Ramai yang tidak menyangka Pondok Usang Berusia 200 Tahun,Dalamannya Seperti Istana .(7 gambar)



Salah satu rumah yang sangat unik di dunia, iaitu #sebuah pondok usang yang diperkirakan sudah berusia 200 tahun yang ada di sebuah lereng pergunungan Alps, Switzerland terlihat sekilas sangat buruk dan menyeramkan, akan tetapi jika anda melihat ke dalamnya, maka anda akan sangat tercengang dengan dalaman mewah bak di dalam Istana dahulu kala.



Rumah usang tersebut terbuat dari sususnan batu-batu dan kayu yang disusun sedemikian rupa. Walaupun dari luar rumah kelihatan lusuh dan menyeramkan, akan tetapi dalaman pondok ini sangat menakjubkan dengan banyak kemudahan  mewah termahal di zamannya. Sekilas, kamu hanya akan berfikir jika ini hanyalah sebuah pondok tanpa penghuni dan didalamnya penuh dengan serangga kerana tidak terurus.



 Apabila pondok yang sudah dibina semenjak 200 tahun #dahulu, ternyata sudah direka dengan dibina semula oleh salah satu syarikat dalaman dan seni bina berasal dari  Basel, Buchner Brundler Architekten. Ternyata, usaha dari Syarikat tersebut yang sengaja mengkonstruksi bangunan #berjaya membuat banyak orang berasa kagum.






Buchner Brundler Architekten, terus merombak besar-besaran pada dalaman rumah, dengan melaksanakan sebuah reka bentuk sentuhan yang sangat moden yang dipadankan dengan kayu juga batu, sehingga pondok ini nampak sangat mewah# sekali. Pondok yang letaknya di wilayah Linescio, Switzerland sudah dilengkapi dengan kemudahan moden, sebut saja gas, elektrik, air #panas, sampai jakuzi, sungguh pondok usang dalaman moden bak di Istana Raja.


Ngeri, Lubang Gergasi berdiameter 4 hingga 5 meter Ini Tiba-Tiba Muncul di Kolam Ikan di China.



Sebuah lubang gergasi atau sinkhole #tiba-tiba muncul di kolam ikan milik petani dari  Baisha, Guangxi, di wilayah China Selatan. Sinkhole ini bahkan telah menelan 25 tan ikan milik petani bernama Yang.

Yang mengaku terkejut apabila mengetahui ikan-ikannya hilang dalam semalam. Pada masa menyiasat ternyata muncul sinkhole di kolam ikan miliknya.

"Saya pertama kali sedar tahap kedalaman #air di kolam menurun secara drastik pada pukul 04:00 pagi," kata Yang. "Pada masa itu saya sedang memeriksanya."

"Kira-kira pukul 09:00, hampir sebahagian besar ikan saya# telah mengalir ke dalam sinkhole," tambahnya. Sinkhole tersebut berdiameter 4 hingga 5 meter.

Yang mengaku sedih kerana rugi gara-gara munculnya sinkhole tersebut. "Seandainya ikan-ikan saya tumbuh sayap dan boleh terbang," katanya.

Di China fenomena sinkhole memang kerap berlaku. Berkaitan insiden ini, penduduk tempatan menyalahkan aktiviti perlombongan di sekitar tempat kejadian. Mereka berpendapat perlombongan itu mengakibatkan munculnya sinkhole di kolam ikan milik Yang.