Showing posts with label Dunia Unik. Show all posts
Showing posts with label Dunia Unik. Show all posts

(Video) Memancing di Sungai... Lelaki Ini Dapat Ikan Bersaiz Raksasa.



Perkara yang paling #mengembirakan ketika memancing adalah saat umpan disambar oleh ikan. Terlebih lagi jika ikan yang menyambar bersaiz besar, kesabaran dan semua jerih payah seolah terbayar.

Perkara itu sepertinya juga dirasakan oleh lelaki dalam video di bawah. Lelaki bertubuh gempal itu memancing dengan menaiki kayak di sebuah sungai.

Tiba-tiba saja umpamanya ditarik dengan sangat kuat. #Dengan mengerahkan semua tenaga, lelaki itu berjaya menarik pancingnya dan muncul ikan berukuran raksasa.

Video itu rupanya juga membuat heboh di alam maya. #Sejak dimuat naik, posting tersebut telah disukai lebih dari 13 ribu orang dan diagihkan sebanyak 5 ribu kali. Pelbagai komen juga dilontarkan oleh netizen.Jom saksikan video berikut ini;








( Video) Bayi Pinocchio 21 Bulan kerana Miliki Hidung Seperti Watak Kartun Pinocchio .


Seorang bayi berusia 21 bulan di sini memiliki hidung seperti watak kartun Pinocchio kerana menghidap sejenis penyakit ganjil.

Ollie Trezise disahkan menghidap #penyakit dikenali sebagai encephalocele sejak dilahirkan iaitu kecacatan yang menyebabkan otaknya membesar di dalam hidung kerana tengkorak kepalanya tidak membentuk dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.

Keadaan tersebut menyebabkan Trezise terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi membantu dia bernafas selain #merapatkan lubang pada tengkoraknya.

Ibunya, Amy Poole, 22, berkata, beberapa doktor yang melakukan ujian X-ray semasa kandungannya berusia 20 minggu telah mengesan kecacatan pada bayinya kerana beberapa tisu otaknya membesar pada bahagian wajah.

Bagaimanapun, dia terkejut ketika melahirkan bayinya itu di Hospital Universiti Wales pada Februari tahun lalu kerana memiliki hidung kelihatan pelik seperti kartun.

“Saya terperanjat sehingga menjadi kaku seketika. Dia sangat kecil dan hidungnya kelihatan seperti sebiji bola golf.
“Namun, bagi saya Trezise adalah sempurna. Dia merupakan seorang anak yang sangat comel dan kartun Pinocchio yang sebenar buat saya,” selorohnya. – Agensi






Jom saksikan video berikut ini:


Ramai yang tidak menyangka Pondok Usang Berusia 200 Tahun,Dalamannya Seperti Istana .(7 gambar)



Salah satu rumah yang sangat unik di dunia, iaitu #sebuah pondok usang yang diperkirakan sudah berusia 200 tahun yang ada di sebuah lereng pergunungan Alps, Switzerland terlihat sekilas sangat buruk dan menyeramkan, akan tetapi jika anda melihat ke dalamnya, maka anda akan sangat tercengang dengan dalaman mewah bak di dalam Istana dahulu kala.



Rumah usang tersebut terbuat dari sususnan batu-batu dan kayu yang disusun sedemikian rupa. Walaupun dari luar rumah kelihatan lusuh dan menyeramkan, akan tetapi dalaman pondok ini sangat menakjubkan dengan banyak kemudahan  mewah termahal di zamannya. Sekilas, kamu hanya akan berfikir jika ini hanyalah sebuah pondok tanpa penghuni dan didalamnya penuh dengan serangga kerana tidak terurus.



 Apabila pondok yang sudah dibina semenjak 200 tahun #dahulu, ternyata sudah direka dengan dibina semula oleh salah satu syarikat dalaman dan seni bina berasal dari  Basel, Buchner Brundler Architekten. Ternyata, usaha dari Syarikat tersebut yang sengaja mengkonstruksi bangunan #berjaya membuat banyak orang berasa kagum.






Buchner Brundler Architekten, terus merombak besar-besaran pada dalaman rumah, dengan melaksanakan sebuah reka bentuk sentuhan yang sangat moden yang dipadankan dengan kayu juga batu, sehingga pondok ini nampak sangat mewah# sekali. Pondok yang letaknya di wilayah Linescio, Switzerland sudah dilengkapi dengan kemudahan moden, sebut saja gas, elektrik, air #panas, sampai jakuzi, sungguh pondok usang dalaman moden bak di Istana Raja.


13 Gambar Selipar Jepun Yang Diukir Kelihatan Menarik dan Unik.


Flip-flop atau yang #mempunyai nama lain selipar Jepun adalah sebuah alas kaki berupa sandal punyai gabungan dari getah dan getah tiruan, yang mana terdapat pilihan warna bervariasi.


Salah satu keistimewaan dari flip-flop iaitu talinya #berpola huruf V, mengaitkan bahagian belakang sandal dan bahagian depan.  Potongan bahagian bawahnya tidak mempunyai hak rata, sementara untuk atasnya tidak mempunyai penutup seperti kasut.



Berkaitan dengan harga, alas kaki berbahan getah ini tergolong sangat murah. Tidak hairanlah jika sandal jepun hampir setiap orang memilikinya. Di samping kos murah untuk mendapatkan satu buah sandal , juga terdapat kelebihan lain seperti praktikal digunakan caranya dengan meletakkan aci bahagian depan tali sandal di antara ibu jari dan telunjuk kaki, hingga menjadikan tidak terlepas ketika dipakai berjalan.



 Banyaknya pengguna  selipar, ada beberapa peggunanya yang ingin tampil beza dari yang lain unik iaitu dengan melaksanakan ukiran-ukiran pada sandal tersebut, tapi itu hanya sebahagian dan berlaku dikalangan golongan muda. Berikut contoh gambar flip-flop ukir menarik dan unik dengan cukup banyak pilihan dari gambar watak kartun seperti nartuo, sasuke, kelab bola dan sebagainya.













Pelik !!! Landasan Keretapi di Jepun Ada Landasan Khusus Untuk Kura-Kura.



Suma Aqualife Park merupakan akuarium# gergasi di wilayah Kobe, Jepun yang menarik banyak perhatian pelancong dan juga keluarga. Untuk ke tempat ini, orang-orang biasanya memilih untuk menggunakan keretapi.

Namun demikian, setiap tahunnya banyak kura-kura yang akan pergi ke laut tersangkut di laluan keretapi tersebut. Akibatnya, terjadi #penundaan jadual keretapi, kerosakan, atau bahkan merosakkan keretapi itu sendiri.



Kebanyakan dari kura-kura itu tersangkut ketika cuba melintasi landasan keretapi dan terperangkap diantara dua besi dalam landasan rel. Kerana mereka tidak dapat keluar, kura-kura ini pun hanya boleh mengikuti landasan hingga dilanggar keretapi atau pun tersepit kerana perpindahan landasan keretapi.


Melihat perkara ini, pihak keretapi Jepun pun membuat sebuah penyelesaian untuk  kura-kura dan manusia. Bekerja sama dengan Suma Aqualife Park, mereka membuat sebuah pusat khusus bagi kura-kura di bawah landasan keretapi. Sejak dibuat April lalu, sehingga bulan Ogos landasan ini telah dilalui oleh 10 ekor kura-kura yang bererti juga mencegah terjadinya 10 kemalangan.




Persamaan Seragam Polis Jerman Dengan Darth Vader Star Wars



Para polis di Jerman nampaknya punya #pakaian yang berbeza dengan polis kebanyakan. Untuk urusan seragam, polis di Negeri Bavarian ini memilih mengenakan pakaian serba hitam dengan beberapa lapisan mirip kostum watak Darth Vader di filem "Star Wars".

Seragam ini kelihatan unik dengan lapisan mirip jaket tebal di bahagian atas dengan helmet menyerupai Darth Vader. Namun, niat mereka membuat seragam mirip Robocop dalam memerangi jenayah itu justru kelihatan seperti #kostum watak jahat di filem fantasi tersebut.

Seragam terbaru para polis Jerman itu diumumkan secara rasmi oleh menteri dalaman, Joachim Herrman minggu ini di Munich. #Meskipun mirip dengan kostum watak jahat, polis yakin perkara tersebut tidak akan mempengaruhi pada tugas seorang polis yang sebenarnya, yakni sebagai penguatkuasa undang-undang.

Sementara itu, kostum unik para polis ini juga berjaya menarik perhatian para netter di dunia maya. Banyak dari mereka yang terkejut dan tidak menyangka para polis akan mengenakan kostum seunik itu.






Pelik!!! Dibayar Gaji Dengan Coklat Selama Setahun,... jom tengok apa pekerjaannya...



Coklat merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia. Bahkan, tidak sedikit orang menjadi sangat taksub dengan makanan manis ini.

Baru-baru ini, ditawarkan pekerjaan yang sangat sesuai untuk penggemar coklat. Sebuah kilang coklat di Aberdeenshire, Scotland menawarkan jawatan yang diberi nama "pekerjaan paling manis di dunia".

Kelayakan yang diperlukan juga dikatakan mudah, iaitu hanya deria rasa. Perkara itu kerana mereka hanya bertugas untuk mencicip coklat syarikat.

Mereka juga bertanggung jawab untuk memastikan kualiti dari produk. Bagi pemohon yang berjaya, mereka tidak akan dibayar dengan wang melainkan persediaan coklat selama setahun.

Para pemohon juga harus boleh menggambarkan bagaimana coklat impian mereka.


menarik 9 Foto Permandangan Kabin Dipuncak Gunung Yang Menakjubkan.


 Amerika Syarikat – Sebuah kabin di puncak #awan menjadi tempat rahsia untuk pelancong bermalam pada ketinggian lebih 2,100 meter dari para laut sambil menyaksikan latar belakang Banjaran North Cascades di negeri Washington.

Dinamakan The Three Fingers, ia dibina di puncak banjaran berkenaan. Kabin kayu itu merupakan tempat terbaik untuk pengembara melihat pemandangan mengagumkan, itupun jika mereka mampu mendaki setinggi itu.

Terletak di tepi sebuah tebing tinggi, pengunjung# boleh sampai ke kabin tersebut melalui barisan tangga kayu curam dan mencabar keberanian mereka yang melakukan pendakian.

Seorang pendaki, Ethan Welty bersama dua rakannya, Craig Weiland dan Colin Ridgley dari Seattle merupakan antara mereka yang berjaya sampai ke kabin tersebut dan berpeluang melihat dan merakam panorama indah di sekeliling mereka.

“Kabin ini nampaknya akan runtuh suatu hari nanti tetapi buat masa ini, para pendaki bekerjasama untuk membaiki dan membersihkan tempat ini di samping menjaga laluan naik ke puncak gunung ini.

“Berbanding tempat lain yang pernah saya daki , saya tidak pernah berasa begitu sukar untuk meninggalkan tempat ini kerana pemandangan sekelilingnya yang sangat indah,” kata Welty.Jom saksikan foto foto berikut ini;












(Video) Kucing Pakai Kostum Monyet sambil Makan Pisang Menjadi Viral di Media Sosial.


 Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas dimuat naik baru-baru ini.

Video dengan tajuk Cat + Monkey 2016 #yang dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube pada sambutan malam tahun baru dan turut dikongsi di laman sosial Facebook keesokannya turut menerima kira-kira 100,000 Like.

Kucing berkenaan dipakai dengan kostum seekor monyet dengan hanya memperlihatkan mukanya dan diberikan sebiji pisang sebelum muncul di atas #sebuah meja yang dipenuhi dengan buah-buahan.




Rakaman video dengan durasi 14 saat itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet. Sebahagian besar daripada 50,000 komen menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu sebagai kejam dan merupakan penganiayaan terhadap binatang.

“Mari pakaikan kamu kostum monyet, baling pisang ke arah kamu dan rakamkan...,” komen seorang pengguna internet, Cheryl Anderson Carter.

Video terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube dari Jepun yang mendakwa tinggal bersama 10 ekor kucing dan sering memuat naik klip video ragam kucing yang kelakar. – Agensi.




Jom saksikan video berikut ini;




(Video)Jam Penggera Ini paling unik Khas untuk mereka Yang Susah Bangun Pagi.



Penggera dianggap cara paling ampuh untuk dapat membangunkan kita di waktu pagi. Tapi bagi sebahagian orang, penggera biasa #tidak pernah boleh berfungsi dengan baik. Mereka hanya bangun untuk mematikan lalu kembali tidur.

Tapi kini tidak lagi perlu bimbang dengan hal ini. Seorang wanita bernama Simone Giertz baru saja memberikan penyelesaiannya melalui akaun YouTube peribadinya. Dalam video tersebut, wanita berusia 25 tahun ini memperkenalkan hasil karyanya yang diberi nama "The Wake-up Machine".

"Aku membuat jam penggera yang akan #membangunkanku di pagi hari dengan menampar muka saya menggunakan lengan getah," tulisnya sebagai penjelasan. #Simone mengatakan jika dia menggunakan lengan getah dan berpasangan dengan jam penggera.

Video tersebut kebanyakan memperlihatkan dirinya sedang cuba ciptaan terbarunya. Namun dalam salah satu kesempatan, rambut Simone justru terlilit pada mesin buatannya. Jom saksikan video berikut ini:





(Video)Seakan Kelemumur, Rambut Bling-Bling Ini Jadi Trend di Media Sosial


Gaya rambut merupakan topik yang banyak dibicarakan terutama oleh wanita di media sosial. Bahkan, beberapa gaya rambut menjadi trend selepas dimuat naik di media sosial.

Seperti yang berlaku baru-baru ini. Media sosial# sedang dihebohkan dengan sebuah trend gaya rambut terbaru.

Trend itu biasa disebut glitterroots, iaitu menaburkan sedikit glitter pada bahagian akar rambut. Dengan begitu akan menimbulkan kesan kilauan di rambut.

Banyak wanita memuat naik fotonya dengan gaya rambut ini. Gaya unik inipun dalam sekejap terus menjadi perbincangan hangat netter.

"Wow, itu kelihatan sangat cantik," tulis #salah satu netter. "Itu terlihat sangat cantik, tapi pasti sukar membersihkannya," tambah yang lain.

Meskipun banyak orang menganggap gaya rambut ini sangat cantik, namun tidak sedikit yang mencela. Mereka justru berkata, glitter tersebut kelihatan seperti kelemumur.







Jom saksikan video berikut ini: