Filled Under:

PANIK!!! seorang ibu dikejutkan setelah mendapati kepala anaknya sedang di gigit ULAR SAWA

AUSTRALIA - Seorang ibu terkejut apabila mendapati #seekor ular sawa sedang menggigit kepala anaknya yang sedang tidur.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu kanak-kanak tersebut, Tammy, selepas mendegar jeritan kuat kanak-kanak itu.

Tammy bertindak pantas dengan merentap #ular sawa berkenaan dari kepala anaknya, Tyler, dalam satu kejadian yang berlaku pada Khamis lepas.

Selain kepala, Tammy juga memberitahu paramedik bahawa anaknya itu luka di bahagian tangan akibat digigit.

Kejadian tersebut dikongsi ke Facebook berserta gambar seorang #lelaki yang sedang memegang bangkai ular terbabit yang telah pun dibunuh.

Sementara itu, keluarga Tammy #menafikan bahawa ular tersebut adalah binatang peliharaan mereka.