$%Please alert bagi sesiapa yang ada anak berusia 2 - 3 tahun ke atas.
Please! Please! Please!
Kalau ke mana-mana di mana-mana anda pergi, anak jangan sesekali terlepas dari tangan atau pandangan. Perkara yang aku dengar, baca di sana sini sudah terjadi pada aku sendiri.
Perkara ini terjadi di dalam Mahkota Parade, Melaka. Aku pergi bercuti dalam tiga buah keluarga. Sebelum nak balik, kami semua bersetuju untuk singgah beli apa yang patut.
Anak aku, Sofea, dia ini rapat dengan sangat-sangat dengan Wawan dia (ibu aku). Jadi dia didukung oleh neneknya. Setibanya di mall, nenek turunkan dia dan pegang tangan dia sepanjang jalan sampailah ke satu kiosk, kami berhenti.
Di kiosk itu ada menjual pelbagai macam biskut. Jadi, Sofea nak biskut, ibu aku belikan dan bayar. Pada masa itu, ibu lepaskan tangan dia. Suami aku pula sibuk juga nak membeli.
Tak sampai lima minit, kami baru tersedar yang Sofea tiada berdekatan dengan kami.
Aku, mak budak, hati mana yang nak tenang bila ditanya pada semua mana Sofea, semua jawab tak tahu.
Semua mula mencari Sofea. Aku dengan mendukung adik Sofea, aku hulur pada nenek yang paling dekat dengan aku. Bersungguh-sungguh aku berlari mencari Sofea.
Seorang demi seorang beritahu yang mereka perasan ada seorang budak perempuan pakai reben hitam berjalan melulu pergi ke pintu keluar.
Mulut aku tak berhenti menjerit-jerit memanggil nama Sofea. Aku dah tak fikir apa yang orang nak kata apa. Kepala lutut aku dah mengigil, mata aku dah berkaca, hati aku dah menangis.
Tiba di pintu luar, aku tak nampak pula bayangan anak aku sampailah mata aku tertumpu pada sekumpulan perempuan dan salah seorang daripada mereka menunjuk ke arah aku dan terus melambai aku.
Aku nampak Sofea dengan salah seorang daripada mereka. Sofea senyap dan tidak menangis. Siapa yang kenal anak aku, dia bukan jenis budak yang nak ikut-ikut orang yang tidak dikenali. Kalau orang tegur pun, dia akan menjerit.
Tetapi pada masa itu, bila aku cuba ambil dia dari wanita itu terus aku bertanya "Sofea pergi mana?". Satu jawapan pun tidak diungkapkan dari mulutnya. Sehinggalah aku tepuk muka dia tiga kali, Sofea tenung tajam pada aku terus sebut "Mama!" dan menangis.
Menurut wanita itu, Sofea berjalan melulu mengikut seorang wanita Cina berusia lingkungan 40'an. Curiga dan tidak sedap hati dengan keadaan itu, wanita terbabit terus menarik tangan Sofea. Wanita Cina itu pula menoleh ke arah mereka dan terus lari keluar dari mall.
Mungkin Allah dah hantar orang untuk menyelamatkan Sofea. Mungkin Allah dah gerakkan hati dia untuk tolong Sofea menyebabkan dia terus menarik anak aku cepat-cepat dan dukung.
Syukur, tak terbalas budi wanita penyelamat Sofea. Katanya, Sofea juga pada masa itu seperti dalam keadaan tidak sedar. Bila ditanya pelbagai soalan, Sofea juga tidak menjawab sehinggalah aku sampai di tempat kejadian itu.
"Terima kasih kepada kakak dan kawan-kawan dia yang prihatin dan terima kasih kepada Allah yang masih nak menolong aku,".
Apa yang aku nak cakap ialah, Sofea mungkin telah dipukau berdasarkan keadaan dia ketika ditemui. Aku kenal anak aku 200%, tak mungkin dia nak ikut sesiapa dan jalan tak tentu arah. Anak aku jenis penakut, kuat menangis, kuat menjerit.
Tolong ye, jangan ambil mudah dengan apa sahaja yang kita buat di mana-mana pun anda berada. Peka dengan keadaan sekeliling. Sekarang, penjenayah tak perlu culik dengan kasar, dengan cara halus pun mereka boleh buat. - Nurul Suhaimi
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA
$Seorang murid sekolah mendakwa nyaris menjadi mangsa culik penjenayah menggunakan van putih berhampiran Taman 2B, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 10.10 malam, mangsa berusia 11 tahun mendakwa dia dihampiri lelaki tidak dikenali ketika menunggu bapanya selepas selesai mengikuti kelas tuisyen.
Menurutnya, dia didatangi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Alif berusia 20 tahun menaiki van putih yang diiringi Proton Wira.
Dia berkata, ketika kejadian dia berseorangan di hadapan pusat tuisyen sebelum didatangi lelaki terbabit yang mendakwa rakan bapanya, Ismail Mat Wali, 54.
“Dia mengatakan kononnya mahu menghantar saya pulang dengan alasan ayah pergi kenduri tahlil.
“Saya pelik kerana ayah tidak ada kawan bernama Alif dan tidak memberitahu apa-apa mengenai kenduri tahlil,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, dia mula cemas dan risau apabila ternampak sapu tangan berwarna hitam di tangan lelaki itu dan hanya mengiakan apa dikatakan lelaki itu.
“Saya hanya balas ‘OK, OK’ kerana risau dia menggunakan kekerasan sebelum lari masuk ke pusat tuisyen dan bersembunyi di tandas. Kebetulan ada seorang lelaki mengambil air di kedai runcit berhampiran.
“Saya bersembunyi di tandas dan keluar apabila dengar bunyi cikgu berkemas untuk pulang dan apabila kami turun dua kenderaan itu sudah tiada,” katanya.
Bapanya, Ismail berkata, pada malam kejadian dia terlewat kerana tertidur selepas Isyak.
“Ketika dalam perjalanan pulang baru, dia menceritakan kepada saya kejadian menimpanya.
“Selalunya saya akan menunggu anak sebelum kelasnya tamat, namun kami sekeluarga bersyukur kerana dia bertindak pantas menyelamatkan dirinya. Selepas ini, saya akan menunggu dia lebih awal dan lebih berhati-hati,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Manjung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu.
-Metro
$%Antara lagunya yang popular ialah Cinta Gila, Sayang, Tiap Detik dan lagu duet bersama Indigo berjudul Sehidup Semati.
Juliana Banos juga pernah berlakon dan antara filemnya ialah Gila-gila Pengantin dan Gerak Khas The Movie Bahagian 2.
Beliau juga merupakan peserta yang berjaya mengalahkan Rita Rudaini di dalam pertandingan Dewi Remaja.
Juliana Banos berkahwin dengan usahawan bernama Mokhtar. Jom lihat gambar terkini selebriti ini di usia 35 tahun.
sumber asal
%^Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun. Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566).
Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu. “Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.
RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks. Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.
Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan. Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.
“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi
#$Laut Aral "menghilang" kerana bencana (perairannya menyusut sehingga 80 peratus sejak. 1960-an.
sumber asal
$“Saya tak tahu pula mengenai khabar angin ni. Kalau ikut bab berkawan, saya kawan dengan semua orang. Saya rapat dengan Nabila pun sebab bisnes. Saya sekarang memang fokus pada bisnes,” jelasnya kepada Rotikaya ketika dihubungi semalam selain menafikan dia mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama wanita berkenaan.
Sementara itu, baru-baru ini Nabila sendiri ada memuatnaik gambar di akaun Instagram miliknya yang memuji Sharnaaz kerana telah berjaya merangkul anugerah.
“You won an award for being the best comedy actor and you’ve won my heart for simply being you,” tulis Nabila di Instagram. Kami merasakan, jika ada apa-apa hubungan yang terjalin di antara mereka, pastinya peminat akan menyokong dan mendoakan yang terbaik.
Lagi pun, sebelum ini Sharnaaz juga pernah menyuarakan keinginannya untuk mempunyai keluarga dan tidak mahu melengahkan urusan tersebut. Sharnaaz, apa anda tunggu lagi. Eh.
sumber asal