Filled Under:

PANAS!! Senator Australia Sertai BERSIH,Kutuk Perdana Menteri Malaysia?


$AUSTRALIA. Senator Australia, Nick Xenophon didakwa menghadiri sebuah perhimpunan Bersih 4.0 di Adelaide, hari ini.

Menerusi sebuah perkongsian di laman twitter @AmritaMalhi, Xenophon didakwa memberi ucapan dan mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Xenophon sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana mencampuri urusan Malaysia pada 2012.

Beliau juga antara orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara ini kerana pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara.

Ketika ini, perhimpunan Bersih 4.0 masih berjalan dengan aman tanpa ada sebarang provokasi.-sinarharian