SOFT SPOT: QURRATU AIN
PENYEJUK MATA: PELEGA HATI
Semalam saya ada terdengar satu tazkirah menarik di radio #IKIM. Ustaz itu menyampaikan satu point yang sangat menarik, yang sebelum ini saya belum pernah mendengarnya.
Ustaz itu kata,
"Orang lelaki ini, kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. #Dan beberapa perkara ini mesti dicari oleh para isteri sebab tak sama mana-mana lelaki,"
Ustaz itu kata, tak banyak mana pun. Hanya ada 3-4 benda sahaja.
Contohnya:
1. Ada suami nak isteri menemani dia di sebelah #setiap kali dia makan. Kalau isteri sedang sibuk nak buat kerja basuh pingganlah, sapu rumahlah, maka suami tiada selera makan. Selepas itu benda-benda kecil yang lain pun akan menjadi masalah sebab Qurratu Ain dia tidak dijaga.
2. Ada juga suami yang Qurratu Ainnya adalah kopi. Setiap kali pulang dari kerja, dia cukup bahagia kalau dihulur secara kopi panas sebelum sempat dia meminta. #Dia senyum, dia lega, bertambahlah kasih sayang.
Kadang-kadang, ada isteri yang tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buatkan air.
3. Boleh jadi juga Qurratu Ain suami adalah bila isteri#suka teman atau melayan hobi suami. Temankan dia berkebun ke, bersihkan akuarium ke dan sebagainya. Tidak semestinya jadikan hobi suami itu hobi kita juga, cukup sekadar temankan, beri idea dan layan.
Ini hanyalah contoh sahaja, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting.
SITUASI
Ustaz cerita, dia pernah ternampak seorang isteri marah-marah (membebel) pada suaminya di depan orang ramai. Tetapi suaminya tetap #tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tidak melenting, tidak mengamuk, sebaliknya hanya relaks sahaja.
Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberikan respon negatif, ustaz percaya bahawa si isteri ini berjaya menjaga Qurratu Ain suaminya yang mana beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.
Alangkah indahnya jika isteri dapat menjaga #Qurratu Ain suaminya. InshaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumah tangga.
Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ini pun tak tahu apa yang dia mahu. Jadi, kita perlukan kaji dan perhati apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati,# mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecil-kecil ini, kesannya besar.
Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain. - Ruqayyah Farhani