Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 #pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. #Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
sumber;- kisahkisah seram
Gempar !!! makhluk Aneh dan Pelik, Benarkah Ini Bayi Alien Yang Dibuang?
Posted By:
Unknown
on 20:00
Kewujudan makhluk dari #planet lain yang sering disebut alien, memang menjadi bualan hangat tersendiri bagi sebahagian kalangan. Banyak perkara-perkara aneh yang dijumpai selalu dikaitkan dengan kewujudan makhluk tersebut.
Sebelum ini, orang ramai pun digegarkan oleh penemuan sesosok makhluk merah jambu di belakang rumah Gianna Peponis. Penemuan ini pun dimuat naik Gianna di Facebook dan langsung menjadi perbincangan banyak netter.
"Aku tidak ingin memuat naik foto ini tapi aku tidak boleh berhenti meneka apa ini sebenarnya," tulis Gianna di laman Facebooknya. "Aku mendengar suara teriakan sekitar pukul 11.30 tadi malam dan keluar menuju #halaman dan mencari makhluk ini. Ini sudah mati semasa aku menemuinya. Berkongsi dengan rakan anda."
Selepas diposkan semula di laman Reddit, orang-orang pun semakin banyak spekulasi mengenai makhluk tersebut. Ada yang mengatakan #jika ini memang asing, namun ada pula yang menyebutnya janin haiwan yang sebahagian sudah dimakan pemangsa.
Video Ngeri Suasana Penumpang Bas Sebelum semuanya Jatuh ke Dalam Gaung.
Posted By:
Unknown
on 16:00
Sebuah video mengerikan yang merakam #suasana bas sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 400 meter tersebar di internet. Video dari rakaman CCTV itu memperlihatkan saat-saat sebelum kemalangan nahas ini berlaku.
Bas tersebut jatuh di Bandar Guiyang, #Provinsi Guizhou, China, pada bulan Julai lalu. Menurut polis tempatan, bas yang membawa 23 penumpang itu tergelincir akibat jalanan yang licin dan berlumpur.
Si pemandu masih berusaha mengawal bas selama beberapa saat. Namun, usaha itu sia-sia dan para penumpang kelihatan bertaburan di dalam kenderaan semasa bas terjun bebas di gaung yang dalam.
13 mangsa cedera serius dan satu orang #meninggal di tempat kejadian. Pelbagai kru penyelamat dari polis, ambulans, serta bomba memberikan pertolongan.
Berikut suasana ngeri kemalangan tersebut:
(Video),Kegigihan Tukang Gunting Potong Rambut Kanak-kanak Autisme Jadi Viral. Mesti tengok
Posted By:
Unknown
on 16:00
Usaha seorang tukang gunting rambut yang cuba memotong rambut kanak-kanak autisme di sini menyentuh hati orang ramai di laman sosial #baru-baru ini.
Video yang menjadi viral itu menunjukkan James Williams, 26, sanggup meniarap di lantai ketika Mason, 4, leka bermain telefon pintar.
Menurut ibu Mason, Denine Davies, 34, anak #lelakinya itu takut untuk datang ke salun rambut kerana mempunyai pengalaman pahit ketika berusia lapan bulan.

“Disebabkan peristiwa itu, rambut Mason terus panjang dan serabai sehingga saya diberitahu mengenai Williams yang mempunyai hubungan mesra dengan kanak-kanak,” ujar Davies.
Dia mula membawa Mason beberapa kali ke salun rambut Williams sehingga kedua-dua mereka menjalin hubungan yang baik.
“Selepas beberapa hari, Williams akhirnya berjaya menggunting rambut Mason tetapi dengan cara yang amat berbeza dan menyentuh hati,” kata Davies.
Davies terkejut kerana William sanggup meniarap ketika proses menggunting tersebut dan berusaha melayan anaknya itu dengan baik.– Agensi
Jom saksikan video berikut ini:
PELIK !!! Wangian yang dijual di pasaran jepun yang pasti membuatkan semua berkata iyakkss...
Posted By:
Unknown
on 18:32
Kucing merupakan #haiwan yang disukai oleh manusia. Mempunyai bentuk dan rupanya yang sangat comel, tidak hairanlah banyak orang menjadikan kucing sebagai inspirasi untuk anak patung, baju hingga hiasan.
Bahkan sebuah syarikat berasal dari Jepun, FELISSIMO mencipta sebuah #produk yang sangat unik. Mereka membuat pengharum dalam botol dengan aroma dahi kucing.
Pengharum yang diberi nama "Mohu Mohu Odeko no Kaori" (aroma dahi berbulu) ini dihasilkan setelah syarikat melakukan pelbagai penyelidikan pada pelanggan. Banyak yang mengungkap jika dahi kucing mempunyai aroma seperti sinar matahari, #futon yang dijemur atau roti manis.
Berdasarkan data itulah, syarikat cuba untuk membuat pengharum ini mempunyai aroma seakan mungkin. Selepas melakukan kajian selama #empat bulan akhirnya produk ini telah dikeluarkan.
Pengharum ini dijual pada harga 1,293 Yen . #Namun, pelanggan juga boleh membeli sepaket dengan bantal kucing yang terdapat dalam tiga pilihan warna pada harga #3,125 yen.
(VIDEO) Seorang wanita terkejut apabila cuba menggoreng telur keluar sesuatu yang amat luar biasa
Posted By:
Unknown
on 18:16
Salah satu video yang menjadi viral di media #sosial dan menjadi perbincangan hangat netizen, adalah video ketika seorang wanita yang mengoreng telur , lalu apabila dipecahkan telur tersebut malah keluar sesuatu yang sangat menakjubkan dan akan membuat kamu merasa kagum.
Emma Postlethwaite akan memasak telur untuk digoreng sebagai lauk. #Akan tetapi, telur yang ia peroleh dari seekor ayam betina yang ia pelihara bernama #Wendy, langsung mengeluarkan sesuatu benda bulat disertai dengan dalaman telur membuat wanita tersebut terus berkata "Oh My Good".
Menurut Emma, ketika waktu itu ia tidak percaya atas apa yang ia lihat dan ia alami. Sebabnya, selama ia hidup baru kali ini termasuk hal #ajaib dan unik jika telur yang ia punya apabila dipecahkan untuk dimasak, #ternyata di dalamnya ada sebuah telur lagi dengan saiz normal beserta kuning dan putih telur. Video yang pertama kali dimuat naik di Youtube tersebut, langsung viral dan menjadi perbincangan netizen.
Jom saksikan #videonya berikut ini: KLIK SINI
(4 Gambar) Sayu!!! Jasad Ibu tercampak ke luar kubur setelah ditanam 3 hari lalu
Posted By:
Unknown
on 14:56
Yala : Seorang pegawai perisikan #terkorban manakala bapanya cedera parah apabila bom yang ditanam di dalam kubur ibu mangsa meletup ketika dua beranak itu membaca surah Yasin di kubur yang terletak di Kampung Bo Jet Look, di daerah #Muang Yala, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi tadi, kesan #letupan kuat itu menyebabkan jasad ibu mangsa terkeluar dari liang kubur yang dikebumikan tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Muang Yala, Kol.Pol. Kerisda #Keawjandi berkata, bom seberat 10kg itu dipercayai ditanam oleh kumpulan pemisah, Rakib Dollah, yang menyasarkan mangsa, yang juga seorang anggota renjer di daerah berkenaan.
Beliau berkata mangsa, Sheik Chedomad meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Aziz Chedomad cedera parah dan kini dirawat di #Hospital Pusat Wilayah Yala di sini.
Bagaimanapun, umur dua beranak itu tidak diketahui. #Dalam pada itu, Ketua Pejabat Daerah Muang Yala, Konsakul Chanraj, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan melampau hingga penduduk kampung juga rasa terkesan dan amat sedih kerana pelaku sanggup bertindak kejam. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)















