Video rakaman dibawah mempertontonkan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki yang cuba merompak dirinya. Rakaman CCTV menunjukkan penjenayah yang membawa sebilah pisau# panjang datang dari belakang dan berusaha merompak wanita itu ketika mengambil wang di mesin ATM di provinsi Fujian.
Penjenayah mendekati wanita itu dari belakang dan meletakkan pisau ke lehernya. Kejadian itu berlaku semasa wanita itu# menarik wang tunai . Wanita yang berusia 25 tahun itu tidak menyerah begitu saja, dia menjerit dengan kuat untuk menarik perhatian orang sekitar dan ia terus cuba untuk melawan penjenayah tersebut.
Perlawanan sengit berlaku dan perompak terjatuh ke lantai.Wanita itu juga berjaya meraih pisau yang terjatuh dan balik mengejar si perompak.
Penjenayah itu kemudian berjaya ditangkap oleh dua orang yang sedang berada diluar ATM. Perompak diketahui seorang lelaki berusia 23 tahun bernama Cai. Perompak itu mengatakan bahawa dirinya baru sahaja dipecat dan sedang mencari cara cepat untuk mendapatkan wang.Jom saksikan video berikut ini;
Seorang pekerja kedai di #Rusia dianggap sebagai pahlawan lantaran keberaniannya melawan perompak bersenjata yang datang ke kedai tempatnya bekerja.
Tidak hanya melawan, perempuan itu juga berjaya memukul perompak dan berusaha mengejar perompak yang lari. Sayangnya, tempat menyimpan wang #berjaya dibawa lari perompak.Jom saksikan video berikut ini:
Nyamuk adalah haiwan paling merbahaya# di dunia, dianggarkan 600,000 orang lebih mati akibat gigitan nyamuk setiap tahunnya.
Gigitan nyamuk memang tidak membunuh, tetapi penyakit yang disebarkan melalui gigitan itulah yang meragut nyawa manusia, #seperti malaria atau demam denggi misalnya.
Nyamuk sememangnya tidak menggigit kerana nyamuk tidak mempunyai gigi. Nyamuk menghisap darah manusia menggunakan mulutnya yang berbentuk paip berujung tajam, mirip jarum suntik bernama #propbosis.
Nyamuk membenamkan mulutnya ke pembuluh darah dan menyuntik air liur yang akan mencetuskan pembuluh darah untuk terbuka lebih lebar.Jom saksikan video berikut ini:
Siapapun pasti menyayangi anaknya, dan #berusaha melindunginya dari berbagai perkara yang boleh membahayakan nyawanya. Bahkan banyak ibubapa yang rela mengupah bodyguard, untuk melindungi anaknya. Perkara seperti ini biasanya dilakukan oleh para selebriti, tokoh terkenal, atau mereka yang mempunyai kuasa dan wang. Tetapi kadang, bahaya datang dari perkara yang tidak pernah kita duga sebelumnya. Salah satunya anak dari ibubapa ini, yang maut dipatuk ular king kobra - yang merupakan raja segala ular kerana kerap menjadikan ular lain #sebagai santapannya. Reaksi ibu bapanya, sungguh mengejutkan. Si ayah yang masih memendam dendam, menyerang king kobra dengan tangan kosong, untuk membalas kematian anaknya. Dalam sebuah video memperlihatkan, jika lelaki itu kelihatan meraih ular berbisa dari pokok, lalu memukul-mukulnya ke tanah berkali-kali sehingga ular tersebut dipastikan mati. Video yang kemudian disiarkan di YouTube ini telah dilihat sebanyak 500,000 kali. Namun banyak yang memberi komen dan menyayangkan tindakan sang ayah, ia disebut sangat kejam telah menyerang haiwan itu.Jom saksikan video berikut ini;
Sebuah video mengerikan yang merakam #suasana bas sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 400 meter tersebar di internet. Video dari rakaman CCTV itu memperlihatkan saat-saat sebelum kemalangan nahas ini berlaku.
Bas tersebut jatuh di Bandar Guiyang, #Provinsi Guizhou, China, pada bulan Julai lalu. Menurut polis tempatan, bas yang membawa 23 penumpang itu tergelincir akibat jalanan yang licin dan berlumpur.
Si pemandu masih berusaha mengawal bas selama beberapa saat. Namun, usaha itu sia-sia dan para penumpang kelihatan bertaburan di dalam kenderaan semasa bas terjun bebas di gaung yang dalam.
13 mangsa cedera serius dan satu orang #meninggal di tempat kejadian. Pelbagai kru penyelamat dari polis, ambulans, serta bomba memberikan pertolongan.