Filled Under:

#UPDATE Benarkah Tabligh tak Bela Anak dan Isteri ??? Ini Jawapan dari seorang Tabligh...!!!

Nota Editor: Perkongsian ini telah ditulis oleh #Tuan Ali Russia di laman Facebook milik beliau. Dengan izin daripada beliau, kami kongsikan semula di sini tanpa mengubah apa-apa gaya bahasa dan ejaan di atas permintaan beliau. Semoga bermanfaat.

Allahu – #Orang Tabligh tak bela anak dan isteri..?

Barakallahu…#Bhai, aku baru 2 hari balik dari Timor Leste, pulang ke Maqomi, ada yang menyambut dengan gembira, menyapa dengan bersahaja dan ada juga yang pandang sini bersahaja…tak apa, semua aku buat kerana Allah Taala., apa pun aku dah tunaikan sebahagian daripa hak hak Kalimah yang aku ucapkan sedari aku pandai bercakap hingga ke sekarang..


Biarkan mereka yang tak senang dan tak berapa gembira dengan kepulangan aku, kalau dah tak suka dengan Dakwah, lebih lebih lagi orang orang Tabligh ni, apa boleh buat…orang orang Tabligh sikit pun tak rugi, malahan untung berganda ganda…lebih lebih lagi kalau di umpat dan di cerca…dapat lah lagi pahala #percuma..!!!

Bhai, ada juga suara suara sumbang di belakang yang bercakap dan aku sememangnya dah tahu mereka ini sentiasa mengintai ngintai di wall medium #facebook aku, cuba untuk mencari kelemahan dan menyebarkan gara gara tak suka kan kerja #Dakwah Tabligh…

Oleh kerana mungkin mereka dah tak tertahan melihat posting posting aku yang secara telus dan ikhlas menceritakan segala ehwal kehidupan ber #Tabligh aku dan juga kehidupan mereka mereka yang buat usaha agama maka mereka mereka yang bersuara sumbang ini telah menghantar “meseg pendek” dengan cara seorang “pengecut” kata mereka (aku panggil Hantu Raya) di meseg inbox aku…

“Tabligh tabligh jugak…anak nak kena bela, bini nak kena jaga.” – Hantu Raya 1
“Asyik agama jer…dunia nak kena ada juga.” – Hantu Raya 2
“Orang lain pun buat Dakwah juga bukan orang Tabligh jeer.” – Hantu Raya 3

Aku…Hahaha…maaf, Bhai aku kena gelak dulu sebelum aku jawab secara “Bodoh” akan soalan dan statemen “Terbodoh” dari #Hantu Hantu Raya tadi…

Jawapan aku untuk Hantu Raya 1

“Memang aku tak bela anak dan tak jaga bini…yang bela anak dan jaga Bini aku ialah Allah Yang Maha Kuasa…”

Jawapan aku untuk Hantu Raya 2

“Hidup aku untuk agama bukan untuk dunia, sebab tuu dunia datang cari aku tanpa aku susah payah kejar dunia…”

Jawapan aku untuk Hantu Raya 3

“Korang buat lah Dakwah cara korang tetapi aku Yakin hanya Dakwah cara Nabi jer yang Allah terima..”

Allahu Bhai, sebenarnya kata Masyaikh kita, orang orang yang berpandangan dan berfikiran seperti Hantu hantu Raya ni “tak perlu” pun kita layan…kita buat jer Dakwah lagi dan lagi sampai kita takda lagi..

Bagi sesiapa yang korbankan diri harta dan masa maka ketahui lah bahawasanya Allah lah yang menjadi Pemelihara akan kehidupannya, bukan sahaja dirinya malahan anak, isteri dan harta bendanya, malahan rezekinya Allah akan mudahkan tanpa bersusah payah, ini lah keberkatan yang Allah anugerahkan kepada pekerja pekerja agama.

Kita selalu dengan Bayan orang orang lama di dalam kerja Dakwah Tabligh, kata mereka…

“Kerja ini adalah kerja pilihan, bukan kerja kebolehan atau kepandaian, sebagai contoh…satu orang telah di pilih oleh Majikannya bagi menjadi wakil majikan untuk bekerja di luar negeri, maka sudah pastilah orang yang di ambil oleh majikannya itu merupakan orang yang terpilih di antara ramai orang, oleh kerana ada keistimewaan pada diri orang itu maka dia telah di hantar untuk mewakili majikannya, jadi bila di hantar maka sudah pasti lah majikannya akan menyediakan segala kemudahan untuknya bagi memudahkan kerjanya…gajinya akan dinaikan, elaunnya akan di berikan, rumah akan di sediakan dan berbagai kemudahan lagi, begitulah halnya dengan pekerja pekerja agama, Allah Subhanawataala akan memudahkan kehidupannya dengan segala keberkatan, Allah Subhanawataala akan menyediakan segala keperluannya dan Allah Subhanawaatalla lah yang akan memerintahkan dunia supaya dating merangkak rangka kepadanya….”

Allahu…aku tak pandai untuk berhujah dan jauh sekali untuk berdebat dan sememangnya kami orang orang Dakwah tidak di benarkan berhujah dan berdebat…sekiranya ini berlaku maka ianya telah melanggar Usul dan Tertib Kerja Dakwah Tabligh.

Bagaimana pun aku boleh kongsikan sedikit kisah hidup aku bagi mencerahkan lagi akan kekelaman di dalam benak fikiran hantu hantu raya tu tadi…insyallah.

Kisah Isteri dan anak anak aku aku yang Allah bela dan jaga.

Cerita 1

Syukur kehadrat Allah, walaupun agak lama mengambil masa untuk menghabiskan Kuliahnya di Bidang Perubatan tetapi dengan izin Allah Azawajalla akhirnya isteri aku dapat senyum gembira untuk mengambil Sarjana Perubatannya.

Aku telah hentikan kuliahnya buat sementara kerana mengandung dan kerana melahirkan anak, jauh di sudut hati aku berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik kepadanya untuk menghabiskan kuliahnya, ternyata Allah Taala telah makbulkan Doa kami.###



Hari peperiksaan terakhir dan hari ujian MUETnya aku menyorong isteri aku ke Dewan Peperiksaan dengan kerusi roda kerana beliau tidak mampu untuk berjalan dan menaiki tangga. Pandangan mata anak anak muda Siswa Siswi dan senyuman bangga mereka melihat kami sedikit membuatkan hati aku menanggis, apalagi isteri aku yang mengalirkan airmata, anak anak muda siswa siswi ini datang bersalaman dan beramai ramai cuba menolong untuk menyorong kerusi roda dan mengangkat isteri aku untuk menaiki tangga.

Allahu…semuga Allah merahmati mereka semua.

Secebis kisah di hari Konvokesyen atau Hari Wisudanya, aku telah menelefon Pejabat Universitinya dan menyatakan bahawa isteri aku tidak dapat menghadirkan diri di dalam upacara itu kerana masih lagi didalam keadaan berpantang, maka pihak Universiti telah memberikan Tarikh Hari Konvokesyen atau tarikh hari Wisuda yang lain, kami bersetuju dengan tarikh tersebut..

Sampai masanya kami telah menghadirkan diri, kedatangan tetamu lebih kurang sekitar 3500 orang dan di dalam keramaian manusia itu hanya isteri aku yang ber Niqab, semasa kami melintas di hadapan orang ramai, ada yang memandang kami dengan penuh kehairanan, ada yang memandang dengan pandangan jelek dan tak ramai juga yang senyum dan memberi salam.

Apa pun keadaan maka itu lah kami, keluarga “ Pekerja Agama “ kami berdua tidak pernah mengendahkan apa yang orang ramai nak kata, asalkan kami mendapat redha Allah yang Esa.

Disaat isteri aku berbaris mengambil tempat untuk naik ke pentas menerima Sarjananya aku duduk di bangku tetamu jemputan, dan aku melihat isteri aku menoleh kearah aku dan tiba tiba beliau datang kearah ku…aku melihat Niqabnya basah kerana airmat dan aku bertanya kenapa…isteri aku menjawab…

”mereka semua tak seperti saya…hanya saya yang bertutup begini dan ada yang memanggil serta mengejek saya “Siswi Ninja”….aku merenung isteri aku yang mengalirkan airmata dan aku faham akan perasaannya lalu aku berkata….

“Bersabarlah…Allah tidak akan Tanya berapa banyak Sarjana, Degree atau Phd yang kamu bawa bila berjumpa dengan NYA di Yaumul Masyhar nanti tetapi Allah akan Tanya bagaimana Iman dan berapa banyak Amal yang kamu bawa kepada NYA…”

Alhamdulillah, hari ini isteri aku gembira bersama Sarjananya, anak anaknya dan rumahtangganya, satu hari kata beliau kepada aku…”Alhamdulillah, Allah temu kan jodoh kita, dapat lah saya mengenal Usaha Agama…mendidik dan menggurus rumah tangga dengan cara agama dan bangun malam menanggis untuk umat yang telah jauh dari agama..”

Dan hari ini aku diberitahu bahawa berkat pengorbanan perasaan isteri aku satu masa dahulu maka kini telah ramai yang berani memakai Niqab serta berpurdah di Universitinya…

Barakallah

Semuga Allah memberkati Rumahtangga mereka mereka yang menjadikan hidupnya untuk maksud agama…amin

Cerita 2

Syukur, Bhai, aku malas dah nak menulis panjang lebar semata mata kerana nak fahamkan Hantu Hantu Raya yang sememangnya buat buat tak faham…seperti yang aku jawab untuk soalan Hantu Raya 1 maka cerita ini juga jawapan aku untuk soalan Hantu Raya ke 2…

Cerita anak aku ini telah lama aku tiliskan dan post kan dan telah pun pernah menjadi Viral di laman laman social, bagaimanapun aku ulang lagi supaya ianya menjadi jawapan kepada umu dan juga menjadi menafaat kepada semua…insyallah



Anak aku seawal usia 21 tahun menguruskan hidupnya sebagai Pelajar, Suami, Bapa dan Usahawan.

Alhamdulillah…syukur dapat selesaikan beberapa perkara yang agak memening kan kepala dan dalam masa yang sama Allah bagi kesempatan untuk menziarahi anak lelaki dan menantu perempuan serta cucu aku yang makin montel.

Disini cuma aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebagai ayah dan atuk yang mana Allah telah anugerahkan satu amanah yang indah dan berat sekiranya kita tidak berjaya mengguruskannya.

Sepertimana yang korang dah tahu hampir setengah tahun yang lepas aku ada ceritakan dan postkan perihal “Bagaimana aku menjadi atuk di usia 40an dan bagaimana anak lelaki aku menjadi ayah di awal usia remaja”..kalau korang nak tau dan bagi mereka yang belum membacanya korang scroll scroll lah artikel lama yang aku dah posted kan dulu.



Hampir 2 tahun anak aku dan isterinya menjalani kehidupan sebagai Suami isteri, ayah dan ibu, pelajar dan juga sebagai salah seorang Usahawan di usia yang masih muda…sepintas lalu aku agak kasihan dan kadang kala menitik airmata didalam Doa doa ku bila melihat akan ketabahan, ketekunan dan kerajinan serta tangungjawab yang dipikiul oleh kedua dua anak aku yang masih didalam usia yang baru menjangkau 22 tahun.

Selesai semua urusan Kakak dan ahlia di HUSM, aku memberitahu ahlia yang kami akan pergi menziarahi cucu dan anak anak, ahlia gembira dan kakak seronok kerana akan dapat melihat Ali Mikhael yang telah beberapa bulan di rindui..

Aku menelefon anak lelaki dan bertanya khabar ” Assalaimualaikum bang, abang dekat mana, ayah nak gi rumah abang ni” anak aku menjawab “waalaikumusalam Yah, abang kat luar ni, nak pergi Kilang tengok product dan tempahan kotak, lepastu nak gi hantar Mimi gi Kelas lepas tu nak angkut barang barang pastu baru balik”…aku tanya lagi “Mikhael maner..?” anak aku menjawab pantas ” ada dengan abang ni”…

Di dalam kepala aku terbayang bagaimana seorang remaja lelaki yang memandu kereta dengan bayi kecil yang masih menyusu berada didalam Car seat disebelahnya dan bagaimana beliau mengantung anaknya didada semasa mengangkut kotak kotak barang perniagaannya dan sudah pasti sekali sekali bayinya akan menanggis meminta susu….Allahu….semuga Allah kuatkan semangat anak anak ku suami isteri…amin

Allahu, dia lah yang pergi ke Kilang melihat product perniagaan, mengguruskan pengagihan kepada stokis, menghantar isteri ke Kelas dan semasa isteri di Kuliah dia lah menjaga anak, mandikan, basuh kencing berak bagi makan dan dodoikan untuk tidur kehulu kehilir.

Bhai, kedua dua anak aku ni masih lagi didalam Kuliah, melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Ijazah didalam bidang masing masing, mereka sudah pun mempunyai seorang anak yang baru pandai meniarap bernama Ali Mikhael dan mereka berdua juga menjalankan perniagaan sepenuh masa, maksud aku selepas habis waktu kuliah.



Sebagai pelajar aku nampak bilik tidur mereka dipenuhi buku buku dan nota nota, sebagai mak ayah kepada bayi kecil aku melihat sendiri bagaimana mereka berdua bergilir gilir mengendong bayi mereka kehulu kehilir dan sebagai peniaga aku juga melihat bagaimana si suami memikul kotak kotak yang berkilo kilo beratnya dan si isteri bersengkang mata melayani anak yang meragam dan dalam masa yang sama terkial kial membalas email, sms, whatsup serta mengguruskan pelangan juga stokis yang hampir 200 cawangan yang bukan sahaja di Malaysia malah dari Singapura, Indonisia dan Brunei.

Barakallah, semuga mereka di rahmati Allah sentiasa,

Bhai, seperti yang aku selalu cakapkan bukan senang nak senang dan bukan payah nak susah, semuanya atas usaha kita dan kemudian tawakal serta doa kepada Allah, mungkin hasil dari kecekalan dan doa mereka serta usaha, aku dapat melihat akan kehidupan mereka dapat di atur, mereka pergi Kuliah, menjaga anak dan menjalankan perniagaan,


Semenjak mereka berkahwin mereka tidak pernah meminta duit belanja satu sen pun dari aku, semuanya mereka cari sendiri dan mereka berdikari sehinggakan mereka dapat memiliki sebuah Syarikat Sdn Bhd sendiri, membeli beberapa buah kenderaan yang berharga RM 300K sendiri secara Cash dan tunai, semuanya hasil dari perniagaan mereka d idalam jangkamasa setahun lebih iaitu sebuah kereta Satria Neo untuk ke Kuliah, semuah Hilux untuk urusan perniagaan dan sebuah Porshe Cayen dan juga Range Rover Evox untuk kegunaan mereka bertiga sekeluarga, sebuah Nisan GTR Skyline untuk bersiar siar dan kini mereka telah membeli sebuah rumah bernilai RM 500K juga secara tunai dan mereka kini mulai untuk membina serta memiliki Factory atau Kilang sendiri.





Apa yang aku nak kongsikan disini bhai ialah korang semua jangan takut untuk kawin muda dan bagi ibu bapa, sekiranya anak anak bercadang untuk berkahwin diusia muda maka jangan kita menghalang, apa yang kita perlu lakukan ialah beri lah mereka semangat, panduan serta ambil berat tentang kehidupan mereka, dengar dan beri perhatian akan apa yang mereka luahkan dan nasihati mereka sekiranya ia tidak bersesuaian dan bertentangan dengan apa yang kita fikirkan.



Aku tidak banyak campur tangan akan urusan kehidupan mereka berdua tetapi aku melihat dan memerhatikan dari jauh dan terus terang aku bagitau bahawa setiap selepas solat 5 waktu dan waktu infiradi aku bersama keluarga aku akan buat Doa khusus untuk anak anak dan Doa aku akan di aminkan bersama ahlia serta anak anak yang lain, selalu nya aku akan cakap pada anak anak “joom.. kita Doa untuk abang, kakak dan adik”..

Tak lama lagi anak anak aku akan habis belajar dan mendapat Ijazah, dalam masa yang sama anak mereka membesar atau mungkin akan tambah sorang lagi dan perniagaan juga mula berkembang, sekarang mereka membina Office di bangunan sendiri dan yang paling penting, Insyallah, dari sekarang aku dah mula zihin anak lelaki aku untuk keluar 4 bulan IPB dan aku serta Ahlia perlahan lahan zihin menantu perempuan untuk bagi dia faham akan kerja agama ini, maklum lah masa anak lelaki aku keluar 40 hari selepas habis Diploma 2 tahun lepas mereka belum kahwin lagi…Insyallah,





Korang Doa lah semuga kami semua dipilih oleh Allah untuk buat kerja agama dan mati didalam usaha agama…Bukan senang nak ikram anak menantu Bhai…bagi yang anak dah kawin tu mungkin faham apa yang aku cakap ni kot..!!

Apa yang paling penting dari pengalaman aku…setiap dari kita kena mulakan gerbang rumahtangga dengan Agama…hubungan juga dengan agama…aku masih ingat lagi bila aku bermusyuarat untuk keluarkan anak lelaki aku tu 40 hari Khuruj selepas selesai Diploma…ramai juga yang mencebik bibir…tapi tak per lah…aku zihin anak aku dan fahamkan dia betapa pentingnya keluar jalan Allah 40 hari sebelum bekerja…sambung belajar atau sebelum mendirikan rumahtangga…

Alhamdulillah anak aku faham…dan Allah telah kasi dia lebih faham akan agama semasa dia berada di Jalan Allah..

Hasilnya dia balik dari khuruj 40 hari bawak fikir agama…walaupun tak tinggi melangit fikir dia, tetapi dia dapat jaga Sembahyang…Alhamdulillah..

Apa pun semuga kita semua di rahmati Allah dan sekali lagi bagi mereka yang belum kawin cepat cepat lah buat keputusan, samada kamu nak keluar 4 bulan dulu atau nak kawin kemudian keluar 4 bulan…aku syorkan korang keluar lah 4 bulan dulu lepastu baru fikir soal kawin…okey..!!!





Semuga perkongsian ini dapat memberi menafaat kepada ibu bapa dan anak anak bujang Tabligh…amin.

Bhai, aku pernah Tanya anak aku…apa yang abang Doa masa abang keluar 40 hari…jawab anak aku…”Doa yang ayah ajarkan tu laa…tarik Khazanah dari langit dan bumi”

Aku….Hehehe

Perhatian : Untuk Hantu Raya 2, ini bukan “Dunia” ker…?

Psst: Bhai, kalau orang dah tak suka…kita goyang kepala zikir pun dia kata kita ajaran sesat..kesian kan…?

Sumber : The Vocket