Ramai yang akan terkejut bila melihat rupa sebenar lelaki punk ini (7 Gambar)

Ramai yang akan terkejut bila melihat rupa sebenar lelaki punk ini (7 Gambar)
If I told you this old punk is actually a very pretty girl, would you believe me?








Antara 19 Artis Wanita Bertudung Paling Cantik Di Malaysia ,NO 19 Adalah Paling Sejuk Mata Memandang !!!!

Antara 19 Artis Wanita Bertudung Paling Cantik Di Malaysia ,NO 19 Adalah Paling Sejuk Mata Memandang !!!!
ayu raudhah

farah af2

ana rafali

aida khaleeda

farah asyikin

syarifah nur

rafidah ibrahim

raja farah

shila amzah

irma hasmie

natasya hudson

norjuma habib

yatt hamzah

nurul syuhada nurul ain

wardina

farah adeeba

heliza helmi

diana amir
dato siti nurhaliza



(4 GAMBAR) Pencuri Dakwa Terlihat Bunian Di Rumah #Mawi


Rumah penyanyi Mawi atau nama sebenarnya #Asmawi Ani sekali lagi dipecah masuk selepas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mendakwa ternampak bayangan sepasang orang bunian di kediaman mewah penyanyi itu di Bangi, semalam.



Bercakap kepada Harian Metro, Mawi menjelaskan, “kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan #rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.


“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3 itu.

Ketika kejadian, Mawi tiada di rumah kerana ke Sarawak #manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin ke ibu kota atas urusan kerja.

Kejadian malang itu diceritakan kepadanya oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas itu selain anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah ketika kejadian itu  berlaku.

Dikatakan sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika untuk menjamah makanan.

Ini merupakan kejadian kedua kediaman penyanyi itu dipecah masuk.  #Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya telah dimasuki perompak dan kerugian hampir RM10,000.  

Bagaimanapun, Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat dari sebarang kecederaan daripada insiden terbabit.


Kisah Sediah Adik Firdaus .... Kenapa Kau Pijak Beg Aku?


Al kisah bermula, #seorang murid tanpa sengaja telah memijak beg kepunyaan adik bernama Firdaus hingga mengakibatkan beg sekolah itu dipenuhi debu kotoran.

Bagaimanapun, kata-kata yang diluahkan adik #Firdaus kepada rakannya, Izham dengan mendakwa beg tersebut adalah kepunyaan arwah ayahnya amat meruntun jiwa.

Kisah ini ditulis oleh Cikgu Noor Afifah Mohd Baharuddin dalam Facebooknya:

Anak-anak LINUS ku di Tahun 1. Buat teacher menitik air mata pula hari ni……

Hari ni Izham memang agak susah Iah nak kawal. Ada sahaja idea nya nak usik kawan. Biasalah budak-budak kan. Alkisahnya, Izham dah kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu.

Sedihhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut #Izham pada begnya, sambil cakap, ‘Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni… kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!’

Dengan nada marah Firdaus marah kat Izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata. Hehe… Sedih tengok anak kecil ni yang dah merasa kehilangan ayah tercinta, pada usia 7 tahun. Banyak boleh kita buat refleksi. MashaAllah. Moga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku. Aamiin ya Rabb.


Siapa sangka, pada usia sekecil ini adik Firdaus ini sudah diuji tentang kehilangan bapa tercinta.

Malah, sifat adik Firdaus yang mempunyai rasa kasih dan nilai sentimentalnya terhadap peninggalan barangan arwah bapanya nyata menunjukkan begitu besar maknanya terhadap jiwa kecil kanak-kanak itu.

Moga adik Firdaus tabah mengharungi cabaran masa depan kelak. – MYNEWSHUB


Lihat Bagaimana Asalnya WIG (Rambut Palsu) ...Jangan Terkejut Selepas mengetahuinya


Kepada penganut #agama Hindu, rambut menjadi simbol pengorbanan sejak beratus ribu tahun lalu atas sebab-sebab yang berbeza. Antaranya mahu mengatasi kesihatan diri yang kurang baik, mencegah nasib malang dan mencari tuah...

Amalan itu merupakan satu kebiasaan di #selatan India terutama di kuil-kuil di wilayah Tamil Nadu. Lokasi itu menjadi tumpuan hampir kebanyakan orang dari seluruh India untuk mencukur kepala.
Namun mereka yang terlibat dalam industri perdagangan rambut palsu dalam kebimbangan jika upacara keagamaan itu terus pudar pada masa hadapan.
Masyarakat India moden berubah mengikut perkembangan #ekonomi negara mereka sekali gus membuka ruang untuk negara itu menjadi lebih sekular, berteras kepenggunaan dan pengaruh-pengaruh dari luar.
Mencukur rambut

UPACARA keagamaan mencukur rambut di kuil semakin kurang 

diminati oleh golongan muda di India.


"Terdapat satu perubahan yang berlaku iaitu orang-orang mudanya semakin kurang pergi ke kuil dan tidak melakukan amalan mencukur rambut.
"Mereka mungkin akan memotong separuh rambut mereka tetapi tidak semestinya akan mencukur kesemua rambut mereka," kata Ketua Eksekutif Raj Hair International, George Cherian di ibu kota Chennai.
Pada hari festival keagamaan, kira-kira 1,000 orang termasuk 50 hingga 60 wanita menjalani ritual memotong rambut di kuil Tiruttani di utara Chennai.
Wanita India seperti Anandi Perumalswany merupakan tulang belakang dalam industri itu. Walaupun mereka menetap di kawasan yang jauh dari salun-salun yang beraneka bentuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah namun lokasi itu menerima permintaan penyambungan rambut yang tinggi.
"Tuhan kegemaran kami ialah Tuhan Muruga. Kami mempunyai banyak hutang dan pelbagai masalah lain.
"Saya telah berdoa untuk anak lelaki saya agar dia cepat kahwin. Saya kemudian menawarkan rambut saya," kata Perumalswamy yang berusia 45 tahun dan ibu kepada dua anak itu.
Eksport rambut
Bertan-tan rambut panjang dipotong setiap hari dan kebanyakannya dijual dalam jualan lelong kepada pemborong.
Pemborong kemudian akan mengurus dan mengeksport rambut untuk kegunaan di seluruh dunia.
Amalan seumpama itu telah menjadi kerja sampingan yang menguntungkan pihak kuil. Kuil akan mengunakan kutipan daripada duit jualan rambut itu untuk aktiviti kebajikan.
Sebahagian pembekal telah melakukan sendiri perniagaan tersebut dengan memotong rambut mengikut kehendak pemborong.
Kecantikan gaya rambut yang disambung dalam kalangan artis Hollywood seperti Gwyneth Paltrow dan beberapa artis lain telah melonjakkan lagi permintaan untuk barangan kecantikan.
Rambut sintetik yang murah dan pernah popular pada tahun 1990 menyebabkan kejatuhan harga dalam perniagaan untuk firma-firma India. Namun rambut manusia kini menjadi kegemaran sekali gus menjadi nilai tambah kepada pasaran India.
RAMBUT-RAMBUT yang digunting pada upacara keagamaan di kuil-kuil di India dijual untuk pembuatan rambut palsu.


Pada masa ini, satu kilogram (kg) rambut yang dipotong di India secara purata dijual pada harga AS$250 (RM735) berbanding 15 tahun lalu yang bernilai AS$20 (RM59) sekilogram, jelas Cherian.
Jenis rambut yang paling mahal ialah remy yang dicukur terus dari pangkal leher. Ia bernilai 25 peratus daripada harga pasaran rambut non-remy.
rambut yang telah diikat dan akan mula proses untuk disisir rapi
"Rambut masyarakat India merupakan rambut yang paling dikehendaki kerana ia menyamai dengan rambut asal orang kulit putih.
"Malah warna semula jadinya iaitu hitam menyamai warna rambut kaum Afrika dan bila diwarnakan rambut tersebut menyamai warna rambut orang Eropah atau AS," kata Cherian.
Kualiti rambut
rambut-rambut ini akan di masak dengan menggunakan ubat terlebih dahulu
Produk itu kemudiannya dibekalkan kepada wanita seperti Fereena West yang gemar ke salun ColourNation di pusat bandar London. Harga untuk satu kepala rambut asal dari India berharga lebih AS$3,000 ((RM8,823) dan memerlukan empat jam untuk disiapkan.
"Rambut sambung yang diperoleh sangat berkualiti. Ia merupakan 100 peratus rambut manusia dan agak mahal," kata model sementara yang berusia 25 tahun.
Seorang pelanggan di salon eksklusif Michaeljohn, di London yang mahu dikenali sebagai Natasha berkata, penyambungan rambut tersebut sangat berbaloi.
banyak pilihan dipasaran....anda sanggup memakainya?
"Ia bernilai $970 (RM2,853), termasuk harga rambut dan kos penggayaan. Jadi bagi saya untuk menggayakannya tiga kali setahun ia memang berbaloi.
"Penyambungan rambut menjadi popular kerana artis seperti Cheryl Cole menyukainya dan dia menjadi lebih terkenal.
"Namun saya berpendapat ia turut digemari oleh kebanyakan orang dan bukan sahaja kelompok artis. Saya rasa ramai orang memilikinya kerana ia sangat bergaya dan membantu menyerlahkan penampilan mereka," katanya. - AFP


Ditanam Dibawah Batu Marmar Seberat 44 Tan... Apabila JasadnyaTidak Diterima Bumi,.



Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.


Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.




Dosa Mustafa Kemal :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”.

 Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di bawah batu marmar.





Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa

“Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

#Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.


sumber


8 Perkara Dalam Majlis Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Agama Islam !!! Wajib Tahu


Dari semasa ke semasa saya juga diminta# terlibat apabila saudara mara mengadakan majlis kenduri kahwin. Kini saya merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalankan majlis kenduri kahwin....

Kali ini saya ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan ini di kalangan umat Islam di Malaysia.

Perkara 1:
Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang  ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh# terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

”Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka“( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan #seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas  persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang #sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

Mas kahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Perkara 2:
Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu  masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang saya lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.

Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir? Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana  Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.

Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.

Perkara 3:
Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah!
Adalah jauh lebih baik bawa pizza barang 5 keping yang bersaiz besar untuk sama-sama makan iaitu ahli rombongan pengantin lelaki dan pihak tuan rumah. Kalau tak nak makan, tak payahlah bawa pizza.

Sirih junjung sah barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Perkara 4:
Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?

Antara jawapannya mungkin ialah:
1. Supaya aku kelihatan cantik menarik
2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik
3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku
4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat
5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke?
6. Supaya orang tertawan dengan aku melalui kecantikan wajah aku ni.

Apa yang jelas dari bermake up adalah satu dosa dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan musibah dari Allah. Takutilah azab Allah dan sesungguhnya azab Allah itu perit.

Membuat sesuatu perkara semata-mata untuk mendapat dosa dan azab adalah sesuatu kezaliman dan ke****han.

Tambahan pada 23 Ogos: Saya ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5. Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik.

Ayu cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat saya kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari haram kepada sunat agaknya!! Begitulah seperti diajarkan oleh arwah guru, satu dosa akan menggamit dosa-dosa yang lain.

Perkara 5:
Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:

1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00

2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.

3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!

4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.

5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.

6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.

7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.

Perkara 6
Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?

Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah saya jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi  tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.

2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.

3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!

4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.

5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan  sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:

1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.

2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu

3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.

4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup  RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.

5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin

6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA

7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling  pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.

Perkara 7
Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.

Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:

1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.
2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut
3. Berbagai amalan karut marut lain

Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis kenduri kahwin saudara saya. Pada pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kada jemputan.

Saya turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata “bagus betullah petua dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik”.
Astagfirullah… saya berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai.

Saya berkata-kata di dalam hati “kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini”. Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba.
Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun. Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg....

Dalam hati saya berkata “Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah…”.

Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insya Allah majlis tersebut tidak turun hujan.

Perkara 8
Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk berbuat maksiat, Astagfirullah…

Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak....

Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta maksiat dan antaranya ialah seperti berikut:

1. Membayar wang yang banyak kepada DJ, PA system, sistem karaoke, kugiran dan penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit untuk membeli dosa. Sila baca artikel berkaitan muzik bertajuk Hukum bermain muzik dan nyanyian  menurut Islam di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/40.
Membazir sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang perempuan adalah juga dosa. Tak takut sungguh manusia dengan dosa....

2. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke. Inilah platform yang amat cantik untuk menjadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, tok guru buat dosa dengan menyanyi....

3. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara. Redha dengan perbuatan ini adalah dosa dan kelak di akhirat Allah tuang besi cair ke telinga.

4. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian. Astagfirullah….

5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam....

6. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.

7. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan....

8. Kalau dikampung dimana masak memasak diadakan secara gotong royong, inilah satu pesta yang amat seronok iaitu PESTA KATA MENGATA DAN MENGUMPAT terutama sekali dikalangan orang perempuan, Astagfirullah….

9. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita, Astagfirullah….

10. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.
Saya mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam....

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini....


Sekian wassalam wallahualam !!!!

SUMBER : http://ehmymedia.blogspot.com/


NGERI...Gambar-Gambar Yang Pasti Buatkan Bulu Roma Anda Meremang Habis...!!!

 strong pictures , DireThe most horrific and chilling image of a foot. Are You hold 10 seconds looking at this photo?



#Kisah Sedih!!!... Seorang Ibu Sanggup Korbankan Nyawa Susukan Anak Sebelum Hembus Nafas Terakhir...


Cermin hadapan habis retak berderai. #Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.

Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. #Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. #Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.

Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh #rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah…

Sumber


#Wajib TAHU!! Inilah 10 Perkara Yang Dilarang Bagi Wanita Yang Sedang Datang Bulan,...Tetapi Ada Yang Buat Endah Tak Endah...


Pertama: Solat.

Diharamkan solat ke atas wanita yang sedang #haid, sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Bahkan tidak sah jika dia tetap melaksanakannya.

Namun terdapat satu pengecualian, iaitu apabila dia sempat memperoleh satu rakaat solat fardhu dalam waktunya, sama ada  di awal waktu atau akhir waktu, maka wajib ke atasnya untuk melaksanakan solat fardhu tersebut.



Contoh: Memperoleh satu rakaat di awal waktu.

Seorang wanita didatangi haid selepas masuk waktu Maghrib. Akan tetapi antara saat masuk waktu Maghrib dan saat dia didatangi haid, #wujud satu tempoh masa yang, paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat Maghrib.

Maka wajib baginya mengqadha solat Maghrib tersebut apabila suci. Ini kerana pada asalnya dia dikira sempat mendapat satu rakaat daripada solat Maghrib tersebut sebelum datang haid.



Contoh: Memperoleh satu rakaat di akhir waktu.

Seorang wanita suci daripada haid sebelum terbit matahari. Akan tetapi antara saat dia suci dan saat terbit matahari wujud satu tempoh masa yang, paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat Subuh.

Maka wajib baginya mengqadha solat Subuh tersebut #apabila  dia selesai bersuci (mandi wajib). Ini kerana pada asalnya dia dikira sempat mendapat satu rakaat daripada solat Subuh tersebut apabila tamat haidnya.

Jika tempoh masa yang wujud di awal waktu bagi wanita yang didatangi haid atau di akhir waktu bagi wanita yang tamat haid adalah terlalu singkat sehingga tidak mungkin melaksanakan minima satu rakaat solat, maka tidak wajib untuk baginya melaksanakan #solat tersebut.



Dalil bagi seluruh hukum ini ialah sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam:

 “Sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya ia telah mendapat solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 580 (Kitab waktu-waktu solat) dan Shahih Muslim – no: 607 (Kitab al-Masjid)]

Apabila seorang wanita tamat haidnya dan sudah bersuci lalu dia berjaya memperoleh satu tempoh masa dalam waktu Asar, adakah wajib baginya untuk melaksanakan kedua-dua solat Zohor dan Asarnya (jamak takhir)? Atau sesudah bersuci dia berjaya memperoleh satu tempoh masa dalam waktu Isyak, adakah wajib baginya untuk melaksanakan kedua-dua solat Maghrib dan Isyak (jamak takhir)?

Terdapat perselisihan pendapat dalam persoalan ini. Namun yang benar dia hanya wajib melaksanakan solat yang berada dalam waktu tersebut sahaja. Iaitu solat Asar dalam waktu Asar (tanpa menjamak solat Zohor), solat Isyak dalam waktu Isyak (tanpa menjamak solat Maghrib).



Dalilnya adalah sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam:

 “Apabila seseorang kamu memperoleh satu sujud daripada solat Asar sebelum terbenam matahari, maka hendaklah dia menyempurnakan solatnya.” [Shahih al-Bukhari – no: 556 (Kitab waktu-waktu solat)]

Dalam hadis di atas Rasulullah tidak berkata: “Maka sesungguhnya dia telah mendapat solat Zuhur dan Asar” atau: “Wajib solat Zuhur ke atasnya.”

Pendapat ini juga diperkuatkan oleh sebuah kaedah usul yang menyebut:

Pada asalnya tidak ada hukum yang ditanggung
(oleh manusia kecuali yang dipertanggungkan oleh syara’).

Pendapat ini merupakan mazhab Abu Hanifah dan Malik sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya Majmu’ Syarh al-Muhazzab.



Kedua: Berzikir dan Membaca al-Qur’an.

Wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan a-Qur’an.

Jelas di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu ‘anha sambil membaca al-Qur’an padahal ‘A’isyah di saat itu sedang haid.

Di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Umm ‘Athiah radhiallahu ‘anha berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda menyuruh keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah kepada solat dua hari raya (Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).

Juga diharuskan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca al-Qur’an dengan cara melihat dengan mata atau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah. Boleh juga meletak mushaf al-Qur’an di hadapannya lalu melihat ayat-ayatnya dan membacanya dengan hati. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Majmu’ Syarh al-Muhazzab: Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.

Adapun membaca dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaan pendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh Imam Malik dan Imam al-Syafi’e dalam pendapatnya yang lama. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari. Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha’e (seorang tokoh tabi‘in) bahawa: “Tidak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.”

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jld. 26, ms. 191 :

Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-Qur’an. Hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Qur’an” adalah hadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati oleh para ahli hadis.

Lebih dari itu, diketahui wanita-wanita di zaman Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam sedia mengalami haid. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca al-Qur’an sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia diterangkan oleh Nabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda. Hal ini kemudiannya akan tersebar kepada manusia.

Namun tidak seorang jua yang meriwayatkan pengharaman seumpama daripada Nabi. Maka tidak boleh menghukum ia sebagai haram sedangkan baginda Nabi sendiri tidak pernah mengharamkannya. Justeru apabila Nabi tidak menegah daripada demikian padahal ramai wanita yang haid di zamannya, bererti diketahui bahawa tidaklah haram bagi wanita haid membaca al-Qur’an.

Di antara perselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid tidak membaca al-Qur’an dengan lidahnya melainkan jika perlu, seperti guru yang mengajar al-Qur’an, murid yang menduduki peperiksaan dan sebagainya.



Ketiga: Puasa.

Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berpuasa, sama ada puasa sunat mahupun puasa fardhu. Jika dia tetap berpuasa maka tidak sah puasanya.



Akan tetapi dia wajib mengqadha puasa fardhunya berdasarkan kenyataan ‘A’isyah radhiallahu ‘anha:

 “Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” [Shahih Muslim­ – no: 335 (Kitab al-Haid)]



Berikut beberapa permasalahan khusus antara puasa dan wanita yang haid:

Apabila seorang wanita sedang berpuasa lalu dia didatangi haid, maka puasanya menjadi batal sekalipun waktu berbuka (waktu Maghrib) sudah sangat hampir. Dia wajib mengqadha puasa tersebut jika ia adalah puasa fardhu.
Apabila seorang wanita sedang berpuasa lalu dia merasa akan didatangi haid sebelum waktu berbuka (waktu Maghrib), maka teruskan menyempurnakan puasanya itu. Menurut pendapat yang benar, puasanya tidak batal kerana sesungguhnya darah masih berada di dalam badan dan tidak ada hukum baginya (selagi ia tidak mengalir keluar).
Ini sebagaimana kes seorang wanita yang bermimpi seperti seorang lelaki lalu datang menemui Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bertanya, adakah dia perlu mandi wajib? Baginda menjawab: “Ya, jika dia melihat ada air (mani yang mengalir keluar).”

Dalam hadis di atas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menghubungkan hukum mandi wajib dengan kewujudan air mani dan bukan masa. Maka demikianlah juga dengan haid, dilaksanakan hukum-hukumnya berdasarkan keluarnya haid, bukan berdasarkan masanya.

Apabila seorang wanita didatangi haid hanya sekadar tempoh masa yang pendek selepas terbitnya fajar (masuk waktu Subuh), maka puasanya tetap tidak sah.
Apabila seorang wanita tamat haidnya sebelum terbit fajar (belum masuk waktu Subuh), maka dia boleh berpuasa dan puasanya adalah sah sekalipun dia belum sempat mandi wajib.


Ini sebagaimana hukum orang berjunub yang berpuasa padahal dia tidak mandi wajib kecuali selepas terbit fajar (masuk waktu Subuh). Puasanya tetap sah berdasarkan hadis ‘A’isyah radhiallahu ‘anha:

 “Pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bangun pagi dalam keadaan junub bukan kerana bermimpi. Kemudian baginda berpuasa.” [Shahih al-Bukhari – no: 1932 (Kitab al-Siyam)]



Keempat: Tawaf di Ka’bah.

Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk tawaf, sama ada tawaf sunat mahupun tawaf fardhu. Jika dia tetap tawaf maka tidak sah tawafnya. Ketika mengikuti rombongan haji bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘A’isyah radhiallahu ‘anha didatangi haid, lalu beliau bertanya hukumnya. Rasulullah menjawab:

“Lakukan apa yang telah dilakukan oleh orang haji kecuali jangan bertawaf di Ka’abah sehingga kamu bersuci.” [Shahih Muslim – no: 1211]



Akan tetapi diharuskan melaksanakan lain-lain amalan daripada haji dan umrah seperti sa’e antara Safa dan Marwah, wuquf, bermalam di Mudzalifah dan Mina, melontar jamrah dan sebagainya.

Apabila seorang wanita telah menyempurnakan ibadah haji dan umrah lalu dia didatangi haid yang berterusan sehingga saat hendak balik ke negerinya, dia boleh balik tanpa melakukan tawaf wida’ (tawaf selamat tinggal). Ini berdasarkan hadis Ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anh:

 “Orang ramai disuruh untuk mengakhiri pertemuan mereka di al-Bait (Ka’bah dengan tawaf), kecuali (suruhan ini) diringankan daripada wanita yang sedang haid.” [Shahih Muslim – no: 1328 (Kitab al-Haj)]



Adapun amalan datang ke pintu Masjid al-Haram dan berdoa bagi wanita haid yang hendak balik ke negerinya, maka ia tidak berasal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Perlu diingatkan bahawa setiap ibadat hendaklah berasal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Bahkan amalan di atas bertentangan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah, di mana apabila Safiyah radhiallahu ‘anha didatangi haid sesudah tawaf ifahad, baginda bersabda kepada beliau: “Maka hendaklah dia beransur pergi.” [Shahih Muslim – no: 1211 (Kitab al-Haj)]

Baginda tidak menyuruh Safiyah pergi ke pintu masjid padahal jika yang sedemikian adalah amalan yang disyari‘atkan pasti baginda akan menjelaskannya.

Demikian hukumnya bagi tawaf wida’ dan wanita yang didatangi haid. Adapun tawaf wajib bagi ibadah haji dan umrah, ia tidak gugur daripada wanita yang didatangi haid. Dia tetap wajib melaksanakannya apabila sudah suci.



Kelima: Duduk Dalam Masjid.

Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berada atau duduk dalam masjid, termasuk padang yang digunakan untuk solat Hari Raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umm ‘Athiah radhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Suruhlah keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah (kepada solat dua hari raya) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).” [Shahih al-Bukhari – no: 1652 (Kitab al-Haj)]



Keenam: Bersetubuh.

Diharamkan bagi seorang suami untuk menyetubuhi isterinya yang sedang haid. Demikian juga, diharamkan bagi seorang isteri yang sedang haid untuk membiarkan suaminya menyetubuhinya. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang mendatangkan mudarat.” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. [al-Baqarah 2:222]



Yang dimaksudkan dengan al-Mahidh (المحيض) ialah masa haid dan tempatnya ialah di faraj. Larangan ini juga berdasarkan sebuah hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

 “Lakukanlah apa sahaja (dengan isterimu yang sedang haid) kecuali nikah (bersetubuh).” [Shahih Muslim – no: 302 Kitab al-Haid)].



Lebih dari itu umat Islam telah bersepakat bahawa haram hukumnya bersetubuh dengan isteri yang sedang haid.

Oleh itu tidak halal bagi seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk melakukan kemungkaran bersetubuh ketika haid. Larangan ini telah ditunjukkan oleh al-Qur’an, al-Sunnah dan ijma’ (kesepakatan) umat Islam.

Justeru jika seseorang itu tetap melakukan kemungkaran bersetubuh ketika haid, maka termasuklah dia di kalangan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta mengikuti jalan yang selain daripada jalan orang-orang Islam. Imam al-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 2, ms. 374 menukil kata-kata Imam al-Syafi’e rahimahullah:

Sesiapa yang melakukannya maka sesungguhnya dia melakukan dosa besar, demikian berkata para sahabat kami (para tokoh Mazhab al-Syafi’e), manakala yang selainnya (para tokoh mazhab lain) berkata: Sesiapa yang menghalalkan setubuh dengan wanita haid dihukumkan kafir.

Selain itu, dihalalkan bagi suami untuk memuaskan nafsunya dengan berciuman, berpelukan, bersentuhan dan lain-lain, asalkan bukan faraj. Malah lebih utama jika tidak bersentuhan kulit pada kawasan yang terletak antara pusat dan lutut kecuali dengan berlapik. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha berkata:

“(Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) menyuruhku supaya memakai kain kemudian baginda menyentuhiku sedangkan aku sedang haid.” [Shahih al-Bukhari – no: 301 (Kitab al-Haid)]



Ketujuh: Talak (Cerai)

Diharamkan ke atas suami untuk menceraikan isterinya yang sedang haid. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya. [al-Talaq 65:01]



Seorang isteri diketahui memulakan iddahnya dengan kehamilan atau datang haid sesudah berlalu waktu suci. Seorang suami menyetubuhi isterinya ketika suci lalu kemudian menceraikannya, iddah isteri diketahui dengan kehamilan. Jika tidak hamil, maka iddah isteri diketahui dengan datang haid. Seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya yang sedang haid kerana masa haid tidak dikira sebagai permulaan iddah.

Maka menceraikan wanita yang sedang haid adalah haram berdasarkan ayat di atas. Lebih dari itu tercatit di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma pernah menceraikan isterinya yang sedang haid. ‘Umar radhiallahu ‘anh memberitahu hal ini kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Wajah Rasulullah berubah kerana marah dan baginda menyuruh Ibn ‘Umar merujuk kembali isterinya, kemudian memegangnya  sehingga dia suci, kemudian haid, kemudian suci. Kemudian jika dia mahu, boleh memegangnya (memperisterikannya seperti biasa) dan jika dia mahu, boleh menceraikannya sebelum menyetubuhinya. Maka demikianlah iddah yang Allah telah perintahkan bahawa diceraikan wanita padanya.[4]

Justeru jika seorang suami menceraikan isterinya yang sedang haid, dia berdosa. Dia wajib bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kemudian hendaklah dia mengambil isterinya kembali di bawah jagaannya untuk diceraikan dengan penceraian yang menepati syari‘at Allah dan Rasul-Nya.

Iaitu, hendaklah dia tidak menyetubuhi isterinya sehinggalah dia (isteri) menjadi suci dari haid. Kemudian barulah dijatuhkan talak (diceraikan), ditunggu hingga datang haid sekali lagi, kemudian suci semula. Maka setelah itu jika dia (suami) ingin kembali bersama isterinya maka dia boleh rujuk semula. Jika dia (suami) tidak ingin maka boleh dilepaskan, dengan syarat tidak disetubuhi isterinya dalam jangka masa tersebut.



Hukum haram menceraikan isteri yang sedang haid memiliki 3 pengecualian:

Pertama:
Tidak mengapa (tidak haram) menceraikan isteri yang sedang haid jika sejak bernikah pasangan suami isteri tersebut belum pernah bersamaan atau bersetubuh. Ini kerana tidak ada iddah bagi isteri dalam kes seperti ini sehingga penceraian yang dijatuhkan ke atasnya tidak menyalahi firman Allah di atas.

Kedua:

Tidak mengapa (tidak haram) menceraikan isteri yang didatangi haid ketika sedang hamil. Hal ini telah diterangkan sebelum ini dalam Bab kedua, dalam perbincangan Haid Wanita Hamil.

Ketiga:

Tidak mengapa (tidak haram) jika berlaku penceraian secara tebus talak (khulu’). Iaitu seorang suami yang menceraikan isterinya yang sedang haid dengan mengambil bayaran.



Dalilnya adalah sebuah hadis daripada Ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anh yang menceritakan tentang isteri Thabit bin Qays radhiallahu ‘anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mencelanya (suaminya: Thabit bin Qays) kerana akhlak dan agamanya tetapi aku membenci kekufuran dalam Islam.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Adakah kamu mengembalikan kebunnya?” Isteri Thabit menjawab: “Ya.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (kepada Thabit): Terimalah kebunmu dan ceraikanlah dia dengan satu talak.” [Shahih al-Bukhari – no: 5273 (Kitab al-Thalaq) ]

Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak bertanya sama ada isteri Thabit bin Qays sedang haid atau tidak. Akan tetapi memandangkan talak ini adalah tebusan seorang isteri untuk dirinya sendiri, maka ia diharuskan dalam semua keadaan tanpa mengira sama ada sedang haid atau tidak.

Imam Ibn Qudamah rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni menerangkan sebab diharuskan tebus talak (khulu’) bagi seorang isteri yang sedang haid:

Larangan untuk menceraikan isteri yang sedang haid ialah bagi mengelakkan  mudarat tempoh iddah yang panjang. Akan tetapi diharuskan tebus talak kerana kes tebus talak membabitkan seorang isteri yang menghadapi kehidupan bersama suami yang dia benci. Ini adalah satu mudarat yang besar ke atas isteri berbanding mudarat tempoh iddah yang panjang. Antara dua mudarat, perlu ditolak mudarat yang lebih besar. Atas dasar ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak bertanya kepada isteri yang hendak menebus talak dirinya (sama ada dia sedang haid atau tidak).

Demikianlah 3 pengecualian yang membolehkan penceraian ketika seorang isteri sedang haid.

Selain itu sebagai poin tambahan, diharuskan melangsungkan akad nikah dengan seorang wanita yang sedang haid. Tidak ada dalil yang menegah hal ini. Akan tetapi lebih utama jika diperhatikan kedudukan bakal suami tersebut sama ada dia boleh mengawal dirinya daripada terus menyetubuhi isteri barunya itu yang sedang haid. Jika dia dapat mengawal dirinya maka tidak mengapa untuk meneruskan akad nikah. Akan tetapi jika tidak, maka lebih utama untuk ditangguhkan sehingga bakal isteri menjadi suci supaya tidak terjadi persetubuhan yang dilarang.



Kelapan: Dikira Bilangan Talak Dengan Haid.

Apabila seorang suami menceraikan isterinya selepas menyetubuhinya, maka wajib ke atas isteri tersebut menghitung iddahnya dengan kedatangan tiga kali haid yang sempurna. Syarat ini adalah bagi isteri yang masih didatangi putaran haid dan tidak hamil. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali haid. [al-Baqarah 2:228]



Syarat menghitung iddah sepertimana di atas memiliki beberapa pengkhususan bagi kes yang berbeza-beza:

Pertama:

Jika isteri yang diceraikan sedang hamil, hitungan iddahnya adalah dengan kelahiran anak tanpa mengira sama ada tempoh hamilnya adalah panjang atau pendek. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. [al-Thalaq 65:04]

Kedua:

Jika isteri yang diceraikan tidak memiliki putaran haid, seperti kanak-kanak yang belum haid, orang tua yang putus haid, wanita yang dibuang rahimnya kerana sebab perubatan dan sebagainya, maka hitungan iddahnya ialah tiga bulan. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. [al-Thalaq 65:04]

Ketiga:

Jika isteri yang diceraikan memiliki putaran haid tetapi ia terhenti kerana faktor yang diketahui seperti sakit atau sedang menyusu, maka dia wajib menunggu sehingga haidnya datang kembali dan menghitungnya dengan 3 putaran haid yang sempurna. Seluruh proses menunggu dan 3 putaran haid tersebut adalah tempoh iddah baginya, sekalipun ia mengambil masa yang agak lama.

Bagi kes di atas, jika isteri yang terhenti haidnya kembali sembuh atau selesai menyusu namun haidnya tetap tidak datang kembali, maka iddahnya adalah selama 12 bulan (setahun) bermula dari saat kesembuhannya atau akhir menyusu. Inilah pendapat yang benar lagi selari dengan kaedah-kaedah syarak kerana kes ini dikategorikan sebagai wanita yang tidak didatangi haid dengan sebab yang tidak diketahui. Tempoh iddah 12 bulan merangkumi 9 bulan masa mengandung sebagai langkah berhati-hati kerana ia adalah tempoh hamil yang lazim dan 3 bulan sebagai bilangan iddah.

Keempat:

Jika isteri yang diceraikan belum bersama-samaan dan bersetubuh dengan suami, maka baginya tidak ada hitungan iddah. Dalilnya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya (bersetubuh), maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah “mut’ah” (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:49]



Kesembilan: Menghukum Kekosongan Rahim.

Kekosongan rahim bermaksud tidak hamil. Sebagai contoh, seorang isteri yang kematian suami berkahwin dengan suami yang baru. Suami yang baru tidak boleh menyetubuhinya sehingga dia didatangi haid atau jelas hamil. Jika isteri tersebut hamil maka dihukumkan bahawa kandungannya itu adalah daripada zuriat suaminya yang meninggal dunia. Sebaliknya jika isteri didatangi haid maka dihukumkan bahawa dia tidak mengandung apa-apa daripada suaminya yang meninggal dunia. Maka kedatangan haid menandakan kekosongan rahim.



Kesepuluh: Wajib Mandi.

Apabila haid berhenti, wajib mandi dengan mengenakan air ke seluruh anggota badan berdasarkan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:

“Apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat, dan apabila hilang haid maka hendaklah kamu mandi dan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 320 (Kitab al-Haid)]



Syarat paling minimum bagi mandi wajib adalah dikenakan air pada seluruh anggota badan termasuklah ke bawah rambut. Cara yang afdhal ialah sebagaimana tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Asma’ binti Syakl radhiallahu ‘anha:

“(Orang yang akan mandi), ambillah air dan daun bidara. Kemudian dia berwudhu’ dan memperelokkan wudhu’nya. Kemudian dia menjirus air ke atas kepalanya lalu dia menggosok kepalanya dengan bersungguh-sungguh sehingga air sampai ke kulit kepala. Kemudian dia menjirus air ke atas badannya. Kemudian dia mengambil cebisan kain yang diletak wangian lalu dia bersuci dengannya.”

Asma’ bertanya: “Bagaimana saya bersuci dengannya (cebian kain tersebut)?”

Rasulullah menjawab: “Subhanallah! Bersucilah dengan ia”

Lalu berkata ‘A’isyah kepada Asma’: “Kamu menyapu kesan-kesan darah (dengan cebisan kain tersebut).” [Shahih Muslim – no: 332 (Kitab al-Haid)]

Tidak wajib membuka ikatan rambut kecuali jika ia terikat dengan kuat kerana dibimbangi air tidak akan sampai ke kulit kepala. Umm Salamah radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

 “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang mempunyai rambut yang banyak (lebat), adakah perlu saya merungkaikannya untuk mandi junub”. (Dalam riwayat yang lain): “……untuk mandi haid dan junub.”

Jawab Rasulullah:

“Tidak, memadai kamu menyiram atas kepala kamu dengan tiga kali siraman, kemudian kamu menyiram atas badan kamu dengan air. Maka sucilah kamu.” [Shahih Muslim – no: 330 (Kitab al-Haid)]

Jika haid berhenti sesudah masuk waktu solat maka wajib segera mandi supaya dapat dilaksanakan solat dalam waktunya. Jika menghadapi kesukaran untuk mandi seperti musafir, tidak ada air, mudarat menggunakan air atau sakit, maka boleh bertayamum sebagai ganti kepada mandi. Apabila faktor kesukaran hilang, maka wajib mandi.

Adakalanya apabila haid berhenti di akhir waktu solat, tidak boleh sengaja menangguhkan mandi sehingga ke waktu solat yang seterusnya. Dia tetap wajib mandi, sekalipun hanya secara ringkas supaya tetap dapat melaksanakan solat pada waktunya. Selepas itu bolehlah mandi dengan sempurna.


sumber