Showing posts with label Dunia Misteri. Show all posts
Showing posts with label Dunia Misteri. Show all posts

Video Seram, Lukisan Wanita Cantik Dalam Ini Hidup dan menjadi Hantu.


Sebuah #karya seni boleh jadi merupakan refleksi diri dari penciptanya. Karya seni biasanya lebih bersifat menghiburkan, namun dapat pula berperanan sebagai bentuk katarsis (penyucian jiwa).

Oleh kerana sebahagian orang boleh menganggap suatu karya seni indah tetapi bagi yang lain biasa saja. Perkara ini bergantung dari bagaimana penampakan karya tersebut dan selera seseorang.

Salah satunya adalah karya dalam bentuk lukisan yang dimuat naik beberapa waktu lalu di laman YouTube. Lukisan wanita cantik ini justru seram dan membuat sebahagian besar orang takut. Sebabnya, wanita dalam lukisan yang kelihatan diam #sambil membawa sejambak bunga tiba-tiba ketawa dan berubah menjadi zombie.



 Netter yang melihat gambar bergerak tersebut pun tersentak lantaran terkejut ketika  wanita seolah hendak keluar dari bingkai. Meskipun begitu, tidak sedikit pula yang memuji betapa menariknya karya seni lukis tersebut.

"Pada akhirnya jadi menakutkan," kata salah satu netter. "Aku tidak akan  membeli lukisan," ujar netter lain. "Sekarang, itu memang menyeramkan," kata yang lain lagi.

"Lukisan ini akan sangat bagus dipasang di rumah hantu," tambah netter. "Ada yang tahu di mana membelinya? Aku sangat suka," puji seorang netter. Jom saksikan video berikut ini;






Kisah Seram "Dendam Mayat Hangus.."



Bekerja sebagai seorang pemandu# teksi memang banyak risikonya. Terutama jika terpaksa mengambil penumpang pada waktu malam. Akhir-akhir ini, banyak kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi. Samada sebagai mangsa atau pemangsa. Begitulah yang terjadi kepada seorang kawan aku bernama Sadiq. Dia baru sebulan jadi pemandu teksi. Tapi pengalaman yang dilaluinya bukan saja tragis, malah diselubungi misteri. Manakan tidak, teksi yang dipandunya tiba-tiba terbakar sebelum terjunam beberapa belas meter ke dalam gaung di kawasan Bukit Langat. 

Hari ini Sadiq terlantar di Hospital Ampang Puteri dengan kecederaan parah di seluruh badan. Sebahagian tubuhnya melecur teruk akibat terbakar. #Kecut perut aku melihat keadaan fizikal Sadiq yang sebegitu rupa. Sadiq sudah sedar sewaktu aku menziarahinya di wad. Matanya terkelip-kelip memandang aku seakan ingin mengatakan sesuatu. Namun alat bantuan pernafasan yang menyerkup mulutnya menghalang komunikasi antara kami. Bahasa tubuhnya tak dapat aku fahami. Di satu sudut, ibu Sadiq sedang teresak-esak menangis sambil cuba ditenteramkan oleh ayahnya. Manakala Khalil, adik lelaki Sadiq yang berumur 19 tahun kelihatan murung merenung jauh ke luar tingkap. Aku difahamkan, adiknya ada bersama sewaktu kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka tu. Hairannya, dia langsung tidak mengalami sebarang kecederaan serius. 

Aku mendekati# Khalil untuk mendapatkan maklumat lebih jelas berkenaan kejadian yang berlaku. Khalilpun mula bercerita;

Malam tu abang Sadiq jemput saya pulang dari kolej macam biasa. Sewaktu dalam perjalanan balik ke Lembah Jaya Selatan, ada seorang perempuan muda menahan teksi abang Sadiq di sekitar Ampang City. Kulitnya agak gelap kehitaman. Pakaiannya nampak kotor. Wajahnya terselindung di sebalik tudung #lusuh. Dia minta dihantar ke atas Bukit Langat sebab keretanya kehabisan minyak di sana. Tanpa berfikir panjang, abang Sadiq pun tumpangkan dia. Masa dia masuk dalam teksi, saya dah terasa macam ada yang tak kena dengan perempuan tu. Bau badan dia meloyakan tekak. Macam bau benda hangus pun ada. Tapi saya diamkan aje. 

Hujan lebat yang turun sejak petang menjadikan pergerakan kenderaan kurang lancar disamping jalan yang licin dan bengkang-bengkok. Mujur kenderaan tak berapa banyak waktu itu. Satu ketika, saya mula tercium bau minyak petrol. Saya memandang abang Sadiq. Kemudian menoleh ke arah perempuan itu melalui cermin pandang belakang. Hanya sorot matanya sahaja yang kelihatan. Hati saya dah mula rasa tak sedap.

“Petrol ni untuk isi dalam kereta… habis minyak kat atas bukit nu.” Kata perempuan tu tanpa ditanya.


“Masuk ni dah dua kali dah kereta Ina kehabisan minyak. Tempat yang sama pulak tu. Kali pertama tu Ina tahan teksi jugak untuk beli petrol. Masa hantar Ina balik ke kereta, pemandu teksi tu cuba buat benda tak elok pada Ina. Bila Ina melawan, dia mula berkasar. Dia lempang Ina dua kali. Rasa macam nak pengsan. Tak pernah Ina kena lempang sampai macam tu seumur hidup Ina. Lepas tu…” Kata-kata perempuan yang bahasakan dirinya Ina tu terhenti. Dia mula menangis teresak-esak.

“Lepas kena lempang, Ina terlalu lemah dan lemas untuk mempertahankan diri. Ina langsung tak berdaya. Sesak nafas dan rasa macam nak mati. Lepas tu Ina diseret…” Sekali lagi Ina diam. Saya makin rasa tak selesa. Macam ada sesuatu yang tak kena dengan Ina. Saya cuit peha abang Sadiq. Cuba menyatakan rasa kurang selesa saya dengan cerita Ina. Abang Sadiq rapatkan jari telunjuk ke mulut menyuruh saya diam. Kemudian mulut abang Sadiq nampak kumat-kamit macam baca sesuatu. Saya pandang cermin pandang belakang sekali lagi. Ina nampak gelisah. Matanya liar memerhati keluar. Saya turut memerhati keluar. Cuaca gelap dan hujan terus mencurah lebat. Selain kami, tak ada sesiapa yang melalui jalan itu. Saya tanya Ina samada dia ada buat laporan polis atau tidak. Dia geleng. Tak sempat katanya. Tapi dia cam pemandu teksi itu. Kata Ina, orangnya kurus tinggi dan berkulit hitam manis. Bermisai dan berambut keriting macam abang Sadiq.

“Nak tau apa berlaku lepas tu?” Tanya Ina satu ketika. Saya dan abang Sadiq saling berpandangan. Ina dah berhenti menangis. Saya menoleh seimbas dan nampak sorot mata ina yang tajam sambil tersenyum sinis. Berderau darah saya masa tu.

“Tak apalah Ina, kami bersimpati dengan apa yang terjadi pada Ina. Anggaplah semua tu ujian Tuhan. Lambat laun, pasti lelaki itu akan ditangkap. Kat mana kereta Ina?” Tanya saya sekadar nak menghilangkan debar di dada.

“Kat sinilah!” Jawab Ina serta-merta. Abang Sadiq memperlahankan teksi. Namun kami tidak nampak kereta Ina di mana-mana. 

“Kat sinilah! Pemandu teksi tu curah petrol pada Ina. Lepas tu dia nyalakan lighter macam ni!” Sambung Ina. Kami terkejut besar bila menyedari api marak membakar tempat duduk belakang teksi. Saya cepat-cepat melompat keluar. Tapi abang Sadiq gagal mengawal kereta sehingga terhumban ke dalam gaung. Api terus marak. Jeritan Ina bergema berselang-seli dengan kilat dan petir. Saya pengsan!

Sedar-sedar kami dah terlantar kat hospital. Peliknya, hanya kami berdua sahaja yang orang jumpa. Jasad Ina ghaib macam tu aje. Saya dah buat laporan polis semalam. Diorang dah pergi siasat kat tempat kejadian.

Dan pagi tadi kami dikejutkan dengan berita penemuan mayat rentung tak jauh dari tempat kemalangan dan dipercayai milik seorang perempuan. Hairannya, mayat tu mungkin dah seminggu ada kat situ. Mustahil Ina yang dimaksudkan. Tapi kalau bukan Ina, ke mana Ina hilang? Itulah yang saya menungkan sejak tadi. Cuba nak cari jawapan atas apa yang dah berlaku! 
Dengar cerita Khalil buat aku terdiam sejenak. Memang menakutkan jika aku berada di tempat mereka pada ketika tu. Boleh jadi, ada perkaitannya kewujudan Ina dengan penemuan mayat tu. Mungkin Ina cuba menyampaikan sesuatu maklumat kepada mereka. Ataupun rohnya tak tenteram sehingga dia mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.

Perhatian aku beralih kepada Sadiq apabila terdengar dia mengerang sakit. Aku menghampirinya. Sadiq merenung aku dengan mata berair. Mulutnya bergerak-gerak. Aku kira, Sadiq ingin katakan sesuatu kepada aku. Aku buka penutup plastik yang menyerkup mulut Sadiq. Kemudian aku rapatkan telinga ke mulutnya. Dia menarik nafas berat. 

“Arghh… aku dah insaff… arghh.. panggil polis datang… aku nak serah diri… a aku taknak dia apa-apakan kaum keluarga akuu… arghh….” Sadiq mengerang perlahan di telinga aku. Kemudian dia terus meracau tanpa aku fahami biji butirnya. Aku beristighfar. Terkejut dan kesal. Tapi aku tak sampai hati untuk memanggil polis datang. Biarlah Sadiq pulih dahulu. Kemudian terpulanglah kepadanya samada ingin menyerah diri atau menunggu undang-undang membongkar segalanya.
sumber


(Video), Kisah Seram akibat Tidak Mandi Wajib..

Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an . Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya , namanya Ju . Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama . Kalau datang bulan tak #pernah mandi hadas . Apa yang berlaku , satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods .

Sedang asyik mereka berbual2 di situ , tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang . Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2 . Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan . Sebab tulah tak suka balik tengah hari . Kerana terpaksa , dia pun pulang . Kerana dia ni tak ada pantang larang , dia balik , buka pintu , dalam gelap2 dia masuk bilik . Tak cuci kaki , tak cuci muka , terus baring di atas katil .

Tiba2 sedang dia pejamkan mata , dia terdengar #bunyi macam orang mengebas cadar , kuat bunyinya . Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk . Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor , baca apa pun tak guna . Kemudian dia terdengar bisikan di telinga , " Nak tidur Ju ? ? ? " Dia tak pasti samada dia dengar " Cu " atau " Ju " iaitu namanya . Walaupun sedang dalam keadaan takut , dengan mata tertutup , dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu . Dia tahu selok - belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja , jadi tengah2 semua kosong .

Namun , semasa merangkak di tengah bilik , dia terlanggar sesuatu . Dia pun apa lagi , terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak . Dia terus mengetuk bilik kawannya . Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah . Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni , apalagi muka suaminya #punyalah berang . Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun . " Kau pergi mandi sekarang , menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik ... "

Sesudah mandi , dan suami kawannya dah halau benda tu keluar , dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan , memang padan muka dia . Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al - Qur'an di tepi kepala , dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap . Berdesing telinganya . Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium ...sumber


Jom layan video seram :




Seram !!!, Arwah Si Ibu Melawat Jenazah Anaknya.

 Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 #pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. #Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? 


sumber;- kisahkisah seram