Gadis 18 Tahun ini sudah 11 kali berkahwin


Ironis, itu kalimat yang tepat bagi gadis berusia lapan belas tahun asal Cijantung Jakarta Timur ini. Betapa tidak, di usianya yang masih muda, ia sudah melakukan kahwin kontrak dengan lelaki Timur Tengah sebanyak 11 kali...

Pengakuan Fitriasih, 18, membuat Camat Cisarua, Drs Teddy Pembang mengelus dada. Teddy seakan tidak percaya, jika Fitriasih yang pada bulan Julai lalu telah genap berusia 18 tahun, telah menjalani profesi kahwin kontrak hingga belasan kali....

Yang lebih mengejutkan lagi, semua kegiatan kahwin kontrak dilakukan melalui ijab kabul. Anak sulung dari tiga bersaudara ini menuturkan, orangtuanya yag tidak punya pekerjaan tetap serta adiknya yang perlu biaya sekolah, memaksa dirinya menjalani pekerjaan menjual diri ke pelancung Timur Tengah...

“Demi adik, saya rela keluar dari sekolah saat masih duduk dibangku SMP. Orang tua saya tak tahu pekerjaan saya begini. Yang jelas, saya dapat wang, saya bayar sekolah adik dan keperluan rumah tangga,” katanya polos...

Menurutnya, dirinya baru tiga hari berada di Puncak. Perkenalan dengan lelaki Arab melalui pembantu sang pelancong yang ia kenal sebelumnya. Fitriasih juga mengaku, pernah menikah saat usianya menginjak 17 tahun....

“Selama lapan bulan saya menjalani profesi ini, sudah 11 laki-laki Arab saya nikahi. Usia kahwin kontrak saya dengan mereka paling pendek 3 minggu dan paling lama 1 bulan. Selama kahwin kontrak, saya diberi nafkah Rp 5 juta seminggunya. Tinggal hitung aja, kalau dikontrak satu bulan. Wang bayaran… - malastulis


10 Kesalahan dalam solat yang sering kita lakukan tanpa disedari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” [HR Thobrani]..

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insyaAllah…


10 Kesalahan Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari...

1. Tidak berdiri lurus...
– Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri..

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah...
– Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah..
– Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca Al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat...

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud
– Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” “Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna...
Anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:..
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” [Muttafaqun ‘Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah ...
– Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak....

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat
– Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal
-Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk..

10. Dada berpaling dari kiblat
P/s: Kalau ada yang nak tambah, silakan. Sebab saya sendiri pun cetek ilmu. Jika ada sebarang kesilapan, mohon betulkan ye. Selamat Beramal!


Seorang jururawat melakukan sesuatu di dalam bilik bedah mendapat pujian netizen


Tindakan seorang jururawat yang bertindak susukan bayi yang kelaparan semasa pembedahan di sebuah hospital di sini mendapat pujian pengguna laman sosial di China....

Gambar-gambar Li Baoxia sedang menyusu badan bayi berusia sebulan itu telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial di mana ia telah berjaya menyentuh hati sesiapa yang melihatnya....


Menurut laporan sebuah agensi berita tempatan, bayi berkenaanya yang hendak dilakukan pembedahan di kepalanya asyik menangis dan kerap bergerak kerana lapar...

Keadaan itu menyebabkan doktor sukar melakukan pembedahan kerana boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.

Li yang membantu doktor sepanjang pembedahan kemudian mendukung bayi itu dan terus menyusukan bayi berkenaan menyebabkan ia terus berhenti menangis...

Selepas pembedahan, bapa bayi itu secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Baoxia kerana kebaikan beliau itu.

“Terima kasih! Anda tidak hanya merawat anak saya, anda juga menyusuinya! Sebagai bapa, saya perlu berterima kasih yang begitu banyak dan mungkin tidak terbalas. Anda bukan sahaja jururawat, tetapi juga malaikat!” katanya.


Kisah Penipuan Seorang Ayah " Abah, Adik nak KFC???"


“Abah, adik nak KFC,”
“Sabar dik, nanti abah belikan,” kata si ayah tersenyum saja memandang si anak kecil yang berusia lima tahun. Apa yang dia tahu tentang hidup....
Balik saja si ayah dari kerja, anak berlari ke arah motosikal. Mengintai dalam raga motosikal.
“Abah dah belikan KFC?” tanyanya.
“Belum dik. Abah kotor, tak dapat singgah KFC,”

“Alaaaaaa….” balasnya sambil memuncungkan bibirnya dan didukung oleh si ayah.
Esoknya, start enjin motosikal nak pergi kerja, si anak menjerit kecil dari depan pintu.
“Abah! Jangan lupa KFC adik!” katanya.
“Yelaaa!” jawab lelaki itu suram.
Petang itu, pulang dari kerja, si anak berlari lagi dan mengharapkan lelaki itu membelikan ayam goreng KFC kegemarannya.
“Abah, mana KFC adik?”

Lelaki itu menghulurkan sebungkus plastik berisi seketul ayam goreng...
“Ini bukan KFC abah,” katanya.
“KFC lah tu. Tadi hujan, kotak dia basah dik. Jadi abah isikan dalam plastik,” jawab abahnya.
Si anak tersenyum dan percaya pada ayahnya. Padahal, seketul ayam itu dibelinya dari pasar malam. Hanya itulah kemampuannya pada ketika itu.
Si anak senyum sambil makan seketul ayam. Namun kehairanan melihat wajah ayahnya yang berlainan dari biasa....

“Kenapa abah menangis?” Nah, adik suapkan abah KFC ni,” kata si kecil yang tidak mengerti perasaan lelaki itu.
Ayahnya hanya mendiamkan diri dan membiarkan air mata membasahi pipi.
Bersyukurlah jika kita mampu. Bersedekahlah jika kita berlebihan. Jangan menilai manusia melalui mata. Nilailah melalui hati. – Encik Mie
Ditulis semula untuk siaran...


"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke?


Niatnya hanya mahu membantu ayahnya mendapatkan semula laporan kesihatan dan ubat-ubat kanser yang diletakkan dalam beg yang telah dilarikan oleh penyamun...

Kereta ayah kepada Khairunhanisah Azlan Hanif telah dipecah masuk oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Isnin lalu di kawasan parking Grand Dorsett Subang. Selain wang, laporan kesihatan dari HUKM dan ubat-ubatan juga turut hilang.

Mereka amat memerlukan dokumen-dokumen itu semula. Dan merayu bantuan dari masyarakat yang prihatin memulangkan beg itu kepada mereka jika terjumpa....

Malangnya, reaksi netizen pula amat mengecewakan apabila mereka mula mempertikaikan status Khairunhanisah yang meminta bantuan dalam bahasa inggeris....

"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke? Walaupun BI aku A+++ tetapi aku lebih suka gunakan bahasa ibunda kita. Menyampah pula nak tolong. Mungkin dia ini berlagak sangat, itu yang kena rompak," kata Khairul Nizam.

"Cakap Melayu tak boleh ke kak? Bukan aku tak faham tapi aku menyampah sebab orang Melayu speaking lagak terror!" kata Syara Sara Niey....

"Bukan nak kondem, nama Facebook orang Melayu. Minta tolong guna bahasa omputih. Macam mana dia pergi buat report di balai ekk? Gunalah bahasa ibunda kita oi!" kata Sam Sung....



Sesungguhnya, golongan manusia fanatik bahasa ibunda ini agak keterlaluan. Wanita itu hanya meminta pertolongan tetapi dibalas dengan kenyataan yang agak tidak beradab...

Namun, apabila ada artis Melayu yang meminta tolong dalam bahasa 'omputih', golongan seperti ini sangat laju dan support terus tanpa membuat teguran pun....

Sesetengah masyarakat kita + yang mengaku faham english tapi demand nak bahasa Melayu itu hanyalah sekadar keyboard warrior yang layak dimaki Azwan Ali....


Maya Karin - "Saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan"


Baru-baru ini, Maya Karin yang tidak pernah lekang daripada soalan mengenai kesediaan dirinya untuk berkahwin lain menjelaskan bahawa dia kini kembali terbuka hati untuk berkahwin...

"Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwa. Memang saya boleh pilih dan terima siapa saja yang ada di depan mata jika terdesak untuk berkahwin tetapi tiada gunanya...

"Saya tidak mahu dikatakan terhegeh-hegeh menuntut cinta dengan lelaki. Mengimbau kenangan silam, saya lebih berhati-hati dengan lelaki. Banyak yang datang menghimpit tetapi sejauh mana keikhlasan mereka? Dalam hati, saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan....

"Mungkin belum sampai jodoh namun saya terima takdir hidup ini. Hari ini saya belum menemuinya, siapa tahu jodoh hadir beberapa tahun akan datang. Insya-Allah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya," ujar Maya dipetik sebagai berkata....

Apa pun, semoga Maya Karin bertemu jodoh yang akan kekal sehingga akhirnya. Mungkin juga cinta Maya akan hadir dalam masa yang tidak disangka-sangka dan pastinya peminat pun akan turut gembira dengan berita gembira tersebut....





Jom tengok 6 gambar kiut miut faliq anak Erin Malik


Gambar terkini Mohamed Faliq Mohamed Farriz anak kepada Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, dan Farriz Fauzy yang dilahirkan 1 Oktober lalu...

Umum mengetahui bahawa kembar kepada Faliq sudah meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga menyebabkan badan membengkak ketika kandungan Erin mencecah usia 16 minggu....

Jom kita tengok wajah si kecil ini!...







Nabila Huda sekarang bergelar usahawan Gincu ??


Selain berlakon, nampaknya Nabila Huda sekarang dah jadi usahawan. Nak jadi penjual gincu katanya. Sesuailah dengan gaya dan imej beliau yang sentiasa memakai gincu berwarna garang...

Kadang-kadang, memang warna yang digunakan tu, merah sepekat-pekatnya. Tidak dinafikan Nabila Huda adalah ikon fesyen yang bertaraf fashionista. Jadi, tidak hairanlah kalau beliau cukup cenderung untuk menjadi penjual gincu....

Terbaru, Nabila Huda dah pun melancarkan koleksi gincu terbaru dengan jenama Mariposa iaitu Butterfly.  Sesuai dengan nama gelaran beliau di Instagram iaitu Kupu-Kupu. Gincu berwarna merah itu hanya dikeluarkan dalam 1,500 unit sahaja. Dua jenis warna yang digunakan sangat menarik dan sesuai dengan remaja serta wanita masa ini....

Ramai yang selalu bertanyakan kepada Nabila, tentang jenama gincu yang digunakan dan kini, Nabila Huda dah pun mengesyorkan kepada peminat beliau agar menggunakan gincu keluaran beliau sendiri yang cukup eksklusif dan yang penting, harganya berpatutan.....

Kepada anda yang berminat nak beli, apa kata usha je Instagram Nabila Huda ya. Kat situ ada info macamana nak beli gincu Nabila Huda...

Selamat maju jaya kita ucapkan kepada Nabila Huda!...


Selepas terlibat dengan kemalangan Wanita ini berkelakuan pelik tapi kenapa??



Selepas skuter yang dinaiki hampir berlanggar dengan sebuah kereta, seorang wanita mengejutkan orang ramai apabila dia tiba-tiba memanjat ke atas kereta berkenaan dan mula menari tanpa sebab yang diketahui....

Menurut saksi, wanita itu dikatakan cuba melanggar lampu merah sebelum hampir dirempuh sebuah kereta berwarna hitam di persimpangan jalan raya yang sibuk di bandar Meizhou, wilayah Guangdong...

Orang ramai menjangkakan pemandu kenderaan itu akan keluar dan memarahi wanita terbabit, namun sebaliknya kereta itu hanya berhenti di tengah-tengah jalan raya...

Mungkin kerana marah apabila pemandu itu enggan mendedahkan dirinya, menyebabkan wanita terbabit memanjat ke atas kereta dan mula menari menyebabkan semua yang melihatnya terkejut.... -


Menitis air mata melihat keadaan mayat adik Puteri Nur Fauziah ini dip3rkosa, dibunuh dan disumbat dalam kotak

Mayat seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dibunuh dengan kejam ditemui dalam sebuah kotak di mukim Kalideres, Jumaat lalu...
.
Mayat mangsa adalah Putri Nur Fauziah, anak ketiga dari pasangan Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani, yang dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05....

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang. Kaki, tangan dan mulutnya juga diikat, selain dari kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa...

Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri...

Berdasarkan siasatan forensik, mangsa telah mati dibunuh lebih dari 4 jam ketika ditemui. Polis sehingga kini masih menyiasat dan memburu individu yang melakukan jenayah ini...

Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk keluar belajar berkumpulan dengan rakan-rakannya. Namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah. Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri...




Inilah Guru Paling Cantik di Korea yang hanya Mengajar di Sekolah Lelaki Sahaja.


Berbeza dengan kebanyakan artis Korea.., Lee Nayeong sudah mempunyai kecantikan semula jadi sejak kecil lagi. Sempat mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan Miss Korea, gadis yang disebut guru tercantik  di Korea Selatan  kini mengajar di sekolah menengah khusus lelaki...

Menurut laporan Koreaboo, ulzzang sejak universiti ini memang mempunyai tubuh yang seimbang. Tidak hanya cantik, Nayeong kerap memakai pakaian seksi yang tidak kalah dari member Girls 'Generation...

Meskipun hanya sampai ke tahap preliminari, Nayeong disebut telah membuat sekolah tempatnya mengajar menjadi terkenal. Bagaimana tidak, tidak sedikit muridnya yang tergila-gila padanya...

Kini, ia dikenal sebagai guru tercantik  di Korea Selatan. Berikut foto-foto Lee Nayeong:..









Video Lelaki 92 Tahun Menyanyikan Lagu Untuk Isterinya pasti akan membuatkan anda menitiskan air mata


Kisah cinta Romeo Juliet mungkin akan kalah dengan kisah kasih pasangan ini. Di usia mereka yang melebihi 90 tahun, Howard dan Laura telah berkahwin selama 73 tahun...

Sebelum ini cucu, Erin Solari, memuat naik video manis dari datuk dan nenek beliau ini ke dalam laman web YouTube dan Facebook. Video berdurasi 3 minit itu memperlihatkan bagaimana usia tidak mempengaruhi kemesraan pasangan ini...

Dalam video tersebut kelihatan Laura yang mengalami kebutaan tengah terbaring tidak berdaya di atas katil. Sementara itu, Howard berdiri di sebelahnya dengan dibantu oleh salah satu ahli keluarga...

Dengan penuh kasih, lelaki 92 tahun itu mengusap wajah isterinya. Kemudian dia menyanyikan sebuah lagu tahun 1940-an, berjudul "You'LL Never Know". Saat menyanyikan lagu ini, Howard terlihat mengeluarkan air matanya beberapa kali...

Lagu ini sendiri dipilih kerana mempunyai sejarah istimewa dalam hidup mereka. Ketika masih muda, lagu ini sering dinyanyikan oleh Laura ketika ditinggal Howard berperang dalam Perang Dunia II, dan ini sudah menjadi lagu cinta mereka sejak saat itu...

Dalam postingannya di Facebook, Erin juga menjelaskan jika lagu ini dibawakan datuk dan nenek beliau secara duet saat mengemaskini sumpah perkahwinan mereka selepas 50 tahun berkahwin. Semenjak dimuat naik ke Facebook, video ini telah ditonton lebih daripada 3.6 juta penonton. Jom video mengharukannya di bawah ini....

 TONTON VIDEO DI SINI


Inilah 7 Wanita yang Mempunyai Tabiat Aneh di Dunia

1. Maria Jose Cristerna
Maria Jose Cristerna, ibu empat anak asal Mexico mengambil jalan yang tidak masuk akal bahkan terlalu kejam untuk ditiru....

 Cristerna, demikian nama kecilnya mengubah penampilannya dengan merajah seluruh tubuhnya dan memasang titanium di bawah kulit muka dan dahinya untuk membuat kesan seperti tanduk...

 Wanita berkahwin di usia 17 itu pun digelar Wanita Vampira . Ia bahkan mengaku mula taksub dengan tatu setelah jadi korban kekerasan domestic. Tato merupakan bentuk pembebasan bagi saya,  ujar Cristerna...

 Wanita berusia 35 tahun tersebut juga mengubah giginya untuk mencipta taring panjang guna melengkapi penampilannya...

2. Elaine Davidson (Memiliki 6925 Tindikan)
Elaine Davidson, wanita asal Brazil yang menerima gelaran The Most Pierced Woman dari Guinness Book of Record pada Mei 2000 silam, kembali jadi popular...

 Bukan kerana mempunyai 6925 tindikan di tubuhnya, termasuk 1,500 tindikan dalaman Pada tahun 2000, Elaine mempunyai 462 tindikan di tubuhnya, termasuk 192 di wajahnya. Namun jumlah tindikannya kini sudah mencapai 6925 tindikan, termasuk tindikan di bahagian alat sulit beliau.

Pada Februari 2009 yang lalu, bekas jururawat kelahiran Brazil ini mengaku sudah merasakan sakit dari seni piercing yang dia sukai ini, sehingga dia pun tidak mahu lagi menambah jumlah tindikan di badannya....

Oleh demikian dia tidak pernah menanggalkan atau pun menghilangkan satu pun cincin dan gelang yang melekat di tubuhnya tersebut, yang dianggarkan telah mencapai berat  sekitar tiga kilogram

3. Bae Dal Mi (Tak Pernah Cuci Muka)


Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun asal korea. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun...

 Semenjak itu, dari masa ke masa make-up yang digunakannya semakin tebal. Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. Saya selalu melihat kedalam cermin dan membawanya setiap masa, ujarnya pada sebuah acara variety show di korea.

 Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap merasa tidak puas dengan penampilannya  .Saya ingin melakukan pembedahan plastik di 10 tempat, ungkapnya...


4. Staysha Randall (Memiliki Tindikan 3200)
Staysha Randall, Umur 22 tahun punya kaki tangan dan punggungnya ditembusi oleh 3.200 jarum , dalam misi untuk mencipta rekod Guinness baru, di Las Vegas...


5. Ji Hyun (Tak Pernah Gosok Gigi)
Ji Hyun Ji. Gadis berusia 20 tahun yang menjadi bintang di acara Mars Virus program televisyen paling popular di Korea Selatan ini mengaku tak pernah  menggosok giginya sejak 10 tahun lalu

 Bagi saya,  sisa makanan  benar-benar akan melindungi gigi saya....

 Terakhir kali ia ingat melakukannya ketika ibunya menggosok giginya saat berusia 10 tahun. Sehari-hari, dia hanya mengelap gigi depannya...

6. Cindy Jackson (Melakukan Operasi Plastik Terbanyak)


 Cindy kini memegang rekod pembedahan plastik terbanyak di dunia. Saya tidak rasa memecahkan rekod apapun. Saya hanya melakukannya untuk mendapat tubuh cantik yang menawan, ia berkata dalam sebuah tayangan di stesen televisyen abcnews. Cindy mendedahkan selama puluhan tahun ia melakukan 14 operasi plastik , botox, pembedahan mata atas dan bawah.

 Dia juga menjalani pengambilan lemak perut (liposuction) dan suntik kolagen di tangan. Untuk semuapembedahan yang ia lakukan, kos pembedahan Cindy bernilai sekitar  US $ 100 ribu ...

 Merasa pengalaman keluar-masuk bilik pembedahan, ia lalu mendakwa diri sebagai seorang pakar perunding anti-penuaan. Selama proses itu saya mendapatkan pengetahuan berharga tentang pembedahan yang bagus dan tidak. Mengapa pembedahan kadang-kadang tidak berjaya, serta rahsia mencapai hasil yang terbaik, selamat dan paling berkesan,  tulisnya dalam website peribadinya....

 Wanita asal Ohio ini mengakui, latar belakang ayah yang pemarah serta rasa rendah diri membuatnya bertekad mengubah diri. Sejak remaja, ia merasa tubuhnya tidak cantik .Saat usia 14, ada komen mengenai senyum saya sehingga membuat saya serasa ingin mengubahnya...

7. Julia Gnuse (Tato Seluruh Tubuh)


Wanita yang menyandang gelaran Tato Full Body Masuk Guinness Book, Julia Gnuse asal California, masuk Guinness Book of Records kerana mentato 95% tubuhnya....

 Julia Gnuse awalnya mentato tubuhnya kerana penyakit kulit yang dihidapinya, Penyakit yang disebut Porfiria ini membuat kulitnya mudah rosak jika terkena sinar matahari, dan untuk menutupnya wanitaini mulai mentato tubuhnya.

 Sekarang tubuh Julia Gnuse 95% tertutup Tato, mulai dari Mickey Mouse, Kizz Band, The Beatles, dan pelbagai tatu lain. Sekarang tubuhnya bagai canvas hidup Pop Art sehingga wanita ini dianugerahkan anugerah.sumber


Pelik Patung Mesir Kuno Berputar 360 Darjah Di Dalam Kotak Kaca dengan sendiri


Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di sebuah muzium menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ....

Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi. Patung setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi persembahan kepada dewa Osiris...

Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price, 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan. Kata Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut.., tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri. “Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain...
KEDUDUKAN asal patung Mesir purba di Muzium Manchester membelakangi pengunjung.

“Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan ia sangat luar biasa,” katanya. Menurut Price, masyarakat Mesir purba percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada roh seseorang selepas kematiannya. “Tetapi mereka pun akan terkejut jika patung seperti ini bergerak sendiri,” katanya...

Disebabkan kejadian aneh itu, kakitangan muzium kemudian memasang kamera untuk merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama seminggu...

Berdasarkan rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati patung berkenaan membuat pusingan 360 darjah. Antara penjelasan yang dapat difikirkan ialah, kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, atau akibat trafik di luar bangunan...

PATUNG ini hampir melengkapkan pusingan 360 darjah.

 Bagaimanapun, ia masih gagal menjelaskan mengapa patung itu tidak pernah bergerak sendiri sebelum ini. Price berkata, selama beberapa dekad patung itu diletakkan dalam bekas kaca dan ia tidak pernah bergerak sendiri. Sesetengah pihak percaya patung itu membawa sumpahan firaun dan membawa kecelakaan kepada sesiapa yang mencurinya dari kubur zaman silam....








Video: Wanita Hancurkan Kereta Suaminya...Kerana Marah,


Sebuah video yang dimuat naik di Youtube memaparkan seorang seorang wanita mengamuk menghancurkan keretanya sendiri...

Entah kenapa.. , wanita itu menghancurkan semua kaca dan memukul keretanya yang berwarna putih itu dengan batu... Dalam keterangan video menyebutkan, ketika ditanya polis apa alasan wanita ini melakukannya, dia menjawab kerana si suami membeli kereta kecil dan tidak sesuai untuk keluarganya...

TONTON VIDEO DI SINI


Pencuri Bodoh Membuat Aduan di Balai Polis Tentang Gambar Disiarkan Ketika Mencuri.


Berita tentang jenayah ternyata tidak selamanya menyeramkan. Buktinya saja, kisah pencuri ini justru akan membuat kita ketawa...

Seorang pencuri tertangkap kamera CCTV telah melakukan pencurian di sebuah kedai perkakasan di Cambridge. Mengelakkan kembalinya si pencuri, pemilik kedai, Neil Mackay pun mencetak foto Nicholas Allegreto dan meletakkannya di dinding dalam kedai. Untuk menutup identiti pencuri, Neil memberikan dua garis di wajah pencuri sebelum memasangnya....

"Tuan Magnet Man dirakam oleh pegawai kami setelah mencuri magnet berharga dari kedai kami," tulisnya bersama foto tersebut. "Semua pegawai kami sudah melihat gambar tersebut (tanpa garis). Anda pasti tahu siapa dirimu. Berhati-hatilah kami akan menangkap kamu..."

Poster ini kemudian beredar luas di Facebook, bahkan dicetak di surat khabar tempatan. Keluarga dan rakan-rakannya, termasuk majikannya mengenali wajah pencuri itu sebagai Nicholas dan memecatnya...

Akibat fotonya yang tersebar luas, keluarganya jadi menderita. Nicholas pun merasa marah dan hadir ke balai polis untuk membuat aduan...

Para pegawai polis bergegas menahan lelaki 23 tahun ini. Pemilik kedai pun  berfikir, kenapa lelaki ini justru datang ke balai polis. "Aku tidak membayangkan mengapa dia ingin pergi ke  balai polis," katanya...