Filled Under:

"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke?


Niatnya hanya mahu membantu ayahnya mendapatkan semula laporan kesihatan dan ubat-ubat kanser yang diletakkan dalam beg yang telah dilarikan oleh penyamun...

Kereta ayah kepada Khairunhanisah Azlan Hanif telah dipecah masuk oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Isnin lalu di kawasan parking Grand Dorsett Subang. Selain wang, laporan kesihatan dari HUKM dan ubat-ubatan juga turut hilang.

Mereka amat memerlukan dokumen-dokumen itu semula. Dan merayu bantuan dari masyarakat yang prihatin memulangkan beg itu kepada mereka jika terjumpa....

Malangnya, reaksi netizen pula amat mengecewakan apabila mereka mula mempertikaikan status Khairunhanisah yang meminta bantuan dalam bahasa inggeris....

"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke? Walaupun BI aku A+++ tetapi aku lebih suka gunakan bahasa ibunda kita. Menyampah pula nak tolong. Mungkin dia ini berlagak sangat, itu yang kena rompak," kata Khairul Nizam.

"Cakap Melayu tak boleh ke kak? Bukan aku tak faham tapi aku menyampah sebab orang Melayu speaking lagak terror!" kata Syara Sara Niey....

"Bukan nak kondem, nama Facebook orang Melayu. Minta tolong guna bahasa omputih. Macam mana dia pergi buat report di balai ekk? Gunalah bahasa ibunda kita oi!" kata Sam Sung....



Sesungguhnya, golongan manusia fanatik bahasa ibunda ini agak keterlaluan. Wanita itu hanya meminta pertolongan tetapi dibalas dengan kenyataan yang agak tidak beradab...

Namun, apabila ada artis Melayu yang meminta tolong dalam bahasa 'omputih', golongan seperti ini sangat laju dan support terus tanpa membuat teguran pun....

Sesetengah masyarakat kita + yang mengaku faham english tapi demand nak bahasa Melayu itu hanyalah sekadar keyboard warrior yang layak dimaki Azwan Ali....