Filled Under:
GEMPAR!! Ibu Muda Dakwa Bayinya Yang Baru Dilahirkan Mati Akibat Digigit Tikus Di Hospital Kerajaan
Posted By:
Unknown
on 06:35
%^Seorang wanita mendakwa bayinya yang baru dilahirkan mati akibat digigit tikus di sebuah hospital milik kerajaan di selatan India.
Menurut AFP, tiga pegawai di Hospital Guntur in Andhra Pradesh digantung kerja berikutan kematian bayi lelaki berusia 10 hari itu yang dirawat kerana masalah saluran kencing.
Ibu bayi itu, Chavali Lakshmi, berkata dia memberitahu kakitangan hospital selepas menyedari jari anaknya putus ketika bayi itu ditempatkan di unit rawatan rapi.
“Tidak lama sebelum anak kami menjalani pembedahan, kami menyedari kecederaan pada tangan kanannya. Tikus menggigit jarinya hingga putus,” katanya kepada wartawan hari ini.
Menurut laporan thehindu.com, bayi itu juga cedera di muka dan badan termasuk dada akibat digigit tikus dan Chavali berkata, dia menyedari anaknya terbaring tidak bergerak pada jam 5 pagi semalam (waktu tempatan).
Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu, berkata beliau menggantung kerja tiga pegawai dan mengarahkan siasatan segera.
Pengarah hospital itu, T Venugopala Rao, berkata kejadian akan disiasat dan mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan.
“Kami menyedari kehadiran tikus pada pagi Isnin dan mengarahkan jabatan kejuruteraan membaiki siling yang rosak tetapi malangnya pagi ini (semalam) tikus menyerang lagi bayi itu,” katanya.
-hmetro