Nota Sayu Arwah - "Ibuku sayang, duit yg Along tinggalkan ini untuk ibu"
Posted By:
Unknown
on 09:15
#$Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.
Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman-teman pasal anak kecil yang berusia 11 tahun yang mulia ini.
Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu. Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas.
Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya". Arwah asyik mengira duit-duit raya yang diperolehinya.
Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya, ''Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?'' Ibu saudaranya bertanya, ''kenapa?''
Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...
"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut... tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu... along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua. Sayang Ibu......ALONG"
Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya. Wallahualam.
Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini. Selepas saya kafankan jenazah along, Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!
Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor
sumber asal
KISAH BENAR!! "Betapa terseksanya hidup bersama ibu yang GILA MEROYAN"
Posted By:
Unknown
on 09:14
#$Kesekian kalinya air mata tak mampu ditahan.
Setiap kali bercerita perihal berpantang, akan berlarutan kepada cerita pengalaman saya hidup bersama ibu yang menghidap meroyan dan Endometriosis selama 10 tahun.
33 tahun dahulu, ketika saya dilahirkan secara pembedahan ibu tidak mampu berpantang dengan rapi akibat keadaan sekeliling yang keliru dengan penjagaan ibu yang bersalin selepas pembedahan.( kes c-sect sangat-sangat asing pada tahun 1982). Dan ibu juga menjalani classical c sect di mana luka pembedahan adalah secara menegak dan sangat-sangat melecehkan.
Semua aturan berpantang ibu turuti. Akan tetapi arwah nenek was-was samada perlu atau tidak ibu mengamalkan herba-herba dan jamu-jamu di dalam pantang. Disebabkan takut, ibu hanya makan antibiotik dan ubat tahan sakit dari hospital. Tiada ubatan herba diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Darah nifasnya berhenti dalam tempoh singkat, lalu darah itu meracun kembali sistem dalaman badannya. Ibu mula mengalami masalah ketumbuhan rahim, jerawat batu kronik, obessiti dan meroyan selama 10 tahun (1982 - 1992).
IBU YANG MEROYAN
Hidup bersama-sama ibu yang gila (istilah selain meroyan) sangat-sangat menakutkan. Ibu penghidap meroyan api. Mood swing ibu sangat-sangat ketara.
Bila ibu marah, saya dan bapa akan memencilkan diri. Ibu pernah lumur muka saya dengan cili boh ketika usia saya 8 tahun. Bila ibu marah, ibu seakan orang asing. Orang lain. Saya rasa dibenci.
Lama kelamaan, perasaan takut menjadi benci dan dendam pada diri seorang anak. Saya panggil ibu; singa. Seorang ibu yang bila dalam keadaan waras, beliau sangat-sangat penyayang. Tetapi bila penyakit senggugut kronik (akibat endo) datang menyerang, meroyannya akan muncul dan mematikan segala tawa kami anak beranak.
SUAMI YANG HALIM
Apabila saya bercerita kepada pelanggan-pelanggan bagaimana saya, ibu dan bapa SURVIVE dengan penyakit ibu, saya akan menjadi sayu... dan menangis. Saya tahu... ramai yang pernah tengok saya menangis apabila bercerita perihal ibu yang sakit meroyan selama 10 tahun.
Saya sayu kerana..... selama 10 tahun ibu menghidap gila meroyan, selama 10 tahun bapak dimarah-marah, selama 10 tahun bapak terumbang ambing dalam kegilaan ibu, berkat kesabaran bapak, kami masih utuh bersama sehingga kini.
Setelah saya berkahwin, baru saya sedar betapa pentingnya kesihatan seorang ibu dan isteri kepada keluarga. Bukan sahaja sihat secara fizikal, sihat secara mental tersangatlah penting.
Penyakit endo ibu kadang-kadang membuatkan ibu didatangi haid secara berpanjangan dan banyak. Bila saya sudah berkahwin, saya pernah termenung memikirkan nasib bapa yang satu ketika dahulu masih muda (lewat 20an) dan isteri mengalami pendarahan yang teruk. Sebagai anak, saya terharu kerana bapak masih memiliki sifat ihsan pada ibu. Meskipun ibu kesakitan yang tidak memungkinkan ibu menzahirkan layanan batin buat bapak seperti isteri-isteri yang sihat, bapak masih utuh bersama dengan ibu. Dalam sakit dan dalam deritanya ibu.
Bapak tidak betah melatah berkahwin lagi demi mengadakan zuriat selain saya. Akibat endo kronik ibu, ibu tidak mampu melahirkan anak selain saya. Bila saya menjadi seorang ibu, baru saya tahu betapa beratnya perasaan yg ditanggung ibu dan bapa bila tidak mampu meramaikan zuriat.
Bapak sebagai pegawai di PETRONAS sentiasa dikelilingi wanita-wanita cantik dan anggun. Saya yakin, di pejabat; beliau dihampiri oleh beberapa orang wanita kerana bapa saya merupakan ikon Tall, Fair and Handsome. Sedangkan ketika itu ibu penghidap sakit meroyan, Endometriosis, jerawat batu sepanjang dagu dan leher, obessiti; sungguh tidak serasi dengan bapak pada pandangan mata anak yang naif.
Tetapi alhamdulillah... sehingga bapa berhenti dari PETRONAS, bapa masih bersama ibu. Dan yang lebih penting, kesetiaan bapak hanya buat ibu, dan saya. Semoga Allah membalas setinggi-tinggi Jannah buat bapa, yang kukuh menyayangi ibu saya sehingga kini.
PENTINGNYA UBATAN HERBA DALAM PANTANG
Ternyata, rata-rata ubatan moden hanya mampu menghilangkan kesakitan pembedahan dan jahitan, bertindak sebagai antibiotik untuk mencegah kuman. Tetapi tiada satupun ubatan moden yang boleh membantu melawaskan pengeluaran darah nifas, mengecut dan merapikan rahim dan mengimbangi hormon ibu selepas bersalin; sedangkan ketiga-tiga proses penyembuhan ini sangat penting dalam mengembalikan keseimbangan kesihatan mental dan fizikal ibu selepas bersalin.
Tetapi di zaman sekarang sungguh sayang.... seribu kali sayang..... Ramai memandang enteng perihal amalan herba yang rata-rata menganggapnya kolot dan ketinggalan zaman. Ramai mengatakan mereka moden. Lalu saya bertanya... sejauh manakah modennya kita?
Adakah sperma ayah kita dan ovum ibu kita dibancuh dalam koleh, lalu terbentuknya kita bila dituang di atas meja? Saya pasti fitrah kita masih sama sejak nabi Adam A.S. Kita dilahirkan dari kantung rahim wanita. Dan ubat yang diajar Allah kepada nabi Adam setiap kali Hawa A.S melahirkan anak juga bukanlah vitamin semata-mata (meskipun herba memilik vitamin) , tetapi lebih kepada herba-herba yang diturunkan oleh Allah ke tanah bumi.
Fitrah kita masih sama.
TANGISAN KESYUKURAN SEORANG ANAK
23 tahun lalu, ibu saya diberi pilihan oleh doktor pakar sama ada untuk dibuang rahim atau tidak, dan beliau memilih utk mencari perubatan alternatif sebelum menyerah kepada cadangan terakhir tersebut. Dan alhamdulillah penemuan beliau dengan Datin. Sh. Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy, membuka lembaran baru dalam diari kesihatan ibu saya.
Setelah 6 bulan berubat herba, berpantang makan, dan menjalani hidup lebih sihat, ibu saya sembuh sepenuhnya dari endometrisis dan meroyan selepas memgamalkan herba Nona Roguy. Ketika itu saya berusia 10 tahun, dan saya sudah diberi Nona Roguy oleh ibu sebagai langkah berjaga-jaga.
Setiap kali ada ibu yang tampil dengan simptom ketumbuhan rahim dan meroyan, saya hanya mampu memandang sedih kepada suami mereka dan anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Bersungguh saya mengajar si ibu agar mengamalkan herba Nona Roguy supaya mereka cepat sembuh.
Kerana saya sangat-sangat terkesan dengan pengalaman kami sekeluarga yang hidup bersama ibu yang sakit. Sehingga setiap kali saya bercerita kepada anda bagaimana pentingnya kesihatan seorang ibu, saya berharap anda tidak akan melalui apa yang ibu saya rasa, dan supaya anak-anak anda terpelihara dari apa yang saya rasa.....bahawa betapa terseksanya hidup bersama ibu yang GILA MEROYAN.
Jagalah kesihatan anda.
Jika anda sakit, orang sekeliling akan turut merana.
Love yourself in order to be able to love others.
Sayangi rahim anda.
Berpantang jangan lewa.
Dan jangan pandang enteng amalan herba selepas bersalin.
Dari tanah kita datang. Dari tanah juga sebaik-baik ubat.
* Sejak ibu sembuh, ibu sangat berhati-hati dalam pemilihan makanan. Pengalaman penghidap penyakit sakit puan selama 10 tahun menjadikan keluarga kami lebih berhati-hati dalam memilih makanan harian, menjalani aktiviti luar yang sihat (ibu dan bapak sy masih memanjat Broga Hill di usia 60an), dan mengamalkan herba Nona Roguy sehingga kini (23 tahun). Gambar dibawah ialah gambar ibu bapa saya ketika mereka di ambang late 50's. Anak mana yang tidak gembira melihat ibu dan bapa masih utuh bersama sehingga usia emas. Semoga cerita ini memberi semangat dan kesedaran buat ibu2 muda utk tampil lebih sihat demi keluarga tercinta.
Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.
sumber asal
A;-Fatihah : "Mak... adik dah jadi cikgu. adik dah ada kerja"
Posted By:
Unknown
on 09:10
$%14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari.. Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku.. Gembira aku.. Sedih aku.. Semua aku tanggung sendiri.. Ambil report card sendiri.. Dapat anugerah pelajar melayu terbaik stpm di sekolah pun aku raikan sendiri.. Dapat top 5 pelajar terbaik upsi batch aku.. Tapi tak mng.. Pun raikan sendiri.. Hehe .. Ingat lagi dulu.. Masuk asrama.. Cuba utk berdikari.. Sebab kakak bukan orang senang.. Anaknya ramai.. aku tak nak susahkan dia..
Aku dengan tekad dan matangnya.. mohon asrama kat sekolah.. isi borang sendiri.. dan bermulalah kehidupan aku di asrama..kat asrama best.. ada kawan.. tapi sedih sebab tak ada family datang melawat.. Kakak adalh dtg. Tp dis pun busy... sabtu ahad bila kawan2 keluar dengan family.. aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata.. bila mereka pulang.. aku tgk mrk bawa kotak kfc.. bag baru.. baju baru.. macam macam lah.. aku hanya pandang dari jauh.. panjang lg kisah di asrama.. namun.. aku stop disini shj.. Kalau nak cerita lagi.. Pasti aku akan menangis..
Alam remaja ku bermula.. Dapat masuk universiti.. Persediaan nak masuk UPSI .. Semua aku uruskan sendiri.. Naik turun bas.. Nak pergi beli barang.. Excitednya.. Paling aku banggakan.. Aku Bayar yuran pertama UPSI guna duit keje cuci pinggan.. Siang malam aku basuh pinggan.. Tekad sebelum masuk upsi.. Aku nak belajar betul2.. Nak dapat first class.. tak nak bayar ptptn.. Yes.. Aku berjaya lakukan.. Rm34000 tak perlu bayar 1 sen pun.. Waktu Kat sekolah aku tak akan cari pasal.. Org buli aku.. Ejek aku.. Kacau aku.. Aku biarkan je.. Nape? Sbb tak ada orang nak backup aku lau aku bergaduh. Cikgu akan panggil parent.. Mak ayah mrk akan dtg sekolah.. Mak ayah aku mana boleh dtgkan.. Sejak sekolah lagi Tinggal di asrama.. Bila Masuk u.. Sewa bilik. Dah kerja skrg pun Menyewa bilik sendiri.. Ramai tanya nape tak kahwin? Maaf.. Jodoh saya belum sampai..
Bila tak ada parent.. Macam ni lah.. tak ada orang nak uruskan.. Nak tolong fikirkan majlis ku.. In sya Allah.. Jodohku dalam perjalanan.. Sejak di bangku sekolah.. Aku Dah pandai kerja.. Sapu sampah... Cabut rumput.. Cuci pinggan.. Cuci sayur.. Bancuh air.. Jual kerepek.. Nak cari duit untuk belajar.. Makan tak boleh memilih.. Kalau memilih... Pasti lapar.. Pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur.. Aku tidur dengan kelaparan.. Aku tidak marah.. Cuba be positif.. Pujuk diri.. Menumpang orang yang susah.. Mereka pun tak cukup makan .. Sbb tu mereka marah.. Aku sayang mereka.. Tiada dendam.. Masih berhubungan baik hingga ke hari ini.. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan.. Dan aku rasa tenang beranggapan begitu..Aku tak dimanjakan.. Aku tak dimewahkan..
Apa aku nak.. Aku kena usaha sendiri.. Itu dugaan dan cabaran hidup aku.. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.. Hari ini aku seorang guru.. Aku gembira.. Itu cita-cita aku.. Bila dikenang Apalah sangat kesusahan lalu.. Susah payah aku dahulu.. Mendewasakan aku .. menjadi kan aku insan yang tabah.. Terima kasih semua sebahagian dari kenangan hidup ku.. Maaf andai ada menyakiti.. Ber tabah lah kita.. Allah menguji insan yang mampu sahaja.. Itu tandanya kita insan yang kuat..
Setiap kali pulang ke kampung.. aku melawat pusara ibu dan ayah.. Pernah aku titipkan satu kata "mak.. adik dah jadi cikgu.. adik dah ada kerja.. maaf sebab tak dapat jadi doktor.. adik tak minat fizik bio kimia.. tapi adik janji.. adik akan ajar murid murid adik.. moga ada antara mereka menjadi doktor.. mak sehingga kita berjumpa lagi".. mak Al-fatihah.. moga adik menjadi kebanggaan mak.. sayang mak ...
Jangan di kira harta orang.. Rezeki orang.. jangan peduli kemewahan orang lain.. itu rezeki mereka.. rezeki kita in sya Allah.. akan ada lah.. lambat atau cepat je.. lau tak ada.. in sya Allah.. kat akhirat pasti ada nanti.. sentiasa belajar merasa cukup.. in sya Allah pasti bahagia dan gembira..
Pada yang terjatuh.. Bangun lah.. Dihadapan ada sesuatu yang indah.. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang.. Bukan untuk aku banggakan.. Ingatlah hidup ini sangat indah.. Kita yang pilih.. Mahu tersenyum ke.. Mahu menangis ke..
U can angry.. But until when.. U can sad.. But until when? Every second is ur change to be someone.. To Get what u want., rather than cry.. Better i smile.. Rather then look back better i run to my future.. Go go.. Life is wonderful..
Tq semua pada yang pernah menghulurkan bantuan.. Tq
sumber asal
SAYU SANGAT!! "Awak untung, family awak datang tengok..."
Posted By:
Unknown
on 08:45
[ Anak Sedih, Mama Ke China ]
Memori ini, semasa Zulfa darjah 3.
Dia memang tiada facebook.
Tetapi dia ada 'Wall' sendiri untuk meluahkan perasaan.
Catatan inilah yang menyedarkan kami, dalam diam, anak-anak ada dilemanya sendiri. Ada amukan rasanya sendiri.
Walaupun bagi kami, kami bekerja keras mencari lebih wang demi untuk membahagiakan mereka.
Namun, bagi mereka, kebahagiaan adalah apabila kami berada di sisi, pada saat mereka meraikan peristiwa penting dalam hidup mereka.
Mudah saja erti KEBAHAGIAAN bagi mereka, tidak seperti yang kami sangka.
Sejak itu, kami belajar melihat kebahagiaan dari mata mereka.
Apabila mereka menyertai mana-mana pertandingan, kami akan sentiasa 'ada' bersama mereka.
Apabila mereka menyertai apa-apa persembahan, kami di hadapan bertepuk tangan untuk mereka.
Apabila mereka sedih mengalami kekalahan, kami sedia untuk memeluk mereka.
Bagi kami, usaha mereka tidak sia-sia sekalipun kalah. Hanya hasilnya belum tiba.
Sewaktu bersama rakan-rakan Zulfa dalam satu pertandingan, terdengar bisikan rakannya.
"Awak untung, family awak datang tengok. Ayah saya hantar saya, selepas tu balik. Nanti dah habis baru suruh telefon." Sugul riak wajahnya.
Terusik juga hati saya. Jika ayahnya tahu, kebahagiaan anaknya hanya dengan duduk dan melihat anaknya 'bertarung'. Pasti dia akan tunggu dan terus tunggu.
Kami sedar,
Kebahagiaan itu murah caranya, tetapi tinggi nilainya, bukan mahal caranya, tetapi rendah nilainya.
Jika Kebahagiaan punya matawang untuk dibeli, bukan RM yang diperlukan, tapi KS yang lebih bermakna.
"Kasih Sayang"
Sementara mereka masih menagihnya dari kita, berikan saja,
Apabila sampai saat mereka sudah penat menantinya dari kita,
Ketika itu, mereka sudah semakin jauh dari kita.
sumber asal
ZALIM!! Video Kanak-Kanak Kecil Dibuli Dan Dicucuh Dengan Puntung Rokok Tersebar Di Laman Sosial...
Posted By:
Unknown
on 08:38
%^video kanak-kanak dibawah umur di buli dengan kejam oleh beberapa orang menjadi viral di media sosial. Selain dari pada di tampar dan juga di tentang,mangsa juga turut di ikat denga tali.
Tak cukup dengan itu si pembuli juga memasukkan sebatang rokok yang berapi kedalam baju kanak-kanak tersebut,sehingga mangsa menjerit kesakitan dan menangis. Kanak-kanak yang menjadi mangsa cuba meminta simpati untuk di kasihani namun si pembuli kembali menendang tanpa sedikit pun rasa kasiahan,
Lokasi kejadian belum dapat di pastikan dari suara percakapan dalam video tersebut,video berkenan berlaku di luar negara,tapi apapun video itu telah menjadi viral dan sangat-sangat mengganggu emosi masyarakat yang perihatin.
Kata seorang pengguna sosial; jika saya berada di tempat kejadian sungguh saya akan menolong anak ini walau apapun yang terjadi.
video yang disebarkan menadapat 7,732,703 paparan dan 155,564 kongsian serta 98,515 like.
Amaran: video dibawah adalah paparan yang akan menggangu emosi anda,pastikan anda seorang yang kuat.
ZALIM ! Kanak-Kanak Kecil Dibuli Dan Dibakar Dengan Rokok !BERITA
Posted by Berita Malaysia Kini on Monday, June 22, 2015
sumber asal
(VIDEO) Cerita Sebenar Pengawal Keselamatan Hospital Di Kota Bharu Dibelasah Beramai-Ramai...
Posted By:
Unknown
on 07:16
$%Visual video berdurasi 1minit 26 saat yang memaparkan beberapa orang lelaki memukul seorang pengawal keselamatan hospital di Kota Bahru mula viral hari ini.
Pergaduhan yang dilaporkan berlaku petang semalam itu dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai kebenaran memasuki wad yang dijaga rapi.
Sementara itu, pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan ada berlaku pergaduhan antara beberapa pelawat dan pengawal keselamatan di hospital itu seperti tersebar di laman sosial Facebook semalam.
Ia menyaksikan pengawal keselamatan itu dipukul dan ditumbuk beramai-ramai.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, pelawat itu dipercayai tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalangnya membawa kanak-kanak ke dalam wad itu.
"Untuk makluman wad berkenaan amat sensitif kerana menempatkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan.
"Ia adalah wad separa unit rawatan rapi (ICU) dan orang awam sepatutnya memahami tujuan pihak hospital mengadakan undang-undang kawalan itu, demi untuk kebaikan semua," katanya di sini, hari ini.
Zaid juga memberitahu pihaknya mengamalkan polisi mesra pelawat terhadap mereka yang mahu menziarahi pesakit ketika waktu melawat.
Bagaimanapun, wad sensitif seperti wad separa ICU, ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Wad Pergantungan Tinggi (HDW) perlukan kawalan ketat.
Dipetik dari FB Muhammad Nizam Bin Ismailkejadian dikatakan berlaku di hospital besar KB,seorang pengawal keselamatan dipercayai dipukul,siapa yang ada/tahu kes sebenar yang telah berlaku ini?
Posted by Media sensasi panas on Wednesday, August 26, 2015
sumber asal
MESTI TAHU!! 99 Nama Ini Anda Harus ELAKKAN Bagi Pada Anak Anda...
Posted By:
Unknown
on 07:09
#$Kita disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seseorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti’ (yang taat).
Ibn Umar berkata, “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).”(riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi yang baru dilahirkan.
A
Abiqah - Hamba yang lari dari tuannya
Abkam - Tidak celik, buta
Afinah - Yang bodoh
Amah - Hamba suruhan perempuan
Asiah - Wanita yang derhaka
Asyar - Paling jahat
Asyirah - Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie - Aku berzina
B
Baghiah - Yang zalim, jahat
Bahimah - Binatang
Bakiah - Yang menangis, merengek
Balidah - Yang bodoh, bebal
Baqarah - Lembu Betina
Batilah - Yang batil, tidak benar
D
Dabbah - Binatang
Dahisyah - Goncang, tertekan
Dahriyah - Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah - Yang mengalir air matanya
Daniyah - Yang lemah dan hina
Darakah - Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah - Kecelakaan
Fajirah - Yang jahat, yang berdosa
Fasidah - Yang rosak, yang binasa
Fasiqah - Yang jahat, si fasik
Fasyilah - Gagal, kalah
G
Ghafilah - Yang lalai, yang leka
Ghaibah - Hilang
Ghailah - Kecelakaan, bencana
Ghamitah - Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah - Perampas, perompak
Ghawiah - Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah - Yang dengki
Hasidah - Yang hasad
Hazinah - Yang sedih
Huzn - Kesedihan
J
Jafiah - Yang tidak suka berkawan
Jariah - Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah - Yang kafir, yang ingkar
Kaibah - Yang sedih
Kamidah - Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah - Pendusta, pembohong
Khabithah - Yang jahat, yang keji
Khali’ah - Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah - Arak
Khasirah - Yang rugi
Khati’ah - Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah - Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab - Bara api
Lahifah - Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah - Yang tercela
Lainah - Yang terkutuk
M
Majinah - Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah - Agama menyembah api atau matahari
Maridah - Yang menderhaka
Munafikah - Yang munafik
Musibah - Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah - Yang najis dan kotor
Nariah - Api
Nasyizah - Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah - Yang buruk, hodoh
Qasitah - Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah - Pembunuh
Qazurah - Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah - Yang direjam, yang dilaknat
Razani - Kepala zakar lelaki
Razi’ah - Kecelakaan, musibah
Razilah - Yang keji dan hina
S
Safih - Insan Manusia bodoh
Safilah - Yang rendah dan hina
Sahiah - Yang pelupa
Sharrul/Sharru - Jahat
Sakirah - Pemabuk
Sakitah - Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah - Yang bodoh
Syani’ah - Yang buruk
Syaqiyah - Yang menderita
Syaridah - Yang diusir
Syariqah - Pencuri
Syarisah - Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah - Sejahat-jahat manusia
Syatimah - Maki hamun
T
Tafihah - Karut
Talifah - Yang rosak, yang binasa
Talihah - Yang tidak baik
Tarbiyah - Yang papa kedana
Tarikah - Anak dara tua
W
Wahiah - Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah - Yang lemah
Wahinah - Penakut
Wailah - Bencana, keburukan
Wajilah - Penakut
Waqi’ah - Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah - Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah - Yang kotor
Wasyiah - Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty - Nama Hindu/tiada makna
Wathy/Wathi - Bersetubuh
Y
Yabisah - Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah - Yang berputus asa
Z
Zalijah - Kebinasaan
Zalilah - Yang hina
Zalimah - Yang zalim
Zaniyah - Penzina, pelacur
Zufafah - Racun pembunuh
Untuk ibu bapa pilihlah nama anak dengan sebaik-baiknya. Jangan diletak nama ikut sedap mulut sebut, bukan ikut sedap maksud.
Semoga memberi manfaat.
Sumber asal
Subscribe to:
Posts (Atom)






