Filled Under:

#INFO (Wajib Baca) Haramkah Dubsmash Disisi Islam?


##Dubsmash Adalah Trend Terbaru Di media Sosial dubsmash adalah Sebuah Aplication Video Yang Membolehkan Anda Mengajuk Suara Atau Melakonkan Dan Menyanyikan kembali Lagu lagu Artis Dalam Bentuk Parodi,  parodi atau parody bermaksud karya sastera, seni, meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg me­lucukan atau menyindir Untuk Membuat Orang #Ketawa

Populariti Dubsmash Yang Sudah Tersebar Hampir Ke seluruh Pelusuk Dunia Ini  Termasuk Malaysia Akhirnya Memanggil #Ustaz Farhan Tampil Kedepan Membincangankan Dan Menjelaskan Bahawa Trend Dubsmash Tidak Sesuai Untuk Orang Islam kerana Dubmash Boleh Menjadi Haram?  Ikuti Penjelasan Beliau Mengenai Kegilaan Dubsmash Ini..



dubsmash kini haram dubsmash haram disisi islam

Oleh : Ustaz Fashan

Gejala #DUBSMASH dikenali dalam istilah bahasa arab sebagai Al-Muhaakah(المحاكاة).Ia bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan untuk mengejek,menghina dan merendah-rendahkan orang lain.

Hukumnya haram,dan ia bertambah haram jika ia dilakukan bertujuan untuk mentertawakan orang lain ia termasuk dalam bentuk istihza'(mengejek),sindiran dan ghibah yang diharamkan syarak,bertambah haram apabila ia disertai muzik dan nyanyian.

Nabi Sallallahu’alaihiwasallam pernah menegur #Ummul Mukminin Aisyah r.a ketika Aisyah r.a meniru gaya dan gerakan seseorang dalam ucapannya,Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

ما يسرُّني أني حكيتُ رجلًا وإنَّ لي كذا وكذا

“Aku tidak suka meniru-niru(gaya) seseorang walaupun aku diberikan dengan seperti ini dan ini(sesuatu apa pun(yang bernilai)”

[ HR At-Tirmidzi:hasan shahih ]

Para Ulama menjelaskan perbuatan tersebut adalah perbuatan haram lagi tercela.Imam An-Nawawi rahimahullah mengkategorikan perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam perbuatan ghibah(mengumpat)yang diharamkan.

Ia juga termasuk perkara sia-sia,tambahan jika ia dilakukan bertujuan membuat orang ramai ketawa ia termasuk dalam kategori #DUSTA yang dilarang dan didoakan kecelakaan bagi pelakunya oleh Nabi kita Sallallahu’alaihiwasallam dalam sabdanya:

ويلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بالحدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القوْمَ فيَكَذِبُ ويلٌ لَهُ ويلٌ لَهُ

“Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa,lantas dia berdusta,celakalah dia,celakalah dia!!.”

[ HR Abu Daud:hasan ]

Apakah segala keseronokan DUBSMASH itu boleh ditebus dengan kecelakaan yang didoakan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam?

Sebagai nasihat,tidak selayaknya seorang muslim berpelakuan seperti ini,seorang muslim wajib menjaga akhlaknya dan menggunakan masanya untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk agama dan dunianya,bukan dengan melakukan perkara yang tercela lagi hina seperti DUBSMASH ini.

#Semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada semua kaum muslimin.

~Wallahualam Semoga Kite Terhindar Dari Pekara Yang Haram..

Sumber : FB