Seorang wanita China yang mengidap penyakit misteri #apabila mengeluarkan air mata batu sejak tujuh tahun lalu tampil kepada media untuk memohon bantuan bagi merungkai penyakit dihadapinya selepas doktor tidak serius mahu merawatnya.
Ding Aihu merasa sakit di matanya sejak tujuh tahun lalu dan suaminya Liang Xinhua terkejut selepas menjumpai batu di bawah kelopak matanya.
Matanya sering menghasilkan batu sejak itu.
Xinhua mendakwa tiada doktor yang dapat menjelaskan #fenomena pelik dan berkata setiap kali di ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kakitangan hospital tidak mahu merawat isterinya dan menganggap isterinya gila.
Selepas batu berkenaan dibuang, dia akan berasa sihat untuk seketika tetapi akan mengeluarkan batu lain.
Batu yang dihasilkan keras dan berwarna putih dan agak sukar untuk dikeluarkan.
Malah menurut Xinhua, dia akan mengeluarkan batu-batu berkenaan dengan wayar dan mendakwa mengeluarkan 10 biji batu kecil dari# kelopak mata isterinya itu.
Xinhua yang juga petani di perkampungan Lufang, Wilayah Shandong berkata, dia telah cuba untuk mendapatkan rawatan di beberapa daerah namun doktor enggan merawat mereka.
"Mereka hanya akan merawat mereka untuk kes penyakit mental,' katanya dipetik Mirror.uk.
Xinhua mendedahkan perkara itu kepada media #dan turut menunjukkan sebiji batu yang keluar dari mata isterinya untuk meyakinkan bahawa dakwaan mereka adalah benar.
" Ia suatu yang menyakitkan, namun isterinya tidak mengalami masalah kesihatan yang lain," ujarnya lagi.
Filled Under:
7 Tahun Menderita!!! Jangan terkejut apa yang dikeluarkan dari mata seorang wanita ini
Posted By:
Unknown
on 07:35