Rahmah Dahlan - ‘Bersih 4.0 Akan Menyebabkan Nilai Ringgit Merudum’
Posted By:
Unknown
on 06:18
#$Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam beberapa siri Tweet di laman sosial Twitternya memberi peringatan, Perhimpunan Bersih 4.0 akan membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.
Lebih teruk bantahan yang diadakan akan memburukkan lagi matawang Ringgit kerana ia akan menyebabkan nilainya merudum.
“Tetapi demo itu boleh menyebabkan nilai Ringgit turun lebih buruk!,” katanya.
Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran krisis global, beliau meminta penganjur menangguhkan buat sementara bantahan yang dirancang hujung minggu ini.
“”# Bersih4 harus bijak. Ini adalah masa untuk bawa bertenang dalam menghadapi krisis ekonomi global. Walaupun ia hanya untuk beberapa minggu,” katanya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Tidak dinafikan, kerajaan bersedia menghadapi penganjuran bantahan #Bersih4, kerana apa yang penting ialah untuk mengekalkan ketenangan dan kedalamaian dalam setiap suasana itu.”
Pengikut Twitter Rahman bagaimanapun mempersoal kenyataannya.
“Beberapa hari yang lalu PM berkata ekonomi masih kukuh. Mengapa baru sekarang dikatakan dalam masalah? Hilang berbilion kepada siapa?” soal TengTJ.
sumber asal
(4 GAMBAR) AMBOI KAU,BUKAN MAIN LAGI YE!! Wanita Ini Bangga Rampas Suami Orang Di Kritik Orang Ramai
Posted By:
Unknown
on 06:09
#$Seorang wanita memuat naik status yang kami anggap agak 'meloyakan' kerana wanita itu bangga dengan perbuatannya yang telah meruntuhkan rumahtangga wanita lain.
"Sedihnya Abang Aswad balik KB sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan dia.
"Sekarang dia sudah menjadi milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak satu.
"Akhirnya aku menang. Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik," katanya pada status yang dimuat naik pada 10 Mac 2015 lalu.
Caption gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang ramai yang mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama juga turut memuat naik status yang lain;
"Salahkah aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku," katanya.
Perkahwinan bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah terjalin selama 13 tahun dikurniakan seorang anak perempuan, hancur begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga.
Siti, hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.
"Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu seperti 13 tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir,"
Entah apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. Alangkah ruginya si suami meninggalkan bekas isterinya yang ternyata lebih baik dari yang kedua ini.
sumber asal
(5 GAMBAR) Isteri Kepada Teman Lelaki Zarina Anjoulie Muat Naik Gambar Beliau Dipukul Oleh Lelaki Tersebut
Posted By:
Unknown
on 06:06
$%Kami menerima emel daripada sumber yang mendakwa bahawa lelaki yang kini sedang bersama dengan Zarina Anjoulie bukan saja suami orang malah dia juga merupakan seorang kaki pukul serta baru sahaja keluar daripada lokap baru-baru ini.
Malah perkara itu juga mendapat perhatian isteri kepada lelaki berkenaan (seorang jurusolek dari Brunei), apabila dia turut memuat naik gambar kecederaan yang dialaminya di bahagian muka serta gambar mesej lelaki berkenaan seakan memujuk wanita yang dikenali sebagai Auni Ali di Instagram itu agar kembali menerimanya.
Menguatkan lagi dakwaan bahawa wanita berkenaan adalah isteri lelaki tersebut apabila dia turut memuat naik gambar Zarina Anjoulie bersama suaminya dan dalam masa yang sama turut bertanyakan kepada orang ramai, siapakah gerangan si Zarina.
Jika benar perkara ini, perlu ada pihak tampil untuk memperbetulkan keadaan. Kasihan juga melihat setiap langkah Zarina Anjoulie untuk mendapat perhatian orang ramai akhirnya mengheret kepada sesuatu yang lebih besar dan bermasalah. Semoga semuanya selamat belaka. (rtky/s)
GEMPAR!! MB Baru Kedah Diumum 1 Oktober?
Posted By:
Unknown
on 05:54
$%Kemelut yang melanda UMNO Kedah kini sudah telah membuka era baru terhadap pentadbiran Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Desas desus kini tersebar mengatakan Datuk Seri Mukhriz tidak sempat menghabiskan penggal pemerintahan beliau berikutan rasa kurang senang rakyat Kedah terhadap corak pemerintahan beliau.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, kerusi Menteri Besar Kedah akan beralih tangan pada 1 Oktober yang akan datang. Perubahan tampuk pemerintahan ini telah dijangka berikutan corak pentadbiran yang tidak selari dengan apa yang diminta oleh Putrajaya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan barisan ADUN dan rakyat Negeri Kedah.
Andai perkhabaran ini benar, dua nama yang disebut-sebut menggantikan beliau adalah Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan ADUN Bakar Bata dan ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin. Dua nama ini dikatakan antara paling disenangi oleh Istana Darul Aman dan rakyat Negeri Kedah amnya.
Perkhabaran ini sebenarnya bermula sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kedah baru-baru ini bagi merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO. Beliau dilihat berulang kali menyebut nama Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Desas desus ini dikuatkan lagi dengan polemik berterusan antara Datuk Seri Mukhriz dengan beberapa pihak sehingga menimbulkan perkhabaran yang kurang enak kepada Perdana Menteri.
Adakah perkhabaran ini benar? Sama-sama kita tunggu sehingga detik 1 Oktober 2015.
#VIRAL 10 Artis Lelaki Malaysia Paling Kaya , No 3 Paling Kaya Dan Kacak Pula Tu !!!
Posted By:
Unknown
on 09:51
##Jika wanita sinonim dengan kecantikan, lelaki pula pada kekacakkan mereka. Artis dan selebriti lelaki kekacakan mereka diukur melalui gaya dan penampilan.Pun begitu, istilah kacak pada kebanyakan lelaki cukup subjektif. Ia bukan saja menjurus pada rupa paras dan penampilan semata-mata tetapi paling utama merujuk ke arah karakter diri mereka sendiri serta tahap profile masing-masing .
Dalam soal ini, antara elemen penting yang menyokong kekacakan peribadi seorang lelaki adalah kematangannya berbicara, tenang dan pemikiran positif dan paling penting pilihan hati daku ! hahahaha..
1) Nik Michael Imran, 24, Chef Selebriti
Walaupun persaingannya dalam MasterChef Malaysia musim pertama terkandas di tengah jalan, ia nyata bukan pengakhiran buat Nik Michael Imran Nik Ezar.
Semakin dikenali ramai menerusi pelbagai program masakan dikendalikannya, tukang masak kacak seperti Nik Michael menyifatkan ketampanan lebih merujuk penampilan diri seseorang yang sentiasa bersih dan kemas.Tidak menganggap dirinya kini sudah berada pada tahap popular kerana mengendalikan program Tea Twist di saluran Asia Food Channel (AFC), Nik Micheal berkata, apa yang diperoleh kini adalah berkat kesabaran dan tak pernah kenal erti putus asa.
Kini mengusahakan restoran sendiri, Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur sejak setahun lalu, Nik Michael berkata lelaki boleh kelihatan seksi apabila di dapur!
Soalan: Selebriti Hollywood yang ingin anda masak bersama?
Jawapan: Jessica Bell
2)Anuar Zain, 44, Penyanyi
Pada usia lebih 40 tahun, Anuar Zain masih segak dan kacak dengan populariti yang bertahan lama.
Istilah kacak daripada kaca mata Anuar adalah subjektif dan ia tertumpu pada pandangan mata seseorang. Apapun, kekacakan itu sebenarnya datang daripada jiwa yang sihat, bersih dan positif.
Kacak juga menurut Anuar boleh dinilai dari aspek ketrampilan diri melalui bahasa tubuh, perawakan tutur kata dan cara serta tata tertib.
Soalan: Apa akaun Instagram anda?
Jawapan: Saya tiada sebarang akaun di laman sosial.
3)Josiah Hogan, 28, Pelakon
Darah Amerika – Latin yang dimiliki pelakon meningkat naik, Josiah Hogan membuatkan dia kini tersenarai dalam kelompok artis lelaki kacak Malaysia.Josiah bagaimanapun tidak melihat kekacakan dimiliki seseorang lelaki hanya terletak pada rupa paras yang tampan, sebaliknya bagi bapa kepada seorang anak itu istilah kacak lebih menjurus pada penampilan dan gaya.
Mengulas mengenai penilaiannya terhadap kacak atau cantiknya seseorang, Josiah berkata, dia lebih suka melihat pada cara komunikasi.
Ujarnya, komunikasi sangat penting kerana cara seseorang itu bercakap sudah mampu menggambarkan sejauh mana tahap kematangannya.
Soalan: Pandangan anda mengenai Angelina Jolie.
Jawapan: Bijak, seksi & intelektual
4)Shah Iskandar, 32, Pelakon
Berkelana dari tanah kelahiran, Singapura ke Malaysia tidak sia-sia bagi pelakon popular, Shah Iskandar apabila namanya kini semakin mendapat tempat dalam industri lakonan di Malaysia.
Bahkan, Shah juga dikategori sebagai pelakon kacak oleh ribuan peminatnya.
Shah berkata, dia melihat kekacakan dimiliki seorang lelaki bukan sekadar pada penampilan diri dan gaya, sebaliknya perlulah bijak serta intelektual.
Katanya, dia tidak begitu memandang pada penampilan dan gaya sebagai keutamaan tetapi cara pemikiran itu yang paling utama dan harus dinilai.
Soalan: Filem Melayu kegemaran anda?
Jawapan: Tanda Putera
5)Aaron Aziz, 37, Pelakon/ Pengacara
Sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, penangan Aaron Aziz masih lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi, sekiranya Aaron, melakonkan watak lelaki romantik. Ternyata wajah kacak dimiliki Aaron dengan bahasa tubuh serta bakat besarnya dalam lakonan membuatkan dia masih mampu ‘mencairkan hati’ jutaan wanita.
Bukan itu saja, kepekaan Aaron pada tatarias gaya dan penampilan juga membuatkan setakat ini jarang gagal di khalayak ramai.
Soalan: Fear Factor anda?
Jawapan: Ketinggian (gayat).
Aiman Hakim Ridza, 24, Pelakon
Biar pun kecundang ketika dalam persaingan program Mentor 5 di bawah bimbingan penyanyi rock terkenal, Rahim Maarof, Aiman Hakim Ridza nampaknya lebih berbakat dalam lakonan.
Mula melonjak naik dan dikenali peminat menerusi drama Vanila Coklat, Aiman yang merangkul Anugerah Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH2012) lalu juga memiliki wajah kacak dan tubuh yang tinggi.
Soalan: Kota paling romantik?
Jawapan: Pastinya… Paris
6)Awal Ashaari, 33, Pengacara/ Pelakon
Sebut saja nama Awal Ashaari, ia bukan sekadar pengacara kacak berbakat, tetapi suami pelakon Scha Alyahya ini juga cukup dikenali dengan gayanya yang bijak berfesyen.
Memiliki wajah tampan dengan gaya tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan berprestij, tidak hairanlah Awal boleh dikategori dalam barisan selebriti kacak tanah air.
Pengacara program Melodi ini juga dilihat amat menjaga penampilan dirinya dan Awal tetap nampak hebat walaupun hanya memakai T-shirt.
Soalan: Cita-cita asal sebelum menjadi pengacara?
Jawapan: Penyanyi.
Remy Ishak, 32, Pelakon
Sekalipun pernah dilabel sebagai panas baran namun pelakon popular Remy Ishak juga dilihat mempunyai daya tarikan yang tinggi.
Berkulit sawo matang, Remy tetap tampak kacak dan menawan dalam kelas tersendiri. Bahkan, bintang filem dan drama Nur Kasih The Movie ini juga makin bijak bergaya.
Remy kelihatan cukup ‘macho’ apabila tampil bergaya formal dengan pemakaian sut lengkap dan berkot.
Soalan: Lagu dangdut yang paling anda minati?
Jawapan: Memori Daun Pisang
7)Aeril Zafrel, 26, Pelakon
Pelakon Aeril Zafrel yang juga suami kepada aktres Wawa Zainal juga tidak kurang kacaknya kerana berwajah jambu.
Berstatus suami orang dan ayah kepada seorang anak, pembabitan Aeril dalam lakonan yang bermula menerusi filem Aku Tak Bodoh pada 2010 itu, kini sudah melangkah jauh hingga ke Barat.
Aeril yang juga katanya kini berada di luar negara kerana terbabit dengan penggambaran, pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu kerana menyembunyikan perkahwinannya bersama Wawa.
Soalan: Watak lakonan paling mencabar?
Jawapan: Attar dalam filem 99 kali rindu.
8)Izzue Islam, 24, Penyanyi/ Pelakon
Anggota Fourteen walaupun sudah berkahwin tetap popular barangkali kerana kekacakan wajahnya yang comel persis keanak-anakan.
Namun, kacak pada sut pandangan anak jati Kelantan ini sendiri adalah kacak adalah tampan dan segak. Apatah lagi, apabila seseorang lelaki itu sentiasa tampil bergaya.
Bahkan, katanya berpakaian yang sesuai dengan bentuk badan, boleh membuatkan penampilan seseorang itu kemas. Apapun, ‘kacak’ pada pandangan setiap orang berbeza mengikut naluri masing-masing.
Menyentuh dirinya yang dilabel kacak, Izzue
psst : semua kekacakkan dan ketampanan yang dimilik dipinjamkan sementara buat kita semua , hargai sementara diberi serta manfaatkan ke arah kebaikkan .
#VIRALPOST Wajah TERKINI Pelakon Kanak-Kanak NIK ADRUCE Ini Bakal Membuat ANDA Tergamam Dan Berkata WOWWW !!!
Posted By:
Unknown
on 07:18
##
|
|
|
|
|
|
|
HENSEM TAKKKKK ?????????????
|
|
|
|
|
|
|
HENSEM TAKKKKK ?????????????
Subscribe to:
Posts (Atom)


















