Filled Under:

Ummi Nazeera Berkongsi Cerita Apabila Kini Berhijab Yang Pasti Mengejutkan Anda...!!!


Pelakon Ummi Nazeera mengakui setelah berhijab, dia berasa lebih selamat dan dihormati ramai malah dia juga menerima layanan baik daripada tenaga kerja produksi di lokasi penggambaran yang sentiasa menitik beratkan budaya sopan santun dan berhati-hati....

“Alhamdulilah, perubahan yang saya alami sekarang ini telah memberikan respon yang lebih positif dalam kehidupan serta karier saya. Apabila saya di set penggambaran, cara percakapan oleh krew produksi lebih tertib dan berhati-hati serta sentiasa memohon kebenaran saya, sama ada babak itu saya selesa atau pun tidak,” ujar Ummi kepada dipetik daripada portal Murai....

Selain itu, Ummi juga melihat banyak perubahan positif di dalam industri hiburan tanah air terutamanya daripada bakat-bakat baru yang dilahirkan selain menyatakan bahawa kebajikan para pelakon juga perlu diambil berat....

“Banyak perubahan dalam industri kita, saya mula berlakon pada usia 16 tahun, jadi perkembangan positif itu saya dapat merasainya, lebih-lebih lagi mengenai talent. Kebajikan para pelakon juga kini semakin dititik beratkan agar industri kita terus kekal relavan,” katanya....