Filled Under:
Anda Pasti Terkejut Besar Tentang Pulau Tersembunyi Yang Terletak Di Hujung Semenanjung Malaysia Ini !!!!
Posted By:
Unknown
on 05:22
Pasti ramai tidak mengetahui akan kewujudan Pulau Perak ini yang merupakan kawasan yang amat cantik di persempadanan negara di utara semenanjung Malaysia....
Pulau Perak atau juga dikenali sebagai Tukun Perak ialah sebuah pulau kecil yang berdiri daripada sebongkah besar batuan granit kurang satu km persegi di perairan Selat Melaka, Kedah, Malaysia yang merupakan kawasan Paling Barat Dan Paling Hujung semenanjung....
Kedudukan Pulau Perak ialah Latitude: 5° 42' 0 N, Longitude: 98° 55' 60 E, iaitu lebih kurang 45 minit penerbangan dengan Nuri dari TUDM Butterworth.
Pernah dikaitkan dengan peristiwa MH370 dan sebuah helikopter Nuri pernah terhempas di sini....
Kemudahan yang ada di Pulau Perak ini adalah hanya mempunyai sebuah rumah api dan tempat radar HF Maritim Malaysia(agensi perkapalan Kerajaan Malaysia).
Selain berfungsi sebagai pusat pengawasan sempadan , pulau ini juga berperanan sebagai tempat pelindungan dan pembiakan habitat marin di Selat Melaka....
Bayangkan beban yang terpaksa ditanggung untuk memindah rangsum/bekalan, seperti air/bahan api dalam jerry cans, rangsum basah dan kering iaitu dari jeti ke tempat penginapan di atas bukit....
Untuk ke puncak pulau ini terpaksa mendaki lebih kurang 400 anak tangga....