Filled Under:
Tahun lepas 9 kali, tahun ini pula sudah 3 kali. Semalam kemuncak cerita di mana jam 1 pagi..
Posted By:
Unknown
on 05:24
Pertamanya, saya ingin memohon maaf. Bukan bertujuan mahu mengaibkan mana-mana pihak, namun kisah ini perlu dijadikan sebagai iktibar#.
Kita boleh tutup mata, tetapi hati kita tidak lega untuk melihat sahaja. Ini kisah masyarakat kita. Natijah daripada nilai masyarakat kita juga.
Kisah ini pernah viral tahun lepas. Terima kasih Siakap Keli dan Berita Semasa. #Aku tak popular pun kalau menjaja cerita. Aku lebih suka dikenali jika menempa kejayaan yang hebat, bukan dengan cerita picisan.
Pihak sekolah telah melakukan segala apa yang terdaya. #Dengan izin Guru Besar, kami terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa.
Tahun lepas 9 kali, tahun ini pula sudah 3 kali. Semalam kemuncak cerita di mana jam 1 pagi, bapa Hajar masih belum muncul #tiba.
Bayangkan anak kecil ini 5-6 kali tidur bangun, tetapi ayahnya masih tidak sampai-sampai. Kasihan Hajar.
Prestasinya di sekolah juga amat teruk, jiwanya keras memberontak. #Dia tidak hairan pada sesiapa pun kerana dia sudah biasa. Tetapi dia baru berusia 8 tahun, belum kenal dunia ini sepenuhnya. Bayangkan 10 tahun lagi di mana Hajar akan berada? Apa akan jadi dengan Hajar?
Mujur ada Pengawal Keselamatan kami sangat prihatin. Bukan kerja dia mengasuh budak.
"Terima kasih Rani, hang adalah hero. Aku rasa gaji hang perlu dinaikkan 10 kali ganda,"
Telefon bapanya berkali-kali, namun tidak dijawab. Sah, ini mesti bapanya tengah tidur.
Aku, ustaz Mi, ustaz Faizal dan Cikgu Jasni tunggu dengan penuh kesabaran yang ada hadnya. Akhirnya kami nekad menghubungi polis. Iyalah, kalau telefon Talian Nur, siapa yang nak datang.
Sudah sampai tengah malam, takkan nak tunggu sampai pagi, kami juga bekerja esok hari. Mujurlah ada tiga pegawai polis peronda ini datang meronda dan escort kami menghantar Hajar balik.
Bukan boleh suka-suka bawa balik anak orang ke rumah untuk dibuat anak angkat. Ini budak, kalau bapa dia 'lipat' cerita? Yang masuk ke dalam lokap, kami. #Kalau aku bawa naik kereta, kemudian bapa dia datang tengok anak dah tak ada, dia tuduh aku bawa lari, mendapat aku.
Jadi, jam 1 pagi kami hantar Hajar pulang ke rumahnya sambil diiringi oleh tiga polis peronda yang kacak itu. Jadi, Hajar pulang dengan selamat. Tetapi sampai bila? Entah sebulan dua mungkin akan kembali terjadi lagi.
Aku balik terus menatap wajah Aeesya yang sebaya #Hajar sedang tidur nyenyak, siap berselimut. Aku buka gambar Hajar tengah duduk atas kerusi depan pondok jaga memandang kegelapan malam. Kolam mata aku bocor beb. Berhambur tak mampu nak tahan. Walaupun aku bermisai, berjanggut dan muka bengis, tetapi hati aku macam tisu yang dikoyak-koyak.
Maafkan aku sebab terpaksa cerita, aku kena cerita sebab ini kisah di #celah-celah kehidupan kota. Jangan kecam Hajar dengan bapanya kerana kita tidak tahu apa yang mereka alami dan harungi. Aku cuma mampu berdoa agar Hajar menjadi anak yang baik. - Cikgu Zahran