Kisah Penipuan Seorang Ayah " Abah, Adik nak KFC???"
Posted By:
Unknown
on 06:34
“Abah, adik nak KFC,”
“Sabar dik, nanti abah belikan,” kata si ayah tersenyum saja memandang si anak kecil yang berusia lima tahun. Apa yang dia tahu tentang hidup....
Balik saja si ayah dari kerja, anak berlari ke arah motosikal. Mengintai dalam raga motosikal.
“Abah dah belikan KFC?” tanyanya.
“Belum dik. Abah kotor, tak dapat singgah KFC,”
“Alaaaaaa….” balasnya sambil memuncungkan bibirnya dan didukung oleh si ayah.
Esoknya, start enjin motosikal nak pergi kerja, si anak menjerit kecil dari depan pintu.
“Abah! Jangan lupa KFC adik!” katanya.
“Yelaaa!” jawab lelaki itu suram.
Petang itu, pulang dari kerja, si anak berlari lagi dan mengharapkan lelaki itu membelikan ayam goreng KFC kegemarannya.
“Abah, mana KFC adik?”
Lelaki itu menghulurkan sebungkus plastik berisi seketul ayam goreng...
“Ini bukan KFC abah,” katanya.
“KFC lah tu. Tadi hujan, kotak dia basah dik. Jadi abah isikan dalam plastik,” jawab abahnya.
Si anak tersenyum dan percaya pada ayahnya. Padahal, seketul ayam itu dibelinya dari pasar malam. Hanya itulah kemampuannya pada ketika itu.
Si anak senyum sambil makan seketul ayam. Namun kehairanan melihat wajah ayahnya yang berlainan dari biasa....
“Kenapa abah menangis?” Nah, adik suapkan abah KFC ni,” kata si kecil yang tidak mengerti perasaan lelaki itu.
Ayahnya hanya mendiamkan diri dan membiarkan air mata membasahi pipi.
Bersyukurlah jika kita mampu. Bersedekahlah jika kita berlebihan. Jangan menilai manusia melalui mata. Nilailah melalui hati. – Encik Mie
Ditulis semula untuk siaran...
"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke?
Posted By:
Unknown
on 06:25
Niatnya hanya mahu membantu ayahnya mendapatkan semula laporan kesihatan dan ubat-ubat kanser yang diletakkan dalam beg yang telah dilarikan oleh penyamun...
Kereta ayah kepada Khairunhanisah Azlan Hanif telah dipecah masuk oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Isnin lalu di kawasan parking Grand Dorsett Subang. Selain wang, laporan kesihatan dari HUKM dan ubat-ubatan juga turut hilang.
Mereka amat memerlukan dokumen-dokumen itu semula. Dan merayu bantuan dari masyarakat yang prihatin memulangkan beg itu kepada mereka jika terjumpa....
Malangnya, reaksi netizen pula amat mengecewakan apabila mereka mula mempertikaikan status Khairunhanisah yang meminta bantuan dalam bahasa inggeris....
"Nak minta tolong, cakap omputih. Ingat ini luar negara ke? Walaupun BI aku A+++ tetapi aku lebih suka gunakan bahasa ibunda kita. Menyampah pula nak tolong. Mungkin dia ini berlagak sangat, itu yang kena rompak," kata Khairul Nizam.
"Cakap Melayu tak boleh ke kak? Bukan aku tak faham tapi aku menyampah sebab orang Melayu speaking lagak terror!" kata Syara Sara Niey....
"Bukan nak kondem, nama Facebook orang Melayu. Minta tolong guna bahasa omputih. Macam mana dia pergi buat report di balai ekk? Gunalah bahasa ibunda kita oi!" kata Sam Sung....
Sesungguhnya, golongan manusia fanatik bahasa ibunda ini agak keterlaluan. Wanita itu hanya meminta pertolongan tetapi dibalas dengan kenyataan yang agak tidak beradab...
Namun, apabila ada artis Melayu yang meminta tolong dalam bahasa 'omputih', golongan seperti ini sangat laju dan support terus tanpa membuat teguran pun....
Sesetengah masyarakat kita + yang mengaku faham english tapi demand nak bahasa Melayu itu hanyalah sekadar keyboard warrior yang layak dimaki Azwan Ali....
Maya Karin - "Saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan"
Posted By:
Unknown
on 06:18
Baru-baru ini, Maya Karin yang tidak pernah lekang daripada soalan mengenai kesediaan dirinya untuk berkahwin lain menjelaskan bahawa dia kini kembali terbuka hati untuk berkahwin...
"Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwa. Memang saya boleh pilih dan terima siapa saja yang ada di depan mata jika terdesak untuk berkahwin tetapi tiada gunanya...
"Saya tidak mahu dikatakan terhegeh-hegeh menuntut cinta dengan lelaki. Mengimbau kenangan silam, saya lebih berhati-hati dengan lelaki. Banyak yang datang menghimpit tetapi sejauh mana keikhlasan mereka? Dalam hati, saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan....
"Mungkin belum sampai jodoh namun saya terima takdir hidup ini. Hari ini saya belum menemuinya, siapa tahu jodoh hadir beberapa tahun akan datang. Insya-Allah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya," ujar Maya dipetik sebagai berkata....
Apa pun, semoga Maya Karin bertemu jodoh yang akan kekal sehingga akhirnya. Mungkin juga cinta Maya akan hadir dalam masa yang tidak disangka-sangka dan pastinya peminat pun akan turut gembira dengan berita gembira tersebut....
Jom tengok 6 gambar kiut miut faliq anak Erin Malik
Posted By:
Unknown
on 06:10
Gambar terkini Mohamed Faliq Mohamed Farriz anak kepada Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, dan Farriz Fauzy yang dilahirkan 1 Oktober lalu...
Umum mengetahui bahawa kembar kepada Faliq sudah meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga menyebabkan badan membengkak ketika kandungan Erin mencecah usia 16 minggu....
Jom kita tengok wajah si kecil ini!...
Nabila Huda sekarang bergelar usahawan Gincu ??
Posted By:
Unknown
on 06:04
Selain berlakon, nampaknya Nabila Huda sekarang dah jadi usahawan. Nak jadi penjual gincu katanya. Sesuailah dengan gaya dan imej beliau yang sentiasa memakai gincu berwarna garang...
Kadang-kadang, memang warna yang digunakan tu, merah sepekat-pekatnya. Tidak dinafikan Nabila Huda adalah ikon fesyen yang bertaraf fashionista. Jadi, tidak hairanlah kalau beliau cukup cenderung untuk menjadi penjual gincu....
Terbaru, Nabila Huda dah pun melancarkan koleksi gincu terbaru dengan jenama Mariposa iaitu Butterfly. Sesuai dengan nama gelaran beliau di Instagram iaitu Kupu-Kupu. Gincu berwarna merah itu hanya dikeluarkan dalam 1,500 unit sahaja. Dua jenis warna yang digunakan sangat menarik dan sesuai dengan remaja serta wanita masa ini....
Ramai yang selalu bertanyakan kepada Nabila, tentang jenama gincu yang digunakan dan kini, Nabila Huda dah pun mengesyorkan kepada peminat beliau agar menggunakan gincu keluaran beliau sendiri yang cukup eksklusif dan yang penting, harganya berpatutan.....
Kepada anda yang berminat nak beli, apa kata usha je Instagram Nabila Huda ya. Kat situ ada info macamana nak beli gincu Nabila Huda...
Selamat maju jaya kita ucapkan kepada Nabila Huda!...
Selepas terlibat dengan kemalangan Wanita ini berkelakuan pelik tapi kenapa??
Posted By:
Unknown
on 05:57
Selepas skuter yang dinaiki hampir berlanggar dengan sebuah kereta, seorang wanita mengejutkan orang ramai apabila dia tiba-tiba memanjat ke atas kereta berkenaan dan mula menari tanpa sebab yang diketahui....
Menurut saksi, wanita itu dikatakan cuba melanggar lampu merah sebelum hampir dirempuh sebuah kereta berwarna hitam di persimpangan jalan raya yang sibuk di bandar Meizhou, wilayah Guangdong...
Orang ramai menjangkakan pemandu kenderaan itu akan keluar dan memarahi wanita terbabit, namun sebaliknya kereta itu hanya berhenti di tengah-tengah jalan raya...
Mungkin kerana marah apabila pemandu itu enggan mendedahkan dirinya, menyebabkan wanita terbabit memanjat ke atas kereta dan mula menari menyebabkan semua yang melihatnya terkejut.... -
Menitis air mata melihat keadaan mayat adik Puteri Nur Fauziah ini dip3rkosa, dibunuh dan disumbat dalam kotak
Posted By:
Unknown
on 03:57
Mayat seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dibunuh dengan kejam ditemui dalam sebuah kotak di mukim Kalideres, Jumaat lalu...
.
Mayat mangsa adalah Putri Nur Fauziah, anak ketiga dari pasangan Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani, yang dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05....
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang. Kaki, tangan dan mulutnya juga diikat, selain dari kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa...
Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri...
Berdasarkan siasatan forensik, mangsa telah mati dibunuh lebih dari 4 jam ketika ditemui. Polis sehingga kini masih menyiasat dan memburu individu yang melakukan jenayah ini...
Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk keluar belajar berkumpulan dengan rakan-rakannya. Namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah. Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri...
.
Mayat mangsa adalah Putri Nur Fauziah, anak ketiga dari pasangan Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani, yang dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05....
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang. Kaki, tangan dan mulutnya juga diikat, selain dari kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa...
Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri...
Berdasarkan siasatan forensik, mangsa telah mati dibunuh lebih dari 4 jam ketika ditemui. Polis sehingga kini masih menyiasat dan memburu individu yang melakukan jenayah ini...
Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk keluar belajar berkumpulan dengan rakan-rakannya. Namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah. Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















