergi mana, jangan bagi diorang keluar tengah2 malam dan pagi2 buta. Kalau nampak anak korang ada buat gerakan tangan pelik2 tu, jangan peliklah kalau mereka dah pernah pergi rave party kat kelab, pandai2lah korang ajar mereka.
Aku percaya budak2 pandai dan cemerlang dalam pelajaran takkan buat benda2 bangang ni. Selalu mereka yang kurang bijak dan tercicir dalam pelajaran je yang mudah terpengaruh dengan budaya2 sampah macam ni. Bagi aku tidak mengapa jika tidak berapa bijak dalam pelajaran dan akademik, asalkan bukan buat benda2 sampah.
Serius, masa aku baya2 diorang apa aku buat ya? Belajar, baca komik, melukis, belajar petik gitar, main basketball, main game, main basikal, dengar lagu pakai walkman, main perang2 lepas prep. Bapak skema kehidupan kanak2 dan remaja aku. Nak menangis aku tengok video budak2 ni.
Sayang, daripada mereka buang masa terlompat2 terkinja2 dengan tarian macam ni, lebih baik belajar bancuh simen ke, potong rumput ke, turap jalan tar ke dan lain2 kerja yang boleh beri sumbangan dan bakti kepada masyarakat, sekurang2nya lepas habis sekolah nanti bolehlah jadi pekerja mahir dalam bidang 3D, takdelah nak harapkan warga Bangladesh.
Tapi jika macam inilah gayanya anak2 muda kita, tak mustahil 3 4 tahun lagi 3 juta Bangladesh lagi akan diimport. Syabaslah anak muda... syabas. Dah tua nanti korang tengok balik video2 korang ni ye.,,SUMBER