Filled Under:

KISAH BENAR !!! Kerana janda berhiaslah, saya hilang minat pada awak dan anak-anak...

Saya dan suami bukan berasal daripada #keluarga yang berada. Namun, atas berkat kesabaran, doa dan tawakal, daripada berkongsi satu gelas plastik di bilik sewa di perkampungan setinggan, kini kami sudah memiliki tiga buah rumah dan tiga orang anak.

Namun, langit tidak selalunya cerah bila mana kebahagian# rumahtangga kami hanya berkekalan seketika sahaja.

Dahulu, suami selalu pulang dengan senyuman dan pelukan mesra. Namun, setelah lebih 25 tahun bersama, suami sudah berubah sikap.

Dahulu, walaupun bergaji empat angka, suami selalu mengajak saya dan anak-anak bercuti ke sana sini. Namun, semenjak anak semakin meningkat dewasa, hanyalah kedinginan dan perang mulut antara suami dan anak-anak.

Dahulu, segala kelengkapan rumah dipenuhi bersama. #Tetapi kini, biar pun gaji mencecah lima angka, suami dingin malah mengherdik kami setiap kali nafkah zahir diminta. Puas saya memikirkan, apa punca dia berubah seperti itu, entah di mana silapnya. Adakah kerana saya dan anak-anak terlalu membebankan dirinya?

DULU PENYAYANG & ROMANTIS, KINI DINGIN

Saya bukanlah mahu berkira, tetapi suami yang bergaji lebih besar harus memikul tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, suami dan bapa kepada anak-anak. #Barang keperluan dapur tidak dibeli, ketiga-tiga rumah dan kereta juga ditanggung dengan gaji saya.

Tidak termasuk dengan keperluan anak-anak yang masih berada di IPT. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap kali saya dan anak-anak meminta, apa yang hanya kami dapat ialah caci maki dan kadang-kadang tamparan daripadanya. Hal kebajikan kami diabaikan. Perbelanjaan dapur juga diserahkan bulat-bulat pada saya. #Anak-anak pula terkontang kanting dibiarkan di asrama penuh institusi IPT masing-masing.

Setiap kali anak mengadu sakit, yang diberi hanyalah leteran yang panjang dan menyakitkan hati.

"Membazir duit aku je," itulah dialog suami setiap kali #ada antara anak-anak yang tiba-tiba jatuh


sakit.

Setiap kali berlakunya perbalahan antara suami dan anak-anak, saya hanya mendiamkan diri. Anak-anak yang menjadi pembelanya sering menjadi mangsa pukulan suami. Pernah sekali saya membuka mulut mengiakan kata-katan anak-anak, namun saya pula yang menjadi mangsa seterusnya.

Pada suatu hari, saya ditakdirkan jatuh sakit. Pada mulanya, dia tidak ambil peduli. Daripada hanya sakit pinggan dan belakang, kini sakitnya terasa ke seluruh badan. Akibat terlalu sakit, saya tidak dapat melelapkan mata.

Suami pula enggan mempedulikan saya, dia hanya mementingkan gajetnya. Saya yang sedang sakit dibiarkan di sudut katil menahan rasa sejuk dan sakit yang menyelubungi seluruh tubuh.

Apabila saya mengerang sedikit, dia memandang saya dengan pandangan yang penuh meluat dan kebencian. Seolah-olah saya seorang penagih dadah yang meminta nyawanya pada ketika itu.

Suhu bilik yang terlalu sejuk menyebabkan saya terpaksa beralih tempat tidur ke ruang tamu. Manakala suami hanya dibiarkan dalam bilik tidur.

Anak sulung datang menjengah saya yang terbaring di ruang tamu. Jam 1 pagi, anak sulung mengurut seluruh tubuh dan cuba memujuk saya untuk tidur.

Suami tibat-tiba keluar dari bilik memandang kami berdua dengan ubat pandangan biasa dan terus berlalu ke dapur untuk menjamah sedikit makanan. Wajah anak yang menahan rasa mengantuk ditatap kosong. Wajah saya yang menahan kesakitan dipandang rasa.

Sampainya hati suami, berpuluh tahun saya setia, inikah balasan daripadanya untuk saya? Saya yang mengandungkan anak-anaknya, saya jugalah yang berdiri di sisinya memberikan kata-kata semangat setiap kali dia terjatuh.

Makan pakainya juga saya jaga. Tempat tidur dan keperluannya saya penuhi dan saya tidak pernah meminta apa-apa dari suami selama ini. Hatta seurat gelang emas sekali pun. Namun, tatkala saya mengharapkan simpati suami yang diberi hanyalah pandangan penuh benci.

Hampir sejam anak sulung mengurut tubuh saya dan sempat saya ucapkan terima kasih dan menyuruhnya masuk tidur. Manakala saya pula menyambung kegelisahan di ruang tamu.

Sehinggalah jam 4 pagi tadi, saya meminta suami membawa saya ke klinik kerana tidak mampu untuk memandu sendirian. Namun, apa yang dibalasnya lebih mengejutkan.

"Kenapa? Dah nak mati ke? Sakit sangat ke sampai tak boleh tunggu pagi esok?"

Suami menyoal bertalu-talu apabila saya memilih untuk diamkan diri. Tanpa berfikir panjang, saya terus mencapai tudung dan beg tangan. Saya tinggalkan suami dalam keadaan menyinga dan memandu bersendirian ke hopsital.

"Hati saya hancur lagi..."

Tiba di hospital, saya melalui proses saringan sendiri tanpa kehadiran suami. Suami saya tidak peduli. Yang ada di dalam dunainya hanyalah dia seorang . Bukan #lagi si isteri dan anak-anak.

Meskipun binggung dengan perubahan diri yang semakin lama semakin ketara, namun saya tetap tidak berputus asa. Saya tunduk kepada Allah sentiasa. Meminta petunjuk dan peluang unuk memperbaiki hubungan dan rumah tangga kami.

Doktor mengesahkan saya mempunyai penyakit batu karang dan perlu ditahan di hospital. Perkhabaran doktor itu membuatkan saya tertunduk. Serba salah rasanya hendak meninggalkan rumah dan anak-anak begitu sahaja.

Akhirnya saya memohon untuk pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil barang dan kelengkapan yang diperlukan sewaktu di hospital. Suami pula entah hilang ke mana tanpa khabar dan berita sejak saya keluar dari rumah awal pagi tadi. Saya juga tidak bertanya dan dia juga tidak menghubungi saya untuk bertanyakan keadaan saya.

JADI BERHIAS JADI PUNCA RUMAH TANGGA RETAK

Jam 2 petang, saya memandu kereta masuk ke ruang parkir rumah. Kereta suami masih di bawah teduhan di hadapan rumah. Suasana hening seketika, anak sulung tiada di rumah pada ketika itu kerana ada kuliah di universiti.

Saya menuju ke bilik tidur, terdengar suara suami tergelak kecil sebelum menyambung kembali perbualannya dengan seseorang. Saya menjadi kaku sebentar, lalu secara senyap-senyap saya menyusun langkah menghampiri pintu bilik yang sedikit terbuka.

Alangkah cerianya dia dan bersahaja melayani panggilan telefon. Di corong, terdengar suara manja seorang wanita lain yang ketawa mendengar jenaka dari suami saya sendiri menjadikan hati ini meluap-luap dan cemburu dengan tiba-tiba. Pada ketika inilah syaitan pantas menjalankan kerjanya, membisikkan bisikan-bisikan hasutan yang boleh membuatkan saya hilang pertimbangan. Namun, segera saya beristighfar dalam hati dan cuba menenangkan perasaan yang kian membara.

Sebaik sahaja suami menyusun langkah ke dalam bilik mandi, saya terus meluru ke meja solek dan memeriksa telefon bimbitnya. Cepat-cepat ditekan butang 'home' bagi mengelakkan skrin terkunci secara otomatik.

Saya buka ruangan WhatsApp dan tekan perbualan terbaru yang paling atas tanpa berfikir. Terpampang wajah seorang wanita berambut kerinting dan bersolek tebal. Nama perempuan itu Sue Mona. Perbualan antara mereka penuh dengan ayat-ayat cinta yang berbaur lucah.

Pandangan saya menjadi gelap serta merta, seluruh dunia terasa ligat berpusing dan saya hampir terjelepuk ke lantai. Mujur sempat berpaut pada meja solek di sisi.

Terdengar bunyi pergerakan di luar, suami terus keluar dari bilik air dan meluru ke arah saya dan cuba merampas telefonnya di tangan saya. Sewaktu bergelut, dia menolak saya sampai terjatuh ke meja solek. Dia sanggup membelakangi saya sebagai isterinya yang selama ini sentiasa bersusah payah deminya untuk seorang wanita yang lain.

Saya hilang pertimbangan, tembok kesabaran yang selama ini bertahan kukuh telah runtuh dan rebah ke tanah. Suami yang selama ini disanjung, ditengking dimarahi tanpa sedar. Setelah beberapa kali mendesak, akhirnya dia membuka mulut.

"Kami sudah bertemu dan bersama sejak 7 tahun lepas. Dia janda berhias yang sudah mempunyai enam anak. Hubungan kami hanyalah untuk berseronok saja. Dan kerana janda berhiaslah, saya hilang minat pada awak dan anak-anak," jelasnya.

Setelah diselidik, rupa-rupanya sudah banyak wang suami dihabiskan untuk si janda itu selama ini. Daripada rumah, kereta dan barang perhiasan sehinggalah keperluan anak-anak wanita itu ditanggung oleh suami saya.

Selama ini saya dianiaya oleh suami sendiri. Anak-anak pula menjeruk rasa. Saya biarkan kali ini dia membuat pilihannya sendiri. Jika janda itu pilihannya, saya dan anak-anak rela mengundur diri demi kebahagiaan suami