Filled Under:

Jawapan Balas Dari JAKIM Isu Produk Ajinomoto Menggunakan Babi !!!

Kuala Lumpur – Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, kenyataan berhubung Ajinomoto (Malaysia) Berhad menggunakan sumber khinzir dalam pemprosesan produknya adalah tidak benar....

Menurut Jakim, Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah pemegang sijil halal yang sah dan telah melalui proses pemeriksaan serta pemantauan mengikut prosedur ditetapkan....

Pengguna juga boleh membuat semakan status halal di Direktori Halal Malaysia, melalui laman sesawang www.halal.gov.my....

Dalam pada itu, Jakim menasihatkan orang ramai memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, sebelum menyebarkannya....

Syarikat pengeluar produk perasa makanan dari Jepun itu, Ajinomoto memohon maaf kepada umat Islam di Indonesia atas penggunaan enzim khinzir dalam produk penambah perasanya pada 2001.....

Produk Ajinomoto itu dilaporkan mengandungi monosodium glutamate (MSG) yang mempunyai enzim khinzir, menyebabkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan pemimpin agama Islam mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan penggunaannya....

Bagaimanapun, berita itu kembali menjadi viral, selepas ia dikongsi semula pengguna media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna produk tersebut.....


sumber