Gadis 18 Tahun ini sudah 11 kali berkahwin


Ironis, itu kalimat yang tepat bagi gadis berusia lapan belas tahun asal Cijantung Jakarta Timur ini. Betapa tidak, di usianya yang masih muda, ia sudah melakukan kahwin kontrak dengan lelaki Timur Tengah sebanyak 11 kali...

Pengakuan Fitriasih, 18, membuat Camat Cisarua, Drs Teddy Pembang mengelus dada. Teddy seakan tidak percaya, jika Fitriasih yang pada bulan Julai lalu telah genap berusia 18 tahun, telah menjalani profesi kahwin kontrak hingga belasan kali....

Yang lebih mengejutkan lagi, semua kegiatan kahwin kontrak dilakukan melalui ijab kabul. Anak sulung dari tiga bersaudara ini menuturkan, orangtuanya yag tidak punya pekerjaan tetap serta adiknya yang perlu biaya sekolah, memaksa dirinya menjalani pekerjaan menjual diri ke pelancung Timur Tengah...

“Demi adik, saya rela keluar dari sekolah saat masih duduk dibangku SMP. Orang tua saya tak tahu pekerjaan saya begini. Yang jelas, saya dapat wang, saya bayar sekolah adik dan keperluan rumah tangga,” katanya polos...

Menurutnya, dirinya baru tiga hari berada di Puncak. Perkenalan dengan lelaki Arab melalui pembantu sang pelancong yang ia kenal sebelumnya. Fitriasih juga mengaku, pernah menikah saat usianya menginjak 17 tahun....

“Selama lapan bulan saya menjalani profesi ini, sudah 11 laki-laki Arab saya nikahi. Usia kahwin kontrak saya dengan mereka paling pendek 3 minggu dan paling lama 1 bulan. Selama kahwin kontrak, saya diberi nafkah Rp 5 juta seminggunya. Tinggal hitung aja, kalau dikontrak satu bulan. Wang bayaran… - malastulis


10 Kesalahan dalam solat yang sering kita lakukan tanpa disedari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” [HR Thobrani]..

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insyaAllah…


10 Kesalahan Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari...

1. Tidak berdiri lurus...
– Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri..

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah...
– Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah..
– Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca Al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat...

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud
– Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” “Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna...
Anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:..
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” [Muttafaqun ‘Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah ...
– Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak....

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat
– Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal
-Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk..

10. Dada berpaling dari kiblat
P/s: Kalau ada yang nak tambah, silakan. Sebab saya sendiri pun cetek ilmu. Jika ada sebarang kesilapan, mohon betulkan ye. Selamat Beramal!


Seorang jururawat melakukan sesuatu di dalam bilik bedah mendapat pujian netizen


Tindakan seorang jururawat yang bertindak susukan bayi yang kelaparan semasa pembedahan di sebuah hospital di sini mendapat pujian pengguna laman sosial di China....

Gambar-gambar Li Baoxia sedang menyusu badan bayi berusia sebulan itu telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial di mana ia telah berjaya menyentuh hati sesiapa yang melihatnya....


Menurut laporan sebuah agensi berita tempatan, bayi berkenaanya yang hendak dilakukan pembedahan di kepalanya asyik menangis dan kerap bergerak kerana lapar...

Keadaan itu menyebabkan doktor sukar melakukan pembedahan kerana boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.

Li yang membantu doktor sepanjang pembedahan kemudian mendukung bayi itu dan terus menyusukan bayi berkenaan menyebabkan ia terus berhenti menangis...

Selepas pembedahan, bapa bayi itu secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Baoxia kerana kebaikan beliau itu.

“Terima kasih! Anda tidak hanya merawat anak saya, anda juga menyusuinya! Sebagai bapa, saya perlu berterima kasih yang begitu banyak dan mungkin tidak terbalas. Anda bukan sahaja jururawat, tetapi juga malaikat!” katanya.


Kisah Penipuan Seorang Ayah " Abah, Adik nak KFC???"


“Abah, adik nak KFC,”
“Sabar dik, nanti abah belikan,” kata si ayah tersenyum saja memandang si anak kecil yang berusia lima tahun. Apa yang dia tahu tentang hidup....
Balik saja si ayah dari kerja, anak berlari ke arah motosikal. Mengintai dalam raga motosikal.
“Abah dah belikan KFC?” tanyanya.
“Belum dik. Abah kotor, tak dapat singgah KFC,”

“Alaaaaaa….” balasnya sambil memuncungkan bibirnya dan didukung oleh si ayah.
Esoknya, start enjin motosikal nak pergi kerja, si anak menjerit kecil dari depan pintu.
“Abah! Jangan lupa KFC adik!” katanya.
“Yelaaa!” jawab lelaki itu suram.
Petang itu, pulang dari kerja, si anak berlari lagi dan mengharapkan lelaki itu membelikan ayam goreng KFC kegemarannya.
“Abah, mana KFC adik?”

Lelaki itu menghulurkan sebungkus plastik berisi seketul ayam goreng...
“Ini bukan KFC abah,” katanya.
“KFC lah tu. Tadi hujan, kotak dia basah dik. Jadi abah isikan dalam plastik,” jawab abahnya.
Si anak tersenyum dan percaya pada ayahnya. Padahal, seketul ayam itu dibelinya dari pasar malam. Hanya itulah kemampuannya pada ketika itu.
Si anak senyum sambil makan seketul ayam. Namun kehairanan melihat wajah ayahnya yang berlainan dari biasa....

“Kenapa abah menangis?” Nah, adik suapkan abah KFC ni,” kata si kecil yang tidak mengerti perasaan lelaki itu.
Ayahnya hanya mendiamkan diri dan membiarkan air mata membasahi pipi.
Bersyukurlah jika kita mampu. Bersedekahlah jika kita berlebihan. Jangan menilai manusia melalui mata. Nilailah melalui hati. – Encik Mie
Ditulis semula untuk siaran...


"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke?


Niatnya hanya mahu membantu ayahnya mendapatkan semula laporan kesihatan dan ubat-ubat kanser yang diletakkan dalam beg yang telah dilarikan oleh penyamun...

Kereta ayah kepada Khairunhanisah Azlan Hanif telah dipecah masuk oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Isnin lalu di kawasan parking Grand Dorsett Subang. Selain wang, laporan kesihatan dari HUKM dan ubat-ubatan juga turut hilang.

Mereka amat memerlukan dokumen-dokumen itu semula. Dan merayu bantuan dari masyarakat yang prihatin memulangkan beg itu kepada mereka jika terjumpa....

Malangnya, reaksi netizen pula amat mengecewakan apabila mereka mula mempertikaikan status Khairunhanisah yang meminta bantuan dalam bahasa inggeris....

"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke? Walaupun BI aku A+++ tetapi aku lebih suka gunakan bahasa ibunda kita. Menyampah pula nak tolong. Mungkin dia ini berlagak sangat, itu yang kena rompak," kata Khairul Nizam.

"Cakap Melayu tak boleh ke kak? Bukan aku tak faham tapi aku menyampah sebab orang Melayu speaking lagak terror!" kata Syara Sara Niey....

"Bukan nak kondem, nama Facebook orang Melayu. Minta tolong guna bahasa omputih. Macam mana dia pergi buat report di balai ekk? Gunalah bahasa ibunda kita oi!" kata Sam Sung....



Sesungguhnya, golongan manusia fanatik bahasa ibunda ini agak keterlaluan. Wanita itu hanya meminta pertolongan tetapi dibalas dengan kenyataan yang agak tidak beradab...

Namun, apabila ada artis Melayu yang meminta tolong dalam bahasa 'omputih', golongan seperti ini sangat laju dan support terus tanpa membuat teguran pun....

Sesetengah masyarakat kita + yang mengaku faham english tapi demand nak bahasa Melayu itu hanyalah sekadar keyboard warrior yang layak dimaki Azwan Ali....


Maya Karin - "Saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan"


Baru-baru ini, Maya Karin yang tidak pernah lekang daripada soalan mengenai kesediaan dirinya untuk berkahwin lain menjelaskan bahawa dia kini kembali terbuka hati untuk berkahwin...

"Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwa. Memang saya boleh pilih dan terima siapa saja yang ada di depan mata jika terdesak untuk berkahwin tetapi tiada gunanya...

"Saya tidak mahu dikatakan terhegeh-hegeh menuntut cinta dengan lelaki. Mengimbau kenangan silam, saya lebih berhati-hati dengan lelaki. Banyak yang datang menghimpit tetapi sejauh mana keikhlasan mereka? Dalam hati, saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan....

"Mungkin belum sampai jodoh namun saya terima takdir hidup ini. Hari ini saya belum menemuinya, siapa tahu jodoh hadir beberapa tahun akan datang. Insya-Allah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya," ujar Maya dipetik sebagai berkata....

Apa pun, semoga Maya Karin bertemu jodoh yang akan kekal sehingga akhirnya. Mungkin juga cinta Maya akan hadir dalam masa yang tidak disangka-sangka dan pastinya peminat pun akan turut gembira dengan berita gembira tersebut....





Jom tengok 6 gambar kiut miut faliq anak Erin Malik


Gambar terkini Mohamed Faliq Mohamed Farriz anak kepada Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, dan Farriz Fauzy yang dilahirkan 1 Oktober lalu...

Umum mengetahui bahawa kembar kepada Faliq sudah meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga menyebabkan badan membengkak ketika kandungan Erin mencecah usia 16 minggu....

Jom kita tengok wajah si kecil ini!...