Filled Under:

Mesti Baca !! ‘Doktor jangka hayat Harith hanya 2 tahun’


$Perasaan pasangan suami isteri yang tinggal di Bayan Baru, di sini, begitu pilu sekali apabila doktor menjangkakan umur anak tunggal mereka, Muhammad Harith Aist Qusairi Mohamad Helmi, 15 bulan, tidak panjang berikutan masalah kekejangan otot dan lumpuh atau dikenali Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE) yang teruk.

Itulah nasib yang bakal ditanggung Nor Hasmilia Abu Seman, 25, bersama suaminya, Mohamad Helmi Amran, 27, yang baru tiga tahun mendirikan rumah tangga selepas doktor menjangkakan bayi itu akan meninggalkan mereka dalam masa dua tahun lagi.

Nor Hasmilia berkata, ketika Muhammad Harith dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Mei tahun lalu, keadaannya tidak seperti bayi normal lain apabila doktor mendapati separuh daripada badan hingga ke kepala anaknya berwarna biru dan bayi itu tidak bernafas, namun selepas pelbagai ikhtiar dia berjaya diselamatkan.

“Doktor menempatkan Harith di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selama seminggu sebelum ditempatkan di wad biasa bersama dengan bayi normal lain.

 “Selepas tiga minggu dilahirkan, doktor tidak membenarkan Harith dibawa pulang kerana mendapati sistem percernaannya mengalami masalah selain masalah kahak dan dia terus ditempatkan di HPP untuk tujuan pemantauan berikutan dipercayai mempunyai masalah lain.

“Doktor mengesahkan dia menghidap HIE menyebabkan saya dan suami amat terkejut dengan berita berkenaan, namun reda dengan ujian Allah S.W.T terhadap kami,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat menghulurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun Bank CIMB 7613211066 di atas nama Nor Hasmilia Abu Seman atau menghubungi 019-5575679.-hmetro