Filled Under:

Seorang jururawat melakukan sesuatu di dalam bilik bedah mendapat pujian netizen


Tindakan seorang jururawat yang bertindak susukan bayi yang kelaparan semasa pembedahan di sebuah hospital di sini mendapat pujian pengguna laman sosial di China....

Gambar-gambar Li Baoxia sedang menyusu badan bayi berusia sebulan itu telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial di mana ia telah berjaya menyentuh hati sesiapa yang melihatnya....


Menurut laporan sebuah agensi berita tempatan, bayi berkenaanya yang hendak dilakukan pembedahan di kepalanya asyik menangis dan kerap bergerak kerana lapar...

Keadaan itu menyebabkan doktor sukar melakukan pembedahan kerana boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.

Li yang membantu doktor sepanjang pembedahan kemudian mendukung bayi itu dan terus menyusukan bayi berkenaan menyebabkan ia terus berhenti menangis...

Selepas pembedahan, bapa bayi itu secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Baoxia kerana kebaikan beliau itu.

“Terima kasih! Anda tidak hanya merawat anak saya, anda juga menyusuinya! Sebagai bapa, saya perlu berterima kasih yang begitu banyak dan mungkin tidak terbalas. Anda bukan sahaja jururawat, tetapi juga malaikat!” katanya.